Blog Sabree Hussin

Apa Saya Dapat Sebagai Pengguna Sim Kad Tone Excel?

“Ala… sim Tone Excel ni cuma menguntungkan orang-orang yang dah ada downline je. Untuk yang tak ada downline ni, buat rugi je pakai Tone Excel”

Saya tak ingat… entah kat mana saya terdengar bisikan tersebut. Sama ada di Fb ataupun di twitter.

… atau mungkin bisikan tu rupa-rupanya hanya permainan emosi, yang menyuntik perasaan was-was untuk mempromosikan sim kad ini kepada lebih ramai pengguna talian mudah alih diluar sana.

Daripada pakai simkad Tone Excel ni, lebih baik pakai simkad Tune Talk biasa. Murah pun murah. Padahal SAMA je dua-dua simkad tu.

Satu lagi jurus kilas pematah semangat dilemparkan daripada prospek yang bukan calang-calang ilmunya. Setidak-tidaknya, dia tahu, sim Tone Excel menggunakan talian Tune Talk, dan pada masa yang sama, Tune Talk juga ada mengeluarkan sim kad berharga RM5 hingga RM10 di pasaran.

Adakah kedua-dua simkad ini SAMA sahaja? Apakah yang membezakan kedua-dua simkad ini?

Benefit.

Orang kita panggil sebagai kelebihan.

Kalau kedua-dua sim kad ini sama, iaitu sim kad Tone Excel yang menggunakan talian Tune Talk dan juga simkad Tune Talk biasa itu adalah SAMA, tak perlulah saya bersusah payah nak buat marketing untuk simkad Tone Excel.

Simkad Tone Excel itu sendiri ditawarkan dengan harga premium dan eksklusif dengan harga RM90. Pasti ada sesuatu disebalik harga tersebut. Pasti ada sesuatu yang “masuk akal” untuk dijadikan justifikasi mengapa simkad ni dijual dengan harga sebegini tinggi.

.

..

Ok jom kita buat sedikit kajian.

Adakah simkad Tone Excel hanya menguntungkan mereka-mereka yang nak buat duit semata-mata ataupun jika anda sebagai pengguna biasa, adakah terdapat sebarang keuntungan yang boleh anda nikmati?

Baik mari kita lihat penggunaan kredit topup bagi pengguna handphone di Malaysia

Lazimnya, orang kat Malaysia ni akan topup berapa ringgit dalam sebulan?

Entah.

Saya pun tak tau.

Macam saya sendiri, saya hanya topup RM30 sebulan. Daripada RM30 ini cukup untuk saya langgan internet dan juga untuk saya guna handphone untuk call dan SMS.

Saya merupakan pengguna Blackberry.

Kos langganan untuk Blackberry plan adalah sebanyak RM28.80 sahaja sebulan. Jadi, saya hanya perlu topup RM30 dan selepas langgan Blackberry plan, saya masih ada lagi baki kredit sebanyak RM11.20

Banyak lagi, kan? Eh macam mana boleh jadi macam tu? Bukan ke sepatutnya baki tinggal RM1.20 je?

Ha… inilah yang istimewanya buat pengguna talian Tune Talk. Setiap kali anda buat tambah nilai, anda akan dapat kredit PERCUMA.

Boleh lihat screenshot dibawah

Hanya dengan membuat tambah nilai sebanyak RM30, anda akan dapat

1. Kredit RM30

2. Kredit PERCUMA bernilai RM10

3. BIG Point sebanyak 70 points (saya akan cerita tentang Big Points kemudian)

4. Validity atau tempoh sah kredit selama 30hari

5. Komisyen pembelian topup peribadi sebanyak 3% atau bersamaan dengan RM0.90

Itu kalau contoh anda topup RM30, berbeza pulak halnya jika anda topup RM50

Dengan membuat tambah nilai sebanyak RM50, anda akan memperolehi

1. Kredit sebanyak RM50

2. Kredit tambahan dan PERCUMA sebanyak RM20

3. Big Point sebanyak 120 points

4. Tempoh SAH kredit selama 50 hari

5. Free PA Insurans bernilai RM100 Ribu

6. Komisyen pembelian topup peribadi sebanyak 3% atau bersamaan dengan RM1.50

Last but not least, jika penggunaan topup anda sebanyak RM100 setiap bulan, saya syorkan anda buat tambah nilai dengan cara buat topup RM50 dua kali. Jangan buat topup secara lump sum, sebabnya? Lihat pada gambar dibawah

Anda hanya akan menerima kredit percuma sebanyak RM20 sahaja jika anda topup RM100 sekaligus. Jika anda inginkan kredit percuma sebanyak RM40, maka anda topuplah RM50 sebanyak dua kali.

 

Tentang BIG Points

Baiklah, mungkin masih ada lagi yang tak jelas, apa sebenarnya fungsi Big Points ni. Bagus sangat ke? Sebenarnya fungsi Big Point ini adalah sama seperti Loyalty Program yang dipraktikkan oleh syarikat-syarikat seperti Petronas dengan Kad Mesra, Shell dengan Bonus Link, Berjaya Groups dengan Bcard dan lain-lain lagi lah.

Saya ambik contoh Kad Mesra oleh Petronas misalnya, apa yang anda boleh buat dengan point terkumpul?

Biasanya saya akan tebus petrol, jajan kat kedai mesra. Tebus payung tak pernah lagi buat. Mungkin ada orang lain yang pernah buat ke sebelum ni?

Sebagai pengguna talian Tune Talk atau sebagai pelanggan Tune Group, anda boleh kumpul mata ganjaran Big Point dan tebus barang-barang seperti Smartphone, Tiket Penerbangan Air Asia, Masa berbual dan banyak lagi.

Let say anda berminat dengan Blackberry Q10 Black

Anda boleh dapatkan dengan harga RM600 + 8,000 Big Points ataupun jika anda ada 14,300 Big Points anda dah boleh tukarkan dengan handphone ini!

Susah ke nak dapat point sebanyak 14,300 tu?

Kalau anda topup RM50, anda akan dapat point sebanyak 120 points. Jadi, anda hanya perlu topup sebanyak 119 kali untuk dapat kumpul 14,280 Points. Masih belum cukup, tapi dah hampir.

119 kali jika kita bahagi dengan 12 ia bersamaan 9.9166 atau jika dibundarkan ia menjadi 10. Ini bermakna, jika anda menjadi pengguna Tune Talk, dan pada masa yang sama anda kekalkan buat tambah nilai sebanyak RM50, setiap 10 tahun anda boleh dapat Smartphone PERCUMA.

.

..

Adakah telco anda sekarang ini menawarkan kelebihan seperti ini?

Kalau dah tau tak ada bagi, cepatlah bertukar kepada simkad Tone Excel sekarang. Boleh dapatkan promosi dari saya disini.

 

Exit mobile version