Blog Sabree Hussin

Panduan Melakukan Pembetulan Ejaan Nama Pada Tiket Air Asia

Jika ini merupakan kali pertama anda menggunakan perkhidmatan penerbangan dari Air Asia, satu perkara yang anda perlu tahu ialah mereka amat menitikberatkan soal ejaan pada tiket yang ditempah.

 

Ini bermakna, ejaan nama anda WAJIB sama dengan ejaan nama anda pada dokumen pengenalan diri anda.

 

Sekiranya penerbangan domestik, ejaan nama pada tiket yang ditempah wajib sama dengan ejaan nama dalam kad pengenalan (mykad) atau Mykid bagi kanak-kanak.

 

Jika penerbangan antarabangsa (International Flight), ejaan nama pada tiket wajib sama dengan ejaan dalam passport.

 

Kalau tak sama atas disebabkan faktor seperti

1. Tersalah eja semasa buat tempahan

2. Tertinggal nama family (biasanya Chinese)

3. Tak sengaja masukkan nama English (biasanya Chinese)

4. Tertinggal nama English (biasanya Chinese)

5. Tersalah letak jantina penumpang (tersilap antara Mr dengan Ms)

6. Susunan nama terbalik

 

Apa yang penumpang perlu lakukan jika berhadapan dengan situasi seperti yang dibincangkan?

 

Mudah sahaja. Lihat gambar dibawah

Sumber : Air Asia (AskAirAsia)

 

Anda ikut sahaja step dibawah

#Langkah Pertama – Siap sedia dengan booking number, dan salinan dokumen perjalanan anda.

 

#Langkah kedua – Isikan borang e-form dan maklumkan bahawa ada kesilapan pada ejaan

 

Klik pada link ini untuk dapatkan akses ke : Air Asia e-form

Paparan seperti diatas akan kelihatan. Isikan borang tersebut dengan lengkap lepas tu hantar.

 

Maklumkan dalam form tersebut apa masalahnya.

#Langkah ketiga – Bila dah tekan send, hubungi Air Asia semula menerusi Twitter ataupun Live Chat untuk mereka buat semakan dan pembetulan.

 

#Langkah keempat – Tunggu mereka buat kerja.

 

Kalau anda dapati nama anda masih lagi tak berubah, jangan takut dan jangan risau. Asalkan anda dah hantar e-form, bermakna mereka dah ada rekod. Kebiasaannya, selepas anda tekan send, anda akan menerima case number bagi tujuan rujukan dimasa akan datang.

 

Sebaik-baiknya, sebaik sahaja anda sedar terdapat kesilapan pada nama dalam tiket penerbangan anda, segera hubungi Air Asia. Jangan tunggu sehingga hari anda ingin berlepas.

 

Saya terlupa letak BIN/BINTI. Apa patut saya buat?

Bin dan binti ni bukan sebahagian dari nama. Ia macam A/P atau A/L yang biasanya digunakan oleh kaum India. Jadi tak letak pun tak ada masalah. Apa yang penting adalah nama sahaja.

 

Contohnya, nama saya Mohamad Sabree Bin Hussin. Cara tulis bila buat booking adalah

First Name – Mohamad Sabree

Last Name – Hussin

 

Ya, saya tidak meletakkan bin pada nama apabila membuat booking. Sepanjang menaiki penerbangan AirAsia langsung tak pernah ada masalah sebab tak letak bin pada tiket penerbangan.

 

First name ini juga adakalanya dipanggil given name. Manakala Last name juga dikenali sebagai family name.

 

Bagaimana kalau ada nama kedua atau “alias” pada nama?

Bagaimana cara nak tulis nama yang ada simbol @ pada tiket? Cara untuk tulis nama pada tiket penerbangan Air Asia adalah sama seperti nama yang tertera pada dokumen perjalanan.

Jika anda travel dalam Malaysia, maka nama pada tiket Air Asia anda mestilah sama seperti nama pada kad pengenalan.

