Blog Sabree Hussin

Panduan Lulus Cemerlang MUET 2017

MUET adalah singkatan bagi Malaysian University English Test. Peperiksaan ini boleh diambil sesiapa sahaja. Peperiksaan ini diwujudkan untuk menilai tahap kefasihan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar terutama pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

 

Untuk lulus MUET anda perlu mendapat keputusan Band 3. Ini disebabkan sesetengah pengajian di universiti mewajibkan anda mendapat keputusan Band 3. Bagi golongan Pengajian PJJ pula, mereka terpaksa lulus sebagai syarat menamatkan pengajian.

 

Perkara ini sedikit sebanyak menggusarkan keadaan golongan pelajar PJJ. Berbanding pelajar Pra Universiti, matrikulasi dan tingkatan 6 mereka ada kelas khas untuk membantu mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan MUET. Mereka yang masih belajar di universiti pula selalunya akan belajar sendiri.

Agak susah untuk mencari kelas tuisyen yang mengajar khas untuk MUET sahaja. Selalunya hanya tuisyen Bahasa Inggeris berperingkat. Seperti UPSR, PMR dan SPM. Buku panduan menjawab dan latihan boleh didapati di kedai buku. Jika anda tidak berkesempatan untuk mendapatkan buku panduan, saya syorkan anda download secara online ebook Panduan Lulus Peperiksaan Muet Dengan Cemerlang. [klik sini untuk info lanjut]

 

MUET mengandungi 4 bahagian peperiksaan. Ia melibatkan ujian Speaking/Bercakap, Reading/Bacaan, Writing/penulisan dan Listening/Mendengar. Setiap ujian ada markah. Pembahagian markah adalah seperti berikut:

  1. Listening – 45 markah
  2. Speaking – 45 markah
  3. Reading – 120 markah
  4. Writing – 90 markah

 

Markah untuk lulus BAND 3 minimum adalah 140.

 

Sebelum mengambil peperiksaan MUET, persediaan rapi perlu dilakukan. Pastikan anda sudah biasa dengan contoh-contoh soalan dan jawapan Peperiksaan MUET. Di dalam e-book Panduan Muet ada menekankan teknik – teknik yang betul untuk menjawab soalan bai kategori speaking, reading, writing dan listening. Teknik yang betul boleh membantu meningkatkan peluang untuk mendapat markah terbaik. Seterusnya kita boleh mendapat keputusan yang baik. Kelemahan-kelemahan dan kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon peperiksaan juga ada dibincangkan dalam panduan ini.

 

Seterusnya, jika anda ingin mengambil peperiksaan MUET pada tahun 2017 boleh rujuk jadual di Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia atau klik sahaja link ini portal.mpm.edu.my/en/muet . Pendaftaran MUET boleh dilakukan secara online. No Pin pendaftaran boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Selesai pendaftaran catat tarikh yang anda pilih untuk menghadiri peperiksaan MUET. Ini untuk mengelakkan anda terlupa. Saya mengucapkan semoga berjaya.

Jika anda masih mencari panduan teknik menjawab MUET, klik sahaja link tempahan Panduan Lulus Peperiksaan Muet Dengan Cemerlang.

 

 

 

Exit mobile version