Blog Sabree Hussin

10 Rahsia Pelaris Bisnes Homestay – Panduan menjalankan perniagaan homestay yang disukai pengunjung

Adakah terdapat rahsia tertentu, yang hanya diketahui oleh orang tertentu, tentang bagaimana untuk menjalankan perniagaan homestay yang mempunyai ramai pelanggan? 

 

Atau adakah sebenarnya, ianya bukanlah satu rahsia, sebaliknya kita je yang tak tahu. Itupun sebab kurang membaca.

 

Sudahlah kurang membaca, lepas tu, tak nak bercampur dengan usahawan lain, yang turut menjalankan bisnes homestay. Maka sampai bila-bilalah rahsia berjaya dalam bisnes homestay ni akan terus menjadi satu rahsia.

Saya sebenarnya baru sahaja muat turun dan baca ebook berjudul 10 Rahsia Pelaris Homestay dari laman web ini. Ilmu pelaris, dikumpul dan dimuatkan dalam satu ebook yang mengandungi 13 muka surat.

 

Cuma 13 muka surat. Saya rasa dalam masa kurang dari 10 minit, anda juga boleh selesai baca ebook ini. Seterusnya, terpulang kepada anda, sama ada anda ingin ikuti apa yang diajarkan dalam ebook ini atau tidak.

 

Sekiranya anda tertanya-tanya, berapa harga ebook ini… Jawapannya ialah…

PERCUMA sahaja. Sila muat turun segera secara percuma sahaja dari laman web ini. Walaubagaimanapun, ebook ini mungkin akan dihentikan sebarannya setelah cukup jumlah pembaca yang disasarkan.

 

Jadi, kalau anda serius minat nak mengetahui rahsia bagaimana menjalankan perniagaan homestay yang betul-betul laris dan digemari pengunjung, maka silalah baca ebook ini.

 

Penulis ebook ini adalah saudara Faridil Atras. Beliau merupakan seorang pemilik dan pengusaha bisnes homestay. Jadi, apa yang dia sampaikan dan kongsikan dalam ebook ini, memang anda boleh ikuti nasihatnya.

 

Kalau saya yang bagi nasihat, mungkin anda akan buat endah tak endah. Iyala… siapalah saya. Saya ni bukan seorang pemilik bisnes homestay pun. Saya hanyalah seorang penulis blog yang suka check in di homestay yang berbeza.

 

Kisah kejayaan saudara Faridil Atras ini juga pernah disiarkan dalam akhbar Sinar. Berikut adalah laporan berita yang pernah disiarkan dalam akhbar Sinar.

Dalam ebook ini, terkandung 10 rahsia yang dikongsikan secara keseluruhan. Apa yang buat saya tertarik dengan perkongsian ini ialah, penulis bercerita bukan sekadar dari sudut pandang seorang pengusaha bisnes homestay semata-mata.

 

Sebaliknya, hampir kesemua 10 rahsia ini, adalah sama seperti yang saya fikirkan apabila ingin buat keputusan sama ada nak buat tempahan di homestay tertentu ataupun tidak.

 

Saya tidak akan dedahkan kesemua 10 rahsia tersebut, sebabnya saya nak anda baca dan muat turun sendiri dari laman web penulis ebook ini. Tetapi, alang-alang anda dah baca perkongsian saya ini, saya akan ceritakan dua daripada 10 rahsia yang terkandung dalam ebook ini.

 

Lihat pada screenshot ebook dibawah ini.

Pelaris keempat ini, adalah penggunaan gambar yang memukau. Cuba perhatikan kedua-dua gambar diatas. Ianya sebenarnya adalah gambar yang sama.

 

Cuma yang membezakannya ialah, satu diambil menggunakan kamera smartphone, manakala yang satu lagi diambil oleh jurugambar profesional. Pada pendapat anda, gambar yang mana satu yang lebih cantik?

 

Saya rasa gambar yang dibawah lebih cantik.

 

Aspek penggunaan gambar, masih lagi diambil mudah oleh sesetengah pemilik perniagaan homestay. Pengunjung, ataupun bakal pengunjung, hanya bergantung 100% pada gambar yang anda bekalkan.

 

Kalau cantik gambarnya, maka cantiklah hasilnya. Saya sendiri tidak akan teragak-agak untuk buat tempahan homestay, apabila melihat gambar-gambar yang memukau seperti ini.

 

Tetapi bila tengok gambar-gambar yang kusam, nampak gelap dengan cara hiasan dalam yang kurang menarik, biasanya saya tidak akan segera buat tempahan. Saya akan cuba cari homestay lain dulu yang kelihatan lebih menawan.

 

Kadang-kadang, saya akan tulis review tentang homestay tempat saya pernah menginap, untuk memudahkan para pembaca blog saya buat keputusan apabila pergi bercuti ke sesuatu tempat. Seboleh-bolehnya, saya akan pilih homestay yang cantik, bukan sahaja dari segi gambar, malahan dari segi susun atur dan hiasan dalamannya.

 

Barulah seronok kalau saya nak recommend tempat tu kepada pembaca saya nanti. Sebaliknya, kalau homestay tu hanya biasa-biasa, saya nak cerita lebih-lebih pun rasa berat hati.

 

Kita lihat pula rahsia atau pelaris seterusnya.

Pelaris keenam adalah mengenai cara meningkatkan kredibiliti anda dalam mengurus dan menjalankan perniagaan homestay anda.

 

Sekiranya anda turut menyenaraikan homestay anda di laman web seperti tripadvisor ataupun laman web Airbnb, mereka mempunyai sistem yang boleh memberikan anda kredibiliti atas usaha anda menjalankan perniagaan homestay dengan kaedah yang paling baik.

 

Jika anda menggunakan laman web airbnb, gelaran SuperHost adalah gelaran paling tinggi yang boleh anda perolehi sebagai bukti yang anda benar-benar adalah seorang pengusaha bisnes homestay yang cekap.

 

Kadang-kadang, bila saya cuba cari senarai homestay di Cameron Highland misalnya, saya akan lihat dulu senarai pemilik homestay yang telah mendapat gelaran SuperHost berbanding yang masih belum ada sebarang reputasi.

Pemilik homestay yang ada gelaran superhost, biasanya mengenakan kadar sewa yang agak tinggi, namun ianya berbaloi sebab kita tahu, pengalaman menginap di homestay tersebut pasti lebih baik berbanding menginap di homestay yang tiada gelaran.

 

Apa pun, setiap yang dapat anugerah superhost, mereka juga bermula dengan tiada sebarang gelaran dan anugerah. Namun yang menjadi persoalannya, bagaimana dari tiada sebarang anugerah boleh dapat anugerah dan seterusnya boleh dapat banyak tempahan dari pelanggan?

 

Ebook 10 Rahsia Pelaris Homestay ini menerangkan secara asas sahaja.

 

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi, mungkin anda minat nak baca rujukan tambahan yang turut dihasilkan oleh penulis ebook yang sama, berjudul Jutawan Homestay.

Selamat membaca dan mana yang baik semoga boleh dijadikan ikutan. Saya doakan semoga selepas ini perniagaan homestay anda akan jadi makin bertambak sukses.

 

 

Exit mobile version