Blog Sabree Hussin

Komisen Affiliate Sistem Autoresponder Emelmatik Ogos 2016

Pada satu hari, saya menerima emel yang mengandungi pertanyaan yang berbunyi seperti berikut

“Macam mana cara nak bayar hutang kad kredit?”

 

Ya, hutang kad kredit ini memang menyusahkan. Seringkali pengguna kad kredit terperangkap dengan hutang kad kredit dan hanya mampu membuat bayaran minima (minimum payment) untuk melangsaikan hutang tersebut. Namun kita sedia maklum, hanya dengan membuat bayaran minimum sahaja, tempoh yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu hutang tu boleh jadi sangat panjang.

 

Sebagai contoh, sekiranya kita berhutang sebanyak RM3,000 dan hanya membuat bayaran balik dengan jumlah minima iaitu sebanyak RM150 setiap bulan, kita akan perlukan sekurang-kurangnya 4 tahun 8 bulan untuk benar-benar bebas dari belenggu hutang ini. Itupun dengan syarat

i. Interest rate kekal pada kadar 18% setahun

ii. Kita tak lewat buat bayaran

iii. Kita dah berhenti terus dari menggunakan kad kredit tersebut

Walaubagaimanapun, cabaran sebagai pemegang kad kredit ini ialah untuk menahan diri daripada terus menggunakan kad kredit tersebut. Kebiasaannya, selepas beberapa bulan konsisten buat bayaran dan pemegang kad kredit melihat baki kredit yang makin menyusut, akan timbul keinginan untuk kembali menggunakan kad kredit tersebut.

 

Saranan saya, cubalah bertahan. Teruskan buat bayaran sehingga baki akaun jadi RM0.00 macam kat atas tu, dan terus potong kad kredit tersebut tanpa ragu-ragu! Hidup anda pasti akan jadi lebih tenang lepas ni.

 

Ok… itu cerita tentang hutang kad kredit. Kalau nak sembang teori, macam mana nak selesaikan hutang kad kredit ni, memang macam-macam cerita boleh keluar. Akan tetapi, kita semua sedia maklum, bercakap semata-mata tak akan membawa diri kita kemana. Melainkan anda adalah seorang penceramah, pensyarah atau mereka-mereka yang memang kerjanya perlu bercakap. Setuju?

 

Kalau anda tanya pada saya, macam mana nak bayar hutang kad kredit, jawapan saya ialah, wujudkan sumber pendapatan BARU atau TAMBAHAN untuk anda gunakan ia bagi menyelesaikan hutang-hutang kad kredit anda.

 

Saya syorkan anda ceburkan diri dalam bidang pemasaran online spesifik untuk memasarkan produk-produk yang menawarkan program affiliate. Salah satu program affiliate yang memang terbukti membayar dan yang saya sendiri sertai adalah program affiliate yang dijalankan oleh penyedia perkhidmatan Sistem Autoresponder Emelmatik. [klik sini]

Saya terpanggil untuk menyertai program affiliate ini dan mempromosikan sistem autoresponder ini kerana saya sendiri adalah salah seorang pengguna sistem autoresponder ini. Saya tahu bagaimana sistem autoresponder emelmatik ini beroperasi, saya tahu teknik dan trik untuk buatkan orang subscribe kepada mailing list kita, dan ada banyak juga perkara-perkara teknikal tentang sistem autoresponder ni yang saya tahu.

 

Semuanya sebab saya adalah seorang pengguna sistem autoresponder ini. Pernah juga satu ketika, saya jalankan personal coaching dan mengajar cara-cara untuk setup sistem autoresponder ini.

 

Pada saya, cara penggunaan sistem autoresponder emelmatik ini tidaklah begitu sukar, dan buat mereka yang baru kali pertama ingin menggunakan sistem ini juga boleh belajar sendiri. Ikut sahaja tutorial yang disediakan dan anda akan dapati dalam masa kurang dari 24 jam, anda sudahpun mahir menggunakan sistem ini.

 

Sudah tentu, setiap orang memerlukan masa yang berbeza untuk memahirkan sesuatu kemahiran. Begitu juga kemahiran untuk menggunakan sistem autoresponder ini. Anda mungkin perlu kurang dari 24 jam, mungkin lebih, mungkin seminggu. Bergantung juga pada tahap kefahaman dan komitmen yang anda berikan untuk pelajari bagaimana sistem ini berfungsi.

 

Ini adalah bayaran komisen yang telah pun saya terima.

Jumlah bayaran yang saya terima adalah sebanyak RM100.

 

Berbalik kepada cerita tentang nak bayar hutang kad kredit tu. Saya percaya anda yang ada masalah hutang kad kredit ni pasti akan tetap buat bayaran bulanan walaupun hanya jumlah yang minima sahaja. Betul tak? Jika tak bayar, anda akan dikenakan denda, kemudian hutang anda akan makin meningkat, ia akan jadi satu masalah besar pula.

 

Saya andaikan jika anda berhasrat untuk mengambil nasihat saya, iaitu untuk mula melibatkan diri dalam bidang pemasaran affiliate. Katakanlah selepas 30 hari anda buat pemasaran, anda menerima komisen dari program A sebanyak RM100. Jangan gunakan duit tersebut untuk tujuan peribadi.

 

Sebaliknya, gunakan duit tersebut sebagai tambahan untuk anda gunakan bagi membayar hutang kad kredit. Katakanlah kalau sebelum ini anda hanya membayar RM150 setiap bulan, dengan adanya pendapatan tambahan dari program affiliate sebanyak RM100, anda kini boleh buat bayaran balik hutang kad kredit sebanyak RM250.

 

Saya percaya dengan tindakan ini, iaitu bayar lebih, anda dapat memendekkan tempoh bayaran balik dan anda juga akan lebih cepat bebas dari hutang.

 

Sebenarnya terdapat terlalu banyak program affiliate yang anda boleh sertai. Sebagai permulaan, anda tak perlu nak sertai kesemua program affiliate yang anda temui, cukup sekadar join satu atau dua dan seterusnya anda fokus pada kerja-kerja pemasaran.

 

Salah satu program affiliate yang tak kurang hebatnya ialah program affiliate yang dikendalikan oleh syarikat Lazada. Pada pandangan saya, program affiliate Lazada ini mempunyai potensi yang sangat baik untuk jadi salah satu program affiliate terbaik dan bakal menyumbang kepada pendapatan yang lumayan, apabila ia dilakukan dengan betul.

 

Memandangkan saya juga agak baru dengan program affiliate Lazada, saya juga belum betul-betul berjaya menghasilkan pendapatan yang lumayan. Setakat hari ini, untuk menghasilkan pendapatan sekitar RM100 – RM200 dari Lazada bukanlah sesuatu yang mustahil, namun at the same time ianya juga bukan mudah.

 

Pendapatan dari program affiliate ini bukan semata-mata untuk digunakan bagi melangsaikan hutang kad kredit semata-mata. Ia juga boleh digunakan untuk hapuskan pelbagai jenis hutang seperti hutang dengan kawan-kawan, hutang dengan keluarga, hutang dengan diri sendiri, hutang kereta, hutang rumah, hutang belajar dan macam-macam lagi hutang.

 

Teruskan berusaha dan tak salah untuk kerja keras bagi membebaskan diri dari belenggu hutang, kan. Itu lebih baik daripada nampak mewah dan bergaya, namun hakikatnya ada banyak hutang tersimpan di dalam laci meja.

 

Sekian dulu.

 

Doakan saya akan dapat lagi banyak komisen ya.

 

 

Exit mobile version