Blog Sabree Hussin

Tips menulis blog just for fun

Bagaimana rasanya bila menulis blog sekadar untuk suka-suka?

Orang putih kata, blogging just for fun.

 

Sebelum saya menulis artikel ini, saya sebenarnya ada buat sedikit pembacaan diinternet.

 

Saya ada menemui artikel lama yang ditulis oleh penulis blog sebelum saya berkenaan dengan topik ini.

 

Menulis blog untuk suka-suka, atau menulis just for fun.

Adakah ia satu perbuatan yang bagus atau sebenarnya menulis blog sekadar untuk suka-suka boleh dianggap sebagai sesuatu yang merugikan dan membuang masa?

 

Pada saya, setiap orang berhak untuk buat apa sahaja yang dia suka, tak kiralah sama ada ianya perkara yang bermanfaat atau perkara yang membuang masa.

 

Asalkan dia tak ganggu kehidupan orang lain, dan tak melakukan sesuatu tindakan yang bahaya mahupun melanggar undang-undang.

 

Bagi mereka yang nak cuba aktiviti penulisan blog, dan nak cuba-cuba dulu, saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna untuk anda.

 

Manalah tahu kan, bermula dengan hanya suka-suka, satu hari nanti blog anda menjadi salah satu sumber pendapatan untuk anda.

 

1. Pilih topik berdasarkan minat

Setiap orang pasti memiliki minat yang berbeza, dan itu adalah satu perkara yang baik.

 

Apabila kita menulis untuk kepuasan diri, kita sebenarnya lebih fleksibel untuk memilih apa-apa topik yang dekat dengan jiwa kita.

 

Sebagai contoh, saya suka topik berkenaan dengan

1. Pengurusan perniagaan

2. Ekonomi

3. Kewangan

4. Politik

 

Oleh sebab itu, saya lebih cenderung untuk menulis topik-topik tersebut dalam blog saya.

 

Ia memberi suatu kepuasan dan secara tak langsung ia membantu saya mendapatkan pengetahuan yang lebih baik berkenaan topik yang saya minat.

 

Kalau dalam strategi penulisan blog bagi tujuan menghasilkan pendapatan, kita akan fokus kepada suatu topik yang ada nilai komersial.

 

Selain itu, kita juga akan menggunakan beberapa jenis tools yang berbeza, bagi mengetahui apakah potensi yang terdapat pada topik-topik tertentu.

 

Kita sedia maklum, ada topik yang memang cukup sesuai bagi dijadikan pilihan kalau kita nak buat duit.

 

Sudah tentu, dalam perbincangan kali ini, kita bukannya nak bercerita tentang apa topik yang kita patut pilih bagi tujuan buat duit dengan blog.

 

Kita nak berikan prioriti kepada keseronokkan dan kepuasan yang bakal kita perolehi dengan menulis blog. Oleh itu, kita pilihlah apa-apa topik yang dekat dengan jiwa dan minat kita.

 

Sama ada ianya tentang kesenian, sejarah, cerita masyarakat, kisah dongeng, motivasi dan sebagainya.

 

2. Tetapkan matlamat yang realistik

Orang yang menulis for fun sebenarnya tak perlu terlalu beri tekanan terhadap perkara seperti

1. Berapa banyak trafik yang masuk

2. Adakah keyword blog anda berjaya masuk ke page pertama Google

3. Berapa banyak follower yang diperolehi

4. Berapa ramai pelawat yang meninggalkan komen

 

Sebaliknya kita tetapkan suatu sasaran yang boleh dicapai dan yang paling penting dapat membuatkan kita rasa benar-benar puas hati.

Kita sasarkan untuk menulis satu artikel dalam masa seminggu.

 

Walaupun kita hanya menulis dan siarkan satu artikel sahaja dalam seminggu, tapi kita cubalah sedaya upaya untuk pastikan artikel tersebut memang high quality.

 

Maklumlah, hasil kerja selama seminggu, mana mungkin sama dengan hasil kerja beberapa jam. Betul tak?

 

3. Jadi diri sendiri

Jadi diri sendiri apabila anda menulis.

