Blog Sabree Hussin

Masalah jualan JATUH menjunam semasa musim perayaan?

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Alhamdulillah, selepas sebulan berpuasa, akhirnya kita sekali lagi menyambut hari raya. Dalam kita bergembira, mungkin ada antara kita yang duk pening kepala. Lebih-lebih lagi buat mereka yang buat duit dengan berniaga.

 

Macam mana dengan jualan yang kalian hasilkan? Ada terjejas tak sempena dengan bulan puasa dan bulan raya ni? Ada sesetengah orang, jualan mereka terjejas sejak dari bulan puasa lagi.

 

Maklumlah, bulan puasa ni, sedikit sebanyak jadual harian kita sedikit berubah. Kalau dulu, bila masuk waktu rehat, prospek kita akan buka FB, akan buka blog, baca apa-apa yang baru, dan kalau ada sebarang produk yang dia berkenan, dia akan terus buat pembelian. Tapi situasinya sedikit berbeza semasa bulan puasa.

 

Boleh jadi pada waktu tu, bakal pelanggan kita lebih cenderung untuk mengisi masa dengan membaca, sama ada baca alquran atau baca bahan-bahan bacaan keagamaan. Masa bulan puasa juga, rata-rata akan lebih berjimat dan berhemat ketika berbelanja. Masa raya nanti nak pakai banyak duit.

 

Kemudian masuk bulan raya. Sesetengah prospek kita sambut raya sampai 30 hari. Mungkin sepanjang tempoh waktu ni, prospek kita masih belum betul-betul bersedia nak jadi pelanggan kita. Tapi sebagai usahawan, tak kan kita nak duk diam sahaja.

 

Mestilah jawapannya TIDAK. Kita kena buat sesuatu. After all, pendapatan kita bergantung kepada berapa banyak jualan yang berjaya kita hasilkan.

 

Macam mana nak pastikan jualan kita tak terjejas terus dan pendapatan kita tetap stabil walaupun pada musim perayaan?

 

(1) Teruskan beriklan

Adakah perniagaan anda bergantung kepada iklan untuk mendapatkan pelanggan? Jika jawapan anda adalah YA, bermakna anda tak boleh sesekali hentikan iklan, walaupun nampaknya iklan anda kurang mendapat sambutan.

 

Ini masanya untuk anda lakukan serba sedikit adjustment pada iklan anda. Cuba tulis sesuatu yang boleh disesuaikan dengan mood raya. Contohnya

Poket kosong selepas raya? Ini penyelesaiannya

Ingin kekal kurus selepas raya?  

 

(2) Tukar produk untuk dijual

Ikut apa yang tengah high demand sekarang ni. Kalau sepanjang bulan puasa dan bulan raya, produk yang hot mungkin adalah seperti buah kurma, biskut raya, ketupat, baju kurung, baju melayu dan sebagainya yang berkaitan dengan perayaan. Produk-produk yang saya sebutkan ini adalah produk bermusim yang mendapat permintaan yang sangat tinggi hanya pada musim perayaan.

 

Ataupun sebagai alternatif, anda tukar untuk promosikan produk-produk yang menawarkan diskaun yang tinggi.

Sebagai contoh, sempena bulan puasa dan bulan raya, lazada menawarkan potongan harga sehingga 92% bagi produk-produk terpilih. Jika anda juga adalah salah seorang affiliate bagi Lazada, ini adalah peluang yang sangat menarik untuk buat duit.

 

(3) Tukar target prospek kepada mereka yang tidak menyambut hari perayaan 

Sama ada fokus kepada pasaran non-muslim ataupun anda fokus kepada pelanggan yang berada di luar negara. Pasaran luar negara juga sangat besar sebenarnya. Pasaran besar, dan pesaingnya juga besar. Apa pun, untuk mereka yang menjalankan kerja-kerja pemasaran secara online, bukan satu perkara yang mustahil untuk melakukan kerja-kerja pemasaran di pasaran antarabangsa.

 

(4) Buat pelaburan untuk pemasaran SEO

Sepanjang bulan puasa dan bulan perayaan ni, jujurnya kebanyakkan jualan yang berjaya saya hasilkan adalah menerusi kempen-kempen dan projek SEO yang saya jalankan. Jadi, dengan adanya kempen SEO yang mantap, saya dah tak perlu terlalu risau dengan bajet untuk pengiklanan mahupun nak stop ataupun teruskan beriklan.

 

Ini bermakna, selagi artikel saya masih lagi tersenarai di muka surat pertama google, selagi itu saya boleh bertenang dan tunggu sahaja komisen dari jualan-jualan yang berlaku secara automatik masuk ke akaun bank.

 

Mungkin teknik SEO ini, buat sesetengah orang adalah teknik yang ancient dan ramai yang tak berminat nak praktikkan lagi. Saya tak tau nak kata apa. Terpulang pada selera dan pendapat masing-masing. Apa pun, tak lama lagi keadaan akan kembali seperti sedia kala.

 

Bolehlah pulun untuk buat sales banyak-banyak lepas ni!

 

 

Exit mobile version