Blog Sabree Hussin

Review dan Idea Komprehensif untuk jana pendapatan dengan Program Adhance

Program Adhance… Pernah tak anda dengar tentang program buat duit dengan Adhance ini?

 

Saya rasa, program ini, kalau dibuat dengan serius, ia ada potensi untuk dijadikan sumber pendapatan yang ke… erm… entahlah. Saya pun tak kira ada berapa banyak program buat duit online yang saya join. Yang pasti, program ini adalah salah satu daripada banyak-banyak program buat duit yang saya sertai.

 

Bukan semua program buat duit yang ada di internet tu saya akan join. Ia bergantung kepada jenis program, apa produk ataupun servis yang nak dipromosikan. Sebagai contoh, dalam program adhance ni, kita akan mempromosikan laman web carian kerja Maukerja.MY

Anda boleh klik sini untuk ke laman web maukerja.

 

Sambil kita mempromosikan peluang-peluang kerja kosong yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat yang menggunakan khidmat laman web maukerja ni, sambil tu kita dapatlah kumpulkan serba sedikit pendapatan.

 

Sebenarnya, menerusi program adhance ini, ada beberapa perkara yang kita bakal capai, antaranya

  1. Kita bantu syarikat yang memerlukan pekerja untuk dapatkan calon pekerja yang sesuai
  2. Kita bantu individu yang masih belum ada kerja untuk dapatkan kerja
  3. Kita bantu individu yang inginkan kerja yang lebih baik berbanding kerja sekarang untuk bertukar kerja

 

Sambil kita buat 3 perkara tu, kita juga akan dapat manfaat dalam bentuk komisen. Sebelum terlupa, ini pula adalah carta top 10 bagi ahli adhance yang memang aktif mempromosikan peluang kerja di laman web Maukerja.my

 

Update setakat bulan Ogos 2019, sekarang ini carta terkini pendapatan para peserta program Adhance sudah meningkat.

Tempat pertama masih lagi diungguli oleh pengguna id Bang Don.

 

Apa yang perlu dilakukan hanyalah mempromosikan laman web carian kerja maukerja.my dan dari situ ada yang berjaya hasilkan pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit. Saya rasa dalam masa beberapa bulan lagi, akan ada ahli Adhance yang bakal berjaya meraih pendapatan terkumpul sebanyak RM100 ribu ringgit!

 

Wah… kira ok sangat dah ni kan. Ada ke laman web carian kerja lain yang boleh offer peluang penjanaan pendapatan seperti mana yang ditawarkan dalam program adhance ni?

 

Belum tentu lagi kan. Jadi, bagi mereka yang masih belum sertai lagi, bolehlah daftar secara percuma sahaja dulu disini. Program ini adalah percuma untuk disertai, dan yang bestnya, anda boleh jana pendapatan sampai ribu-ribu ringgit setiap bulan.

 

Ya, dengan syarat anda buat marketing. Ini bukannya program yang mana mana kita join lepas tu duduk diam. Dah join, memang kena buat kerja ok.

Kalau lepas anda dah join, then anda buat kerja In Shaa Allah anda juga akan dapat hasilnya. Kebiasaannya yang saya nampak, mereka yang tak berjaya dapat duit langsung dari program ini sebab mereka tak buat sebarang kerja. Itu sahaja.

 

Senarai syarikat popular yang menggunakan portal iklan Maukerja.my

Terdapat banyak juga syarikat popular yang mengiklankan kerja kosong melalui portal maukerja.my

 

Ini antaranya.

Nama-nama syarikat seperti McD, Parkson, Starbuck, Aeon, MrDIY memang sudah tak asing lagi. Anda boleh fokus untuk promosikan iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat popular ini, ataupun boleh sahaja untuk pilih iklan kerja kosong yang banyak terdapat di website maukerja.

 

Cara untuk pilih iklan kerja kosong untuk dipromosikan

Saya andaikan yang anda telah daftar dalam program ini dan sudah mempunyai akses ke member area. Terdapat kolum Jobs untuk anda cari senarai kerja yang boleh dipromosikan. Lihat dibawah ini.

Kita pergi ke halaman Search Jobs.

 

Dekat ruangan ini terdapat banyak Jobs yang kita boleh pilih untuk promosikan. Setiap iklan yang terdapat disini mempunyai kadar upah yang berbeza.

 

Seperti yang anda boleh lihat, ada iklan dalam kelompok Group A, Group B dan Group C. Bezanya adalah kadar upah.

Dalam contoh ini, saya pilih iklan dalam Group C, sebabnya kadar upah yang bakal saya terima adalah sebanyak RM4 jika ada orang yang buat permohonan kerja.

 

Tekan butang Add Now.

 

Selepas itu, buka pula halaman Saved Jobs untuk lihat iklan yang sebelum ini kita dah tekan Add Now tadi. Lihat screenshot dibawah ni pula.

Iklan yang sama akan muncul di bahagian Saved Jobs. Kali ini ada butang tambahan iaitu Copy Link. Pastikan klik pada Copy Link sehingga muncul Pop Up yang mengatakan Link Copied.