 

Anda kongsikan pandangan, pengalaman dan cerita yang memang original dari anda.

 

Bukan itu sahaja, bahkan apabila anda menulis, anda tulislah dengan gaya bahasa seolah-olah anda sedang bercerita. Lupakan sekejap peraturan tatabahasa.

 

Kita bukannya nak hantar esei ke mana-mana pertandingan menulis. Kita nak menyampaikan sesuatu maklumat, menyuarakan pendapat dan sesekali ingin berkongsi pengalaman yang kita lalui.

 

Lagipun ini bukannya zaman dimana kita menulis sebab nak dapatkan gred A dari guru yang mengajar kita subjek penulisan.

 

4. Tiada tekanan

Inilah yang sepatutnya dalam bidang penulisan blog.

 

Aktiviti blogging ini tak sepatutnya dianggap sebagai satu tugasan yang perlu diselesaikan, walau apa pun yang terjadi.

 

Kalau anda meletakkan komitmen misalnya seperti satu hari wajib siarkan satu artikel, lama kelamaan ia akan menjadi satu rutin yang akhirnya membuatkan anda rasa blogging itu suatu aktiviti yang membosankan.

Kita nak menulis dalam keadaan yang kita memang benar-benar seronok.

 

Kalau pada masa tersebut, anda tak rasa seperti nak menulis, maka tak perlulah nak menulis.

 

Berehatlah.

 

5. Eksperimen

Jangan takut untuk bereksperimentasi dengan

i. Cara dan gaya penulisan.

ii. Topik untuk dibincangkan

iii. Format dan gaya penyampaian

 

Blog anda, anda yang tentukan.

Tak ada siapa yang akan marah anda.

 

Kalau tiba-tiba ada komen yang kecam anda, dan anda tahu kecaman tersebut langsung tak berasas, delete sahaja dan abaikan.

 

Golongan yang suka kecam dan troll ini memang hidup dengan mencari perhatian. Kalau kita layan, dia akan semakin signifikan. Kalau kita abaikan, ia akan hilang sendiri dan seterusnya dia akan cari mangsa lain.

 

6. Berhubung dengan penulis blog lain

Cuba luangkan sedikit masa untuk berhubung dan berkenalan dengan penulis blog lain.

 

Penulis blog ini, bilangannya semakin berkurangan.

 

Kalau penulis macam saya pula, yang lebih suka berada dalam dunia saya sendiri. Saya lebih mengutamakan strategi penulisan Search Engine Optimazation (SEO).

 

Maksudnya saya tak begitu ambil kisah apa yang berlaku dekat sekeliling saya. Saya akan menulis sesuatu artikel berpandukan kepada analisa kata kunci yang saya jalankan.

 

Cara saya mengendalikan blog ini, adakalanya memang tak menyeronokkan.

Kalau anda nak menulis blog just for fun, cara saya ini mungkin kurang sesuai untuk anda.

 

Apabila anda cuba berkolaborasi dengan penulis blog lain, ini boleh dijadikan sebagai satu peluang untuk anda bina link dengan blog milik penulis lain.

 

7. Kongsi Pandangan Peribadi

Ada banyak isu yang berlegar disekeliling kita.

 

Ada sesetengah isu yang memang dekat dengan diri kita, sebab kita juga pernah melalui perkara tersebut, dan kita ingin kongsikan pandangan serta pengalaman peribadi.

 

Masalahnya ialah, tiada siapa yang nak dengar suara kita!

Tapi itu bukan satu isu yang besar.

 

Kalau anda ada blog, anda boleh suarakan pandangan anda melalui blog anda.

Tuliskan setiap apa yang terbuku dihati anda dan siarkan diblog anda.

 

Percayalah, apabila anda luangkan masa untuk kongsikan

i. Pendapat anda mengenai sesuatu isu

ii. Pengalaman yang anda pernah lalui

iii. Cabaran yang anda hadapi

iv. Langkah yang anda ambil untuk selesaikan masalah

 

Semua ini akan memberi manfaat kepada individu lain yang mungkin menghadapi situasi yang lebih kurang sama dengan anda.

