Kali pertama saya dengar tentang laman web Edybiz – Easy Do Your Business ini adalah pada awal bulan March 2014.
Macam biasalah, kali pertama dengar, memang saya buat endah tak endah. Tapi disebabkan ada beberapa rakan-rakan usahawan online turut bercerita tentang laman web ni, maka bermula dari saat itu saya terus tertarik untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang EdyBiz.
Satu perkara yang menarik tentang EdyBiz ini ialah mereka tawarkan peluang untuk individu seperti saya untuk buat duit tambahan secara online menerusi program affiliate mereka.
Anda nak duit extra 4 angka sebulan? Anda dapat kedai online percuma, produk laris tersedia dan perkenalkan kepada rakan taulan. Ada jualan maka ada komisyen untuk anda. Daftar percuma hari ini juga. Usahawan luar negara dialu-alukan (Indonesia, Singapura, Brunei) – Klik Sini Sekarang!
Apa yang buatkan program affiliate EdyBiz ini berbeza berbanding program affiliate lain yang terdapat diluar sana?
Salah satu yang buatkan saya tertarik untuk sertai sebagai affiliate ialah disebabkan sistem komisyen yang ditawarkan ada yang dua level, dan ada juga yang lebih daripada itu.
Ini bermakna, bila saya berjaya hasilkan jualan, saya akan dapat komisyen.
Dan jika orang yang saya perkenalkan untuk jadi agen affiliate kepada laman web ini turut berjaya hasilkan jualan, saya juga akan dapat komisyen (sebahagian) daripada usaha promosi agen tersebut.
Jadi pada 5 March 2014 yang lepas, saya pun daftar sebagai agen affiliate 🙂
Cara-cara untuk mendaftar sebagai agen affiliate laman web EdyBiz
1. Layari laman web EdyBiz. [Klik sini] untuk terus ke bahagian borang
2. Paparan seperti dibawah akan kelihatan
Pada waktu catatan ini dihasilkan, ada dua kaedah untuk sertai sebagai affiliate.
Kaedah pertama
Isikan borang disebelah kiri dengan selengkapnya kemudian hantar.
Kaedah kedua
Anda hanya perlu klik connect with facebook seperti dalam screenshot diatas. Pendaftaran anda akan dilakukan secara automatik.
Cepat dan senang. Tak perlu susah payah nak isi borang dan nak ingat password.
Laman web EdyBiz ini juga menyenaraikan pelbagai jenis produk yang sememangnya sedang hot di pasaran. Rangkaian produk terdiri daripada produk fizikal, digital, malahan seminar dan tapak perniagaan juga ada dijual.
Saya percaya dari masa ke masa, penyenaraian produk akan sentiasa dikemaskinikan dan satu masa nanti kita akan dapat lihat ada banyak lagi produk bakal disenaraikan di laman web ini.
Buat masa ini, EdyBiz buka peluang untuk kita buat duit sebagai agen pemasaran atau affiliate.
Pada saya secara personally, buat duit sebagai affiliate adalah lebih mudah dan simple berbanding kita buat duit sebagai penjual atau sebagai agen dropshipper.
Sebagai affiliate, kita hanya perlu fokus pada kerja-kerja mempromosikan link affiliate kita.
Ini pulak adalah screnshot ruangan dashboard. Kat sini ada macam-macam maklumat yang anda boleh dapati.
Nak tengok berapa banyak komisyen dah berjaya dikumpul atau nak tengok berapa ramai downline yang anda dah berjaya dapat pun boleh.
Untuk program affiliate yang menawarkan multi level commision macam EdyBiz, untuk berjaya hasilkan komisyen yang lumayan, peringkat permulaan kita fokus untuk kembangkan network kita.
Dapatkan seberapa ramai yang boleh bilangan downline.
Kalau dapat target 1,000 downline itu pun sangat bagus. Mana tau daripada 1,000 orang tu ada 100 – 200 orang yang memang komited untuk buat sales.
Kita jugak yang akan tumpang hasilnya.
Ini pula adalah salah satu contoh produk yang tawarkan komisyen affiliate sehingga tiga level.
Nama produk ini Buat Duit Passive Income Guna Profile FB [klik sini]
Sturktur komisyen yang ditawarkan adalah seperti berikut
Dengan mempromosikan video ini melalui link affiliate anda, maka anda membina pasif income sebanyak RM 2 untuk Level 1, RM 1 untuk Level 2 & RM 2 untuk Level 3. Penerangan bergambar mengenai affiliate multi-tiers ada dalam video ini.
Satu lagi ciri yang menarik pada laman web EdyBiz ini ialah kita boleh setup produk apa yang kita nak paparkan dihalaman utama homepage kita.
Memandangkan EdyBiz menyenaraikan pelbagai produk dilaman web mereka mengikut kategori yang berbeza, kita sebenarnya boleh pilih nak letak produk apa pada muka surat hadapan laman web kedai online kita.
Paparan seperti dibawah akan kelihatan.
Anda hanya perlu klik untuk pilih produk mana yang anda ingin letakkan dipage hadapan online store anda.
Mungkin anda nak susun produk ikut kategori atau niche.
Atau mungkin anda ingin susun produk ikut harga paling tinggi supaya dapat peluang untuk dapatkan komisyen yang tinggi.
Atau anda munkin akan susun produk yang lebih murah supaya lebih senang nak jual.
Terpulanglah pada kreativiti dan strategi masing-masing.
Berikut pula adalah sebahagian komisyen terkumpul yang saya dah hasilkan. Sebenarnya saya pun tak perasan, rupa-rupanya dah ada jualan yang berjaya dihasilkan sebelum ini.
Almaklumlah, sibuk duk fokus promosi Tune Talk Tone Excel 🙂
Disetiap sales yang berjaya dihasilkan, ada satu butang berwarna oren yang bila kita klik, kita boleh semak siapa yang beli produk tersebut.
Fungsi ini sangat berguna jika anda ada tawarkan sebarang bonus ketika mempromosikan produk-produk dari EdyBiz ini.
Bila klik, kita akan nampak paparan macam kat bawah ni
Jadi, anda boleh sentiasa semak siapa yang dah beli menerusi link affiliate anda, dan anda boleh berikan bonus tambahan jika ada.
Baiklah, semoga review tentang laman web EdyBiz ini bermanfaat untuk anda.
Jika anda ada sebarang pertanyaan, bolehlah tinggalkan komen anda dibawah.
Ps: Jangan lupa sertai affiliate EdyBiz dengan membuat pendaftaran di link berikut –> Daftar Affiliate