Blog Sabree Hussin

Komisen Affiliate Klikjer Oktober 2016

Seseorang pernah bertanya kepada saya, soalan dia lebih kurang macam ni.

 

“Tuan, boleh tak kalau saya nak promosikan produk-produk affiliate dari Klikjer kat blog tuan? Tapi saya nak tuan yang tuliskan artikel. Kalau boleh saya nak ambik servis iklan yang tuan tawarkan tu…” 

Kenapa mesti pilih produk affiliate dari platform klikjer? Kalau saya, saya akan kata sebab saya tertarik dengan tawaran komisen yang tinggi sekiranya berjaya mendapatkan jualan bagi produk-produk yang dijual di laman web klikjer.

 

Tahukah anda, bahawa setiap jualan yang terhasil, para affiliate akan menerima bayaran komisen sebanyak 70% daripada harga jual produk tersebut?

 

Katakanlah harga produk tersebut ialah RM100, maka jika anda berjaya dapat jualan, komisen yang akan diterima adalah bersamaan dengan RM70. Cuba bayangkan kalau setiap hari anda berjaya dapat sekurang-kurangnya satu jualan.

 

RM70 x 30 hari = RM2,100

 

Memperolehi pendapatan tambahan dari klikjer sebanyak RM2,100 sebulan, saya kira ianya memang cukup lumayan. Setuju? Tapi persoalannya, ada ke yang berjaya dapat komisen sebanyak tu?

 

Itu best case scenario. Kita buat andaian bahawa setiap hari kita akan dapat sekurang-kurangnya satu sales dari program affiliate Klikjer. Sudah tentu, benda ni agak jarang berlaku. Melainkan kalau anda menggunakan teknik pengiklanan dan promosi yang lebih agresif.

 

Contohnya, anda guna blog, email marketing, FBAds dan juga Google Adwords. Ini bermakna, anda perlu set aside beberapa ringgit sebagai modal untuk tujuan pengiklanan berbayar.

 

Walaubagaimanapun, memandangkan teknik promosi yang saya gunakan adalah lebih kepada teknik pengiklanan review dan advertorial sahaja, saya berpuas hati dengan hasil yang berjaya diperolehi. Ini adalah komisen dari Klikjer untuk bulan Oktober 2016 yang baru saya terima.

Bayaran komisen klikjer yang saya terima untuk bulan Oktober 2016 ini adalah sebanyak RM189.

 

Apa yang saya nak sampaikan ialah, sekiranya ada pembaca blog ini yang berminat untuk dapatkan bantuan saya bagi mendapatkan komisen dari klikjer, In Shaa Allah saya boleh tolong. Saya pun sebenarnya biasa juga promosikan produk-produk klikjer dalam blog ini.

 

Siapa tahu, disamping saya promosikan produk dari klikjer dalam blog ini, ada pembaca yang menekan klik pada link affiliate anda dan seterusnya membuat tempahan. Anda juga yang untung, dan anda juga yang akan dapat komisen, walaupun pada mulanya pembaca tersebut membaca perkongsian yang saya terbitkan dalam blog ini.

 

Kiranya saya akan bantu tulis artikel untuk mempromosikan link affiliate klikjer anda dalam blog ini. Memandangkan blog ini memang kerap dikemaskinikan, jadi potensi untuk anda dapat komisen memang ada.

 

Cepat atau lambat.

 

Banyak atau sedikit.

 

Mesti ada yang nak tau, berapa banyak artikel yang diperlukan untuk konsisten dapat sales dari klikjer. Secara peribadi, saya akan target untuk satu-satu produk, saya perlu pastikan yang saya siap sedia dengan sekurang-kurangnya 10 buah artikel.

 

Kadang-kadang kalau dapat siap sedia dengan lebih dari 10 artikel lagi bagus.

 

Sebabnya lagi banyak artikel yang disiarkan untuk mempromosikan sesuatu produk, lagi cerah peluang untuk dapat sales.

 

Mungkin ada yang rasa, kalau nak saya tuliskan 10 artikel dan terbitkan dalam blog ni, kosnya akan jadi sangat mahal.

 

Ya, saya setuju.

 

Jadi, apa kata anda yang sediakan draf artikel kemudian serahkan pada saya. Saya akan edit mana-mana yang perlu dan seterusnya saya akan siarkan dalam blog ini. Itu satu cara untuk dapatkan penjimatan.

 

Apa pun, buat para penulis blog kat luar sana, dan juga buat para pencari peluang pendapatan secara online, saya syorkan anda cubalah sertai program affiliate dari klikjer ini. Bila dah join, konsisten buat marketing, dan saya percaya, anda juga boleh dapat sales yang mungkin berkali ganda lebih baik dan lebih tinggi nilainya berbanding yang saya perolehi.

 

Dapatlah buat belanja dan shopping online kat sini nanti.

 

Terima kasih kerana anda luangkan masa untuk baca dan harapan saya semoga anda dapat serba sedikit motivasi dan inspirasi untuk sama-sama tambahkan usaha untuk dapat sales dari program affiliate.

 

Jumpa lagi di lain artikel.

 

Exit mobile version