 

8. Enjoy proses penerbitan artiel

Dalam proses untuk menerbitkan sesebuah artikel, ia perlu melalui beberapa peringkat.

 

Antaranya

i. Kajian

ii. Penulisan

iii. Penyuntingan

iv. Menetapkan format

v. Penerbitan

 

Semua peringkat ini perlu dilakukan dengan penuh kesabaran, sekiranya anda ingin menghasilkan sebuah karya yang mempunyai nilai yang baik dan berguna kepada pembaca.

Apabila saya kata, menulis blog ini sebenarnya menyeronokkan… kadang orang susah nak faham dan bayangkan.

 

Perkara ini, anda perlu lalui sendiri.

 

Apa yang kita buat ini seolah-olah kita sedang meluahkan setiap perkara yang terbuku didada. Makin banyak yang kita luahkan, makin ringan rasanya.

 

Kadang-kadang kita jadi serabut, bila ada banyak sangat perkara yang kita simpan.

 

Tapi anda cubalah luahkan apa yang anda simpan selama ini. Kalau tak ada siapa yang nak dengar apa yang tersimpan dalam hati anda, gunakan blog sebagai wadah.

 

Of course, anda juga kenalah tahu mana satu yang patut dirahsiakan, dan mana satu yang boleh diluahkan. Kalau semua perkara termasuk yang bersifat peribadi pun anda nak luahkan, itu bahaya.

 

Melainkan kalau anda set blog anda untuk dibaca oleh anda seorang sahaja.

 

9. Kebebasan dalam berkarya

Anda bebas untuk menonjolkan kelainan dan kreativiti anda dalam menghasilkan karya.

 

Tak perlu nak terikut-ikut dengan gaya penyampaian orang lain.

 

Biarlah kalau ada orang yang kata anda tak kreatif sangat sekalipun.

 

Ini blog anda.

Anda yang bayar domain dan juga hosting.

 

Bermakna anda bebas untuk mengasah dan menyerlahkan bakat penulisan anda.

 

Manalah tahu, satu hari nanti anda boleh buat duit dengan skil penulisan anda tersebut.

 

10. Kongsi tentang hobi anda

Anda ada hobi tertentu?

 

Sesuatu yang anda biasa akan lakukan dimasa terluang, atau bagi mengisi masa lapang.

 

Anda suka membaca?

Apa kata anda kongsikan mengenai ulasan anda terhadap buku-buku yang anda pernah baca sebelum ini.

 

Ada ada hobi suka bercucuk tanam?

Anda boleh kongsikan beberapa tips penanaman, khasiat mengenai tumbuh-tumbuhan tertentu dan sebagainya.

 

Ceritakanlah apa yang anda suka lakukan sebagai hobi melalui blog anda.

 

11. Bersabar dengan perkembangan blog

Orang yang menulis blog untuk suka-suka, dan untuk kepuasan peribadi ini biasanya dia tak begitu ambil berat mengenai perkembangan blog mereka.

 

Perkembangan dekat sini saya maksudkan

i. Perkembangan dari segi trafik

ii. Pendapatan yang dihasilkan dari blog

iii. Kedudukan blog di halaman search engine

iv. Bilangan pembaca blog

 

Lambat laun, blog anda pasti akan menunjukkan perkembangan yang positif.

Walaubagaimanapun, perkembangan tersebut biasanya akan mengambil masa yang lebih lama memandangkan anda tidak membangunkan blog anda mengikut strategi yang betul.

 

Ada beza sebenarnya orang yang buat blog sebab nak buat duit, dengan orang yang buat blog hanya untuk suka-suka.

 

Saya cadangkan, kalau anda memang berniat nak buat duit dengan blog anda, baik anda dari mula lagi menggunakan strategi yang betul.

Baca: Panduan paling lengkap buat duit dengan blog

 

Dalam posting tersebut, saya juga ada menyentuh serba sedikit strategi menggunakan teknologi Artificial Intelligence untuk membantu memudahkan kerja-kerja menghasilkan karya penulisan anda.

 

12. Belajar sambil buat

Its okay kalau pada peringkat permulaan ada banyak perkara yang anda rasakan agak asing.

 

Saya percaya kebanyakkan orang bermula dengan pengetahuan yang agak terbatas. Apa yang membezakan ialah, kesanggupan seseorang itu untuk belajar.

 

Sewaktu saya baru mula dalam bidang penulisan blog, saya juga tak tahu apa yang dimaksudkan dengan teknik Search Engine Optimization.

 

Kemudian saya mula dengar istilah affiliate marketing.

Persoalannya ialah, bagaimana cara untuk buat duit melalui program affiliate hanya menggunakan blog?

 

Semua ini boleh dipelajari.

 

Bila kita set pada minda, kita nak jadi seseorang yang terbuka untuk belajar perkara baru, kita akan nampak ada banyak perkara yang kita boleh pelajari.

 

Copywriting, content marketing, blog advertising dan macam-macam lagi.

 

13. Pengalaman dunia luar

Kehidupan kita bukannya berlegar dalam dunia digital semata-mata.

 

Ada kalanya, kita boleh mendapatkan inspirasi dan semangat untuk menulis melalui pengalaman yang kita lalui dari dunia sebenar.

 

i. Pengalaman yang kita lalui dalam kehidupan seharian.

ii. Pengalaman kita ditempat kerja.

iii. Pengalaman kita pergi bercuti.

iv. Pengalaman kita menjalani kehidupan berumahtangga.

 

Tak perlulah kita nak sentiasa online 24 jam untuk mencari sumber atau bahan yang sesuai dijadikan konten blog kita. Pengalaman peribadi yang kita lalui itu sebenarnya lebih unik.

 

14. Tulis untuk diri sendiri

Cuba letakkan diri anda dipihak pembaca.

 

Adakah anda akan baca artikel blog?

Jika jawapan anda adalah ya, cuba perincikan artikel yang bagaimana yang anda akan baca?

 

Sudah tentu, pada zaman ini pengguna internet sudah semakin kurang membaca artikel blog.

Ini perkara yang saya sendiri perlu akui sebagai penulis blog.

 

Salah satu puncanya ialah, pengguna lebih selesa mengambil maklumat dan membuat pembacaan melalui posting di media sosial.

 

Mereka lebih selesa untuk mengambil maklumat dalam bentuk yang ringkas namun padat.

Kalau artikel blog ini pula biasanya ia lebih panjang.

 

Saya pula, saya masih lagi suka baca artikel blog dan saya akan memilih-milih akaun media sosial untuk saya ikuti perkongsian mereka.

Kita sedia maklum, pengguna media sosial ini kadang-kadang kurang cermat dalam berkongsi maklumat.

 

Kadang-kadang info yang terang-terang nampak palsu pun ada yang berani untuk kongsikan.

Para pembaca pula ada yang masih senang-senang percaya.

 

Kita bukan nak cerita tentang media sosial, sebaliknya kita nak bercerita tentang penulisan di blog.

 

Apabila kita nak menulis blog untuk suka-suka, kita tulislah artikel dari jenis dan gaya penyampaian yang kita sendiri rasa seronok nak baca.

 

Kalau kita sendiri rasa seronok dengan gaya penulisan kita, In Shaa Allah orang lain pun akan suka dengan gaya penulisan kita.

 

15. Refleksi diri dan berkembang

Satu hari nanti, minat dan pandangan anda terhadap sesuatu perkara akan berubah.

 

Bagaimana cara anda melihat dan mentafsir kehidupan didunia ini juga akan mulai berubah.

 

Satu masa dulu, ketika saya masih lagi seorang pelajar di universiti, saya suka menulis artikel berkenaan dengan isu-isu yang dilalui dalam kehidupan seorang pelajar.

 

Kemudian saya juga suka menulis topik berkaitan dengan subjek yang saya pelajari.

 

Saya berpendapat, sambil saya menulis topik mengenai subjek yang saya pelajari, sambil itu saya dapat membuat ulangkaji.

 

Tapi selepas saya mula masuk ke alam pekerjaan, saya dah kurang berminat nak menulis tentang kehidupan sebagai pelajar.

 

Selepas itu, apabila saya mula mendirikan rumahtangga, minat dan fokus saya juga sudah mula berubah kepada perkara lain pula.

 

Cara saya menulis dan membuat ulasan terhadap sesuatu topik atau isu juga mula berubah.

 

Apa yang saya cuba sampaikan ialah, blog kita akan berkembang seiring dengan perkembangan diri kita sebagai penulis. Kalau anda aktif menulis, mungkin selepas lima tahun menulis, anda boleh bandingkan style penulisan anda pada lima tahun yang lepas dengan yang terkini.

 

Saya percaya, ianya mesti ada banyak perubahan.

 

16. Tak perlu kejar trend

Abaikan trend, isu semasa dan juga isu viral jika ia langsung tak selari dengan minat anda.

 

Apa yang saya maksudkan dengan abaikan ini, bukanlah langsung tak ambil tahu. Sebaliknya, anda boleh ambil tahu, kalau anda mahu. Cuma anda tak perlulah nak turut ikut sama menulis tentang perkara tersebut.

 

Kadang-kadang sesuatu isu itu, jadi viral bukannya sebab isu tersebut benar-benar penting, tapi sebab ada banyak penulis blog, pengguna media sosial, netizen dan sebagainya yang turut bercakap hal tersebut.

 

Ini yang menjadikan perkara tersebut semakin viral.

 

Sepatutnya, hal-hal yang tak berapa penting ni, tak perlulah nak diulas berlebih-lebihan.

 

Ada banyak penulis yang menulis berdasarkan kepada trend dan isu yang sedang hangat dibincangkan kerana ingin mendapatkan limpahan trafik.

 

17. Fotografi dan karya seni

Blogging bukanlah semata-mata tentang menghasilkan karya dalam bentuk penulisan sahaja.

 

In fact, kalau dalam sebuah karya penulisan blog itu hanya mengandungi tulisan semata-mata, ia sebenarnya akan nampak sedikit membosankan.

 

Lagipun, blog ini bukannya novel.

Kalau novel itu lainlah.

 

Pengisiannya dalam bentuk tulisan semata-mata.

 

Jika anda seorang yang suka bercuti dan banyak mengambil gambar, pasti ada banyak gambar dalam koleksi anda yang boleh dikongsikan melalui posting blog anda.

 

Posting blog anda pasti akan jadi lebih menarik jika anda turut berkongsikan gambar atau mungkin rakaman video.

 

18. Raikan setiap kejayaan

Walaupun anda bukannya berniat untuk menulis blog demi menghasilkan wang, anda tetap digalakkan untuk meraikan setiap kejayaan yang anda hasilkan.

 

Kejayaan bagi sesebuah blog ini boleh dilihat dari pelbagai sudut.

 

Antaranya

i. Kejayaan bertahan sebagai penulis

Setiap kali ulangtahun anda menjadi penulis, raikan kejayaan tersebut. Ada orang mungkin hanya dapat bertahan sebagai pemilik dan penulis blog selama 3 tahun sahaja.

 

Tapi kalau anda mampu bertahan lebih lama dari itu, misalnya 5 tahun, 7 tahun dan sebagainya, itu merupakan suatu kejayaan yang patut dibanggakan.

 

ii. Berjaya menulis 1,000 artikel

Kalau anda menulis sehari satu artikel, dalam setahun anda akan mempunyai 365 artikel.

 

Ini bermakna, pada tahun keempat anda akan mula menulis artikel yang ke-1,000!

 

Fuh ucapkan tahniah buat diri anda.

 

Tapi kita pun faham, anda mungkin tak ada masa untuk menulis satu artikel setiap hari secara konsisten. Ini bermakna anda mungkin perlu lebih banyak masa untuk mula menulis artikel yang ke – 1,000!

 

iii. Berjaya dapatkan 1,000,000 trafik

Angka sejuta ini merupakan suatu nilai yang signifikan bagi penulis blog.

 

Ia menggambarkan bahawa selama kita aktif menulis blog, ada sekurang-kurang 1,000,000 orang yang pernah baca karya penulisan kita. Fuh… ramai tu.

 

Oh sorry to say, andaian tersebut sebenarnya kurang tepat.

 

Walaupun blog kita menerima views mencecah ratusan ribu sekalipun, ia bukan bermakna ada beratus ribu pengunjung yang berbeza. Kadang-kadang pelawat yang sama berkunjung dan membaca blog kita berulang-ulang kali.

 

iv. Berjaya dapatkan 1,000 komen pembaca

Komen dari pembaca juga merupakan salah satu perkara yang adakalanya dapat menaikkan semangat seorang penulis blog untuk terus berkarya.

 

19. Berehat bila perlu

Anda tak terikat dengan komitmen untuk menulis secara terus menerus.

 

Anda bukannya bekerja dengan majikan atau dengan syarikat penerbitan yang meletakkan syarat bahawa anda perlu terbitkan artikel mengikut jadual yang ditetapkan.

 

Bila anda mula merasakan menulis itu memenatkan, dan melayan kerenah pembaca itu meletihkan, anda boleh berhenti dan berehat bila-bila masa dan selama mana yang anda perlukan.

 

Kadang-kadang ada dalam kalangan pembaca ataupun pelawat anda yang bertanya soalan.

Mungkin ada beberapa topik yang pernah anda tulis yang menarik perhatian mereka.

 

Tapi adakah menjadi satu kewajipan untuk menjawab setiap pertanyaan dan persoalan yang ditinggalkan oleh pembaca anda?

 

Jawapannya, bergantung kepada anda.

Apa yang pasti, ia bukan satu kewajipan untuk melayan setiap soalan dan pertanyaan.

 

Pembaca blog anda, bukan boss anda.

 

Kalau anda nak jawab pertanyaan mereka, itu sebab anda berbuat demikian dengan sukarela.

 

Most of the time, saya akan ignore atau abaikan je soalan-soalan yang ditanyakan oleh pembaca blog saya.

Kadang-kadang soalan yang ditanyakan tu, memang saya dah pernah tulis jawapannya sebelum ini.

 

Hanya perlukan sedikit kerajinan dipihak pembaca untuk mencari maklumat tersebut, yang saya pernah tulis dalam blog sebelum ini.

 

Apa yang saya cuba sampaikan ialah, kita ada kebebasan sama ada nak melayan atau mengabaikan pertanyaan pembaca blog kita. Anda tak perlu terlalu memikirkan soalan-soalan yang ditanyakan oleh pembaca.

 

Kalau anda tak minat nak tulis berkenaan dengan topik yang ditanyakan oleh pembaca, tak perlu layan pertanyaan tersebut.

In fact, anda boleh delete sahaja komen pembaca tersebut.

 

Apa yang lebih penting, adalah kesihatan mental anda.

 

Kesimpulan

Menulis blog untuk kepuasan diri sebenarnya lebih kepada untuk mengekspresikan diri, kreativiti dan menikmati proses berkongsi pandangan dan pengalaman anda kepada dunia luar.

 

Ia sepatutnya dijadikan suatu hobi yang dapat memberikan anda kepuasan dan tak perlu terikut dengan kejayaan yang dicapai oleh individu lain.

 

Kalau anda membaca hingga ke baris ini, mungkin salah satu perkara yang terlintas difikiran anda ialah, kenapa nak tulis blog, sedangkan semua ini boleh dilakukan menerusi platform media sosial, tiktok ataupun Youtube.

 

Ya tepat sekali.

 

Anda boleh tukarkan, tajuk posting saya ini mengenai “blog” dengan medium lain, sama ada ianya facebook, instagram, tiktok dan sebagainya. Tapi saya suka highlight mengenai blog, kerana pada pandangan saya, blog ini sebenarnya adalah harta maya yang kita boleh claim ianya adalah milik kita.

 

Terutama sekali jika anda melanggan domain dan hosting.

 

Nama blog itu harta kita.

Konten blog itu juga harta kita.

 

Tapi kalau lain-lain platform, ianya sebenarnya bukan milik kita sepenuhnya.

Platform yang mana kita gunakan untuk siarkan konten kita itu, pada bila-bila masa boleh memadam atau menurunkan posting kita.

 

Oleh sebab itu, saya berpandangan blog tetap memiliki kelebihannya yang tersendiri.

 

 

Exit mobile version