 

Ini adalah link yang telah saya copy.

https://www.maukerja.my/job/804886-internship-for-logistic-coordinator?ref=sabreeh

 

Itulah dia link yang perlu kita promosikan. Jika ada yang buat permohonan kerja melalui link yang kita promosikan tu nanti, dari situ kita akan dapat upah sebanyak RM4. Mudah sahaja konsepnya, kan?

 

Dalam posting ini juga, saya akan kongsikan beberapa kaedah yang mungkin anda boleh tiru kalau nak berjaya dapat duit melalui program ini. Kalau anda rasa apa yang saya kongsikan ini masuk akal dan anda boleh buat, then cubalah.

 

Tapi kalau anda rasa susah dan macam mustahil untuk dilakukan, anggap sahajalah program Adhance ini bukan untuk anda.

 

Peluang buat duit dalam bidang marketing atau pemasaran ni, saya kira memang tak akan habis. Setiap hari, pasti ada sahaja syarikat yang memerlukan khidmat ejen pemasaran yang bagus, untuk bantu mereka buat pemasaran lalu menghasilkan jualan.

 

Jika anda adalah orangnya, yang memang ada pengetahuan dalam bidang pemasaran ni, tunggu apa lagi? Sertailah program ini.

 

Bagaimana nak buat duit yang banyak menerusi program ini?

Pada pandangan saya, kalau nak buat banyak duit menerusi program ini, anda perlukan sekurang-kurangnya 4 perkara.

  1. Laman web atau blog sendiri
  2. Akaun facebook
  3. Akaun Twitter
  4. Akaun sistem autoresponder

 

Apabila keempat-empat perkara ini, digunakan dengan sebaiknya, maka In Shaa Allah pendapatan anda dalam program ini juga akan meningkat.

 

(1) Laman web atau blog sendiri

Pertama sekali yang perlu anda tentukan adalah pilih niche atau kategori atau topik blog yang anda akan bangunkan. Oleh kerana dalam program Adhance ini, kita akan mempromosikan iklan-iklan kerja kosong yang disiarkan di laman web carian kerja maukerja.my maka sudah tentu niche blog yang kita akan bangunkan adalah blog tentang kerjaya.

 

Fikirkan satu nama yang sesuai untuk blog anda dan seterusnya beli nama domain dan langgan hosting.

Salah satu tempat yang biasa saya pilih untuk beli domain dan hosting ialah di netkl network. Pihak netkl, pada saya, menawarkan pakej yang tak terlalu mahal walaupun bukan yang paling murah.

 

Cuba dapatkan nama-nama domain yang nampak unik dan catchy, contohnya seperti kerjaswasta, jawatankosongswasta dan sebagainya. Memandangkan nama-nama ini mungkin dah ada yang beli, anda boleh cari nama domain yang menggunakan extension .my

 

Biasanya .my ni masih banyak yang belum dibeli, tetapi harganya agak mahal. Jika anda minat nak beli nama domain .my anda perlu dapatkan dari syarikat penyedia perkhidmatan selain NetKl, sebab syarikat ini tidak menjual domain .my

 

Untuk pilihan hosting, anda boleh pilih sama ada nak mula dengan pakej langganan serendah RM60 setahun atau nak terus pilih pakej yang paling mahal iaitu RM200 setahun.

Kebiasaannya saya akan bermula dengan pakej yang paling murah dulu. Nanti bila laman web sudah makin berkembang, jumlah trafik makin besar, barulah saya akan upgrade kepada pakej yang lebih besar.

 

Kemudian, bila dah dapat domain dan hosting, anda boleh terus install sistem wordpress pada hosting anda, dan seterusnya masukkan konten yang relevan dengan niche kerja dan kerjaya. Teruskan buat sharing di laman web tersebut sampailah laman web anda tu nanti menjadi salah satu laman web yang mempunyai authoriti apabila membincangkan topik pekerjaan atau kerjaya.

 

Cuba buat sampai laman web anda jadi one stop center bagi mereka yang inginkan maklumat tertentu mengenai kerjaya tertentu, ataupun menjadi tempat rujukan, kalau-kalau mereka ada masalah tentang kerja.

 

Saya bagi contoh, katakanlah anda minat nak promosikan peluang kerja sebagai guru pusat tusyen. Di laman web maukerja.my ada banyak iklan kerja kosong untuk jawatan ini. Salah satunya adalah dibawah ini.

Gaji yang bakal diperolehi adalah sekitar RM1,600 – RM1,850 sebulan.

 

Dalam website yang bakal anda bina tu nanti, bolehlah masukkan artikel-artikel seperti

  1. Tips menjadi guru tusyen yang cemerlang
  2. Perkongsian pengalaman menjadi guru tusyen

 

Sambil-sambil menulis artikel, anda selitkan juga iklan kerja kosong yang dipautkan kepada laman web maukerja.my

Kalau ada pembaca yang buat permohonan kerja, anda akan dapat bayaran.

 

(2) Akaun sistem autoresponder

Salah satu sistem autoresponder yang saya guna adalah autoresponder percuma emelmatik.

Bagi laman web yang dibina menggunakan sistem wordpress, kita boleh pasang plugin yang boleh hasilkan pop up. Pop up ni, kita letaklah borang opt in.

 

Contoh borang opt in adalah macam kat bawah ni.

Apabila pelawat laman web anda tu masukkan nama dan alamat emel mereka, secara automatik data mereka akan disimpan dalam sistem autoresponder.

 

Bila dah ada data seperti nama dan alamat emel mereka, pada bila-bila masa, anda boleh hantar emel (broadcast) kepada mereka untuk memaklumkan tentang peluang kerja yang baru.

 

Sekiranya ada antara subscriber anda yang mengisi borang permohonan kerja, disitu anda akan dapat komisen.

 

Ada banyak pilihan sistem autoresponder diluar sana. Antara yang saya boleh cadangkan adalah

  1. Traffic Wave
  2. Getresponse
  3. Aweber
  4. Thru.my
  5. Mailchimp

 

Pilihlah mana-mana satu yang menepati bajet anda. Jika anda tak biasa atau kurang selesa menggunakan kaedah pemasaran emel, bolehlah lihat opsyen yang seterusnya.

 

(3) Akaun facebook dan twitter

Facebook dan Twitter ni bagus untuk dapatkan trafik segera. Untuk hasil yang lebih memberangsangkan, boleh gunakan FBAds untuk capai lebih ramai orang untuk tengok iklan kita. Boleh juga kalau cuma nak buat posting biasa tanpa bayar apa-apa. Cuma ia mungkin akan ambil masa yang agak lama untuk orang perasan iklan kita.

 

Kaedah pemasaran melalui penggunaan FB Fanpage konsepnya lebih kurang sama macam anda bina website atau blog. Cuba dengan sebaik mungkin jadikan FB Fanpage anda sebagai salah satu fanpage yang popular.

 

Kalau anda perlukan idea, boleh lihat bagaimana pemilik fanpage ini menguruskan akaun milik mereka.

Dengan jumlah likes yang sebegitu besar, pasti setiap kali diiklankan peluang kerja kosong di fanpage tersebut, ada ramai yang akan nampak iklan tersebut.

 

Cabaran untuk mereka yang nak gunakan fanpage sebagai alat untuk pemasaran, adalah untuk pastikan fanpage ada ramai orang likes. Bila dah ada beribu-ribu orang yang likes, follower pun ramai, pasti lagi mudah nak buat duit dengan program ini.

Anda nak belajar cara yang betul gunakan fanpage untuk tujuan bisnes? Boleh download panduan ini.

 

Selain itu, bagi mereka yang tak ada modal nak buat iklan, mungkin anda boleh sertai group-group percuma yang berkaitan dengan mencari kerja kosong, dan post iklan disitu. Anda mungkin akan dapat calon pekerja yang minat nak mohon pekerjaan dari laman web maukerja.my dari group percuma ini.

 

Bagaimana nak tingkatkan lagi pendapatan dengan program adhance?

Pada saya, ini satu ciri yang paling best yang ada pada program ini. Lihat screenshot kat bawah ni.

Salah seorang ahli adhance yang berdaftar menerusi link saya (ini adalah link saya) telah berjaya dapatkan 4 orang yang berminat untuk memohon kerja di laman web maukerja.my

 

Upah terkumpul yang diterima oleh beliau setakat ini adalah RM2.55

Daripada jumlah tersebut, saya menerima 15%, atau bersamaan dengan RM0.38

 

Nampak tak? Ini bermakna dalam program ini, saya ada pilihan sama ada nak buat duit dengan cara mempromosikan laman web carian kerja maukerja.my, ataupun saya juga boleh fokus untuk dapatkan seberapa banyak ejen berdaftar menerusi link saya.

 

Apabila mereka berjaya buat duit dari program ini, saya akan menerima 15% daripada komisen yang berjaya mereka jana. Jangan risau, sebabnya komisen ini langsung tidak mengurangkan komisen ahli tersebut.

 

Sebaik sahaja anda daftar program ini, boleh rujuk ke halaman refer a friend.

Macam tadi saya tunjuk screenshot ada ahli yang berjaya dapat RM2.55 dari program ini, kali ini saya nak tunjuk bukti pendapatan yang lebih besar lagi.

 

Lihat dibawah ini.

Sekarang ini ada beberapa ahli yang join program Adhance ini melalui link referral saya yang berjaya hasilkan income ribuan ringgit. Ada yang berjaya dapat sampai RM4,000 dari program ini tau.

 

Alhamdulillah, rezeki saya dapat refer kawan-kawan yang handal buat marketing, saya juga dapat 15% upah daripada komisen yang mereka berjaya hasilkan.

 

Baiklah. Senang je nak faham tentang program Adhance ni kan?

 

Sekiranya anda rasa program ini baik dan sesuai untuk anda, bolehlah daftar segera menerusi pautan ini. Selamat mencuba dan saya doakan semoga anda juga berjaya dapat komisen.

 

 

Exit mobile version