Jika anda menaiki international flight, maka nama pada tiket anda mesti sama dengan nama pada passport.

 

Tetapi bagaimana saya nak tulis simbol @ dalam tiket? Bila saya nak letak simbol @, saya tak boleh nak teruskan dengan booking. Lihat jawapan pada persoalan seterusnya.

 

Bagaimana kalau nama saya ada simbol “-” atau “@”?

Bagaimana cara nak tulis?

 

Buat masa catatan ini saya tulis dan update, sistem Air Asia tidak membenarkan anda menaip sebarang simbol pada nama, sama ada simbol hyphen (-) ataupun simbol alias (@) mahupun lain-lain simbol.

 

Apa yang perlu anda lakukan ialah gantikan ruangan simbol tu dengan “space” atau langkah. Ini selari dengan maklumat yang boleh dibaca di laman web Air Asia menerusi pautan berikut.

 

Baiklah, semoga perkongsian ringkas ini membantu anda yang ada masalah ejaan pada tiket Air Asia.

 

Langkah-langkah ini, adalah untuk mereka yang ada lakukan kesilapan dalam ejaan sahaja. Bukannya untuk buat pertukaran nama ataupun pertukaran penumpang. Bermula 25 Julai 2014, tiket penerbangan Air Asia tidak boleh tukar nama dan tukar penumpang.

 

Kemaskini Ogos 2019

Sekarang ada cara yang lagi senang kalau nak buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia. Kita boleh buat live chat dengan AVA atau Air Asia Virtual Allstar.

 

Ikuti langkah-langkah berikut.

 

(1) Layari laman web Air Asia

Lihat screenshot dibawah.

Klik pada gambar AVA seperti yang saya tandakan dengan anak panah diatas.

 

(2) Mulakan chat dengan AVA

Paparan untuk live chat akan terpapar di skrin anda.

Pilih topik Booking Changes seperti yang saya tunjukkan diatas.

 

Perbualan dengan AVA akan diteruskan kepada topik yang lebih spesifik yang berkaitan dengan Booking Changes. Oleh sebab kita nak buat pembetulan ejaan nama pada tiket, jadi kita pilih Change of Guest’s Details.

 

Lepas tu AVA akan terangkan yang mengikut polisi Air Asia, penukaran penumpang adalah TIDAK DIBENARKAN. Namun jika terdapat kesalahan pada ejaan, ianya masih boleh dimaafkan dan boleh dilakukan.

Seterusnya AVA akan tanya, dimana kesalahan ejaan itu berlaku? Adakah pada nama pertama (first name) atau nama keluarga (last name)?

 

Andai kata yang salah adalah pada first name, maka anda tekanlah klik pada first name.

Jawab soalan seterusnya yang ditanyakan oleh AVA. Kali ini AVA minta nama penuh seperti dalam kad pengenalan atau passport.

 

Bila dah masukkan nama penuh, AVA akan minta alamat emel pula.

Kemudian masukkan pula booking number penerbangan anda.

 

Saya terpaksa berhenti sampai sini, sebab saya tiada booking number yang tersalah ejaan. Jadi, jika anda ada masalah kesilapan ejaan teruskan dengan langkah seterusnya, iaitu berikan nombor tempahan dan ikut sahaja step seterusnya yang diminta oleh AVA.

 

Itu sahaja.

 

Mudah kan, nak buat pembetulan nama? Masih ada soalan untuk saya? Atau masih tak faham? Boleh tanyakan dibahagian komen atau hubungi saya.

 

Saya masih jumpa, ada percubaan untuk menjual tiket Air Asia yang telah dibeli. Kiranya nak tukar nama penumpang sebab penumpang asal tak boleh fly pada hari kejadian. Tak perlu buang masa nak beli tiket Air Asia orang lain, sebbanya kalau anda dah beli, anda tak boleh tukar nama pun.

Baca juga: Cara buat tempahan tiket Air Asia ketika server down yang ramai orang tak tau

 

 

Exit mobile version