Blog Sabree Hussin

Review Program Rujukan Tune Talk Tone Excel

Sim Kad Tune Talk Tone Excel yang saya order baru-baru ni dah pun saya terima.

Kali ini saya order siap dengan buku panduan sekali.

Harga sim kad Tune Talk Tone Excel ini ialah RM90. Percuma kredit bernilai RM30.

Harga buku panduan pula ialah RM10 (Optional)

Kos penghantaran & servis caj ialah sebanyak RM10

Jadi, kesemua sekali ialah RM110 atau RM100 kalau tak nak order buku panduan.

Sebenarnya anda juga boleh rujuk laman web rasmi Tone Excel Sdn Bhd untuk lihat plan pemasaran, kadar panggilan, data plan dan sebagainya.

Berikut ialah laman web rasmi syarikat Tone Excel Sdn Bhd : http://www.toneexcel.com

Sim kad Tune Talk Tone Excel ini menggunakan talian telefon daripada Tune Talk.

Tune Talk beroperasi menerusi konsep MVNO atau Mobile Virtual Network Operator. Mereka menggunakan fasiliti seperti pencawang dan network yang digunakan oleh Celcom.

Tune Talk adalah dimiliki oleh Celcom Axiata Berhad dan Tune Group Sdn Bhd mengikut nisbah saham 35% dan 25.1%.

Dari segi kadar penggunaan ialah seperti berikut

Panggilan RM0.28 untuk seminit

SMS RM0.10

Data Plan 1GB RM42 sebulan

Data Plan 3GB RM99 sebulan

BlackBerry plan rujuk sini

Baiklah kali ini kita akan lihat pula kelebihan yang bakal dinikmati sebagai pengguna talian Tune Talk menerusi sim kad Tune Talk Tone Excel.

1. Cash back 3% untuk personal topup

Setiap kali kita topup, 3% daripada nilai topup yang kita buat akan dipulangkan semula kepada kita dalam bentuk cash back.

Sebagai contoh, kalau bulan tu kita topup RM50, maka kita akan dapat semula RM1.50

Pengiraannya ialah RM50 x 3% = RM1.50

Nilai ini akan dimasukkan kedalam akaun keahlian kita dan akan dibayar pada setiap bulan.

2. Perlindungan insuran kemalangan (PA Insurance) sebanyak RM100,000

Kelebihan ini akan dinikmati sekiranya sebagai pengguna anda buat tambah nilai sebanyak RM50 dan keatas.

Perlindungan insurans ini dibawakan oleh Tune Insurance.

(maklumat lanjut mengenai pelan dan perlindungan hubungi 03-2070-2828 / 03-2070-8033)

3. Boleh buat tambah nilai dimana-mana

Sama ada di mana-mana stesen minyak, 7eleven, online banking dan sebagainya.

4. Kumpul mata ganjaran untuk ditukarkan dengan tiket penerbangan Air Asia

Setiap kali anda lakukan tambah nilai, anda akan memperoleh mata ganjaran yang boleh dikumpulkan. Mata ganjaran inilah yang boleh ditukarkan dengan tiket Air Asia.

Maklumat lanjut layari : http://www.tunetalk.com/my/bigpoints

5. Boleh kekalkan nombor sedia ada

Sekiranya anda ingin kekalkan nombor sedia ada pun boleh. Anda hanya perlu tukar service provider kepada Tune Talk dan pada masa yang sama anda kekalkan nombor sedia ada.

6. Peluang jana pendapatan lumayan bersama Tune Talk Tone Excel

Apa yang perlu kita lakukan ialah perkenalkan sim kad ini kepada seberapa ramai yang boleh. Menerusi marketing plan yang telah digariskan oleh syarikat, anda juga berpeluang untuk jana komisyen seperti dibawah

Bagaimana pengiraan komisyen dilakukan?

1. Fast Track Bonus

Anda perkenalkan sim kad ini kepada pengguna baru, komisyen sebanyak RM20 akan dibayar kepada anda.

Tiada had komisyen ditetapkan. Ini bermakna anda bebas sama ada nak perkenalkan kepada 10, 100 mahupun 1,000 orang pengguna baru.

Jika anda berjaya perkenalkan 1,000 pengguna baru, komisyen anda ialah RM20 x 1,000 pengguna = RM20,000

2. Komisyen Topup

Anda juga akan dapat komisyen topup daripada mereka yang beli simkad dari anda.

Komisyen untuk

Level 1 = 6%

Level 2 = 3%

Level 3 = 11%

Struktur komisyen diatas adalah terpakai sekiranya anda topup dalam anggaran RM20 – RM59,99 pada bulan tersebut.

Jika anda topup melebihi RM60, maka struktur komisyen yang bakal anda peroleh ialah seperti berikut

Level 1 = 10%

Level 2 = 3%

Level 3 = 13%

Walaubagaimanapun, sekiranya anda topup kurang daripada RM20, anda tak layak untuk mendapat sebarang komisyen.

Personally, saya sendiri akan topup sekurang-kurangnya RM40 dalam sebulan. Jadi, pada saya bukan satu isu untuk topup RM20 secara konsisten.

Sebabnya kalau kita topup kurang daripada itu, kemungkinan besar

–> Akaun kita tak aktif

–> Kredit dan akaun kita akan expired

Baiklah, inilah dia review saya mengenai sim kad Tune Talk Tone Excel ini.

Jika anda inginkan bacaan tambahan, bolehlah muat turun ebook Rahsia RM3,408 Sebulan Dengan Tune Talk Tone Excel ini.

Muat turun ebook ini dengan melayari laman web saya di –> http://sabreehussin.biz/pendapatan-pasif/

Ps : Anda nak buat tempahan sim kad anda melalui saya?

Hubungi saya sama ada menerusi

1. Emel –> sabreehussin@gmail.com

2. sms/whatsapp –> 017 254 3031

 

Exit mobile version