Blog Sabree Hussin

Masalah Subscriber HILANG Dalam Sistem Autoresponder

Beberapa hari yang lepas, saya ada berbincang bersama beberapa rakan Internet Marketer (IM) mengenai isu subscriber yang dikumpul menerusi sistem autoresponder hilang.

Sebenarnya isu yang sama macam ni pernah jugak saya terbaca di forum-forum antarabangsa yang membincangkan topik perniagaan dan pemasaran online.

Senang cerita, perkara ni sebenarnya BIASA.

Saya ambil contoh, Aweber, andai kata anda berhadapan dengan situasi yang sama seperti dibawah

Lihat pada 1 complaint, secara automatik, pemilik emel yang complaint akan dikeluarkan dari mailing list anda. Dalam hal ini Aweber akan mengandaikan yang penerima emel tersebut dah tak minat untuk menerima apa-apa emel dari kita semula, tetapi mereka masih tetap tidak tekan unsubscribe.

Subscribers who submit complaints are automatically unsubscribed from the list as you don’t want those subscribers on your list.

Macam mana cara subscriber lakukan complaint?

Mudah sahaja. Mereka hanya perlu tekan pada button SPAM pada emel masing-masing. Bila mereka tekan button spam, pihak autoresponder akan menerima maklumat tersebut.

Contoh button Yahoo Spam

Contoh button gmail Spam

Selain daripada faktor complaint ini, ada beberapa lagi sebab kenapa subscriber boleh hilang daripada senarai mailing list kita.

Iaitu mereka telah unsubscribe.

Jadi mari kita lihat 5 sebab yang popular kenapa subscriber keluar (opt out) daripada mailing list kita.

1. Kandungan emel tak relevan

Lazimnya, subscriber hanya berminat dengan kandungan-kandungan emel yang relevan dengan minat dan kemahuan mereka sahaja.

Jika kita hantar emel yang diluar skop minat dan kemahuan mereka, besar kemungkinan mereka akan unsubscribe email kita.

2. Terlalu banyak emel promosi

Subscriber akan jadi rimas dan lemas jika kita asyik hantar emel promosi tanpa berkongsi informasi yang baru.

3. Freebies seeker

Terdapat juga setengah subscriber hanya berminat dengan hadiah percuma yang anda tawarkan semasa awal-awal dulu anda ingin kumpul senarai emel.

Selepas mereka dah dapat download apa yang anda tawarkan, mereka akan segera unsubscribe email anda.

4. Terlalu jarang hantar emel

Subscriber anda akan lupakan anda.

Ada juga antara mereka yang tak sempat nak kenal siapa anda. Jika subscriber anda tak kenal atau dah lupa pada anda, dan satu hari dengan tak semena-mena anda hantar emel promosi kepada subscriber anda, kebiasaannya mereka pasti akan unsubscribe daripada menerima sebarang emel dari anda.

5. Tiada hubungan baik antara anda dan subscriber

Selain nak buat duit, anda perlu juga pastikan yang anda bina hubungan dua hala yang baik antara anda dan juga subscriber.

Mereka juga seperti anda, manusia biasa, dan pastinya mereka juga ingin kejayaan sama seperti anda. Jangan pentingkan diri sendiri.

Cuba fokus untuk sama-sama berjaya, daripada anda fokus untuk berjaya sendiri sahaja.

Rahsia Pemasaran Emel [klik sini]

 

[hcshort id=”9″]

 

 

Exit mobile version