Blog Sabree Hussin

Rayyan Fantasi Oleh Ramlee Awang Murshid

Ketika entri ini saya catatkan, saya sedang membaca karya Ramlee Awang Murshid berjudul Bagaikan Puteri.

Novel dalam genre misteri dan thriller…

Ini bacaan pilihan saya apabila otak dah mula tepu dan imun dengan buku-buku dalam bidang pemasaran dan perniagaan online. Sesekali minda perlukan santapan baru bagi mengisi ruang-ruang kosong.

Dalam novel ni, beberapa watak diperkenalkan iaitu Aiddin, Ibrahim, Pak Markum, Supinah, Feena, Mie Long, Suhaila, Zaidan, Ismail, Mika

Satu pertembungan kisah kehidupan seorang manusia dan juga kehidupan yang berasal dari alam lain. Sesuai dengan tajuknya, fantasi.

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru… dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

Bila baca novel ini, teringat pulak pada movie John Carter. Ceritanya ada iras-iras walaupun tak sama.

Saya pasti, sebenarnya ramai jugak yang tertanya-tanya sama ada wujud kehidupan lain, selain manusia di dunia ini. Mungkin di planet lain, atau di sistem suria yang lain.

Lepas baca novel ini, buat saya teringin nak panjat Gunung Kinabalu dan nak menetap di Sabah for at least satu ke dua minggu 🙂

In Shaa Allah

Ok lepas ni dah boleh sambung baca Bagaikan Puteri pulak.

Ps: Saya bukan minat sangat baca novel, sebab saya amat sayangkan masa saya daripada terbuang macam tu je. Tapi… kalau novel Ramlee Awang Murshid, saya tak rasa rugi bila baca 🙂

Nak tau sebab apa? Bacalah dulu.

 

 

Exit mobile version