Blog Sabree Hussin

Koleksi tudung jenama Aidijuma secara online

Buat duit dalam bisnes tudung. Bunyinya macam menarik. Cuma masalahnya ialah, saya langsung tak tau apa-apa tentang tudung. Bila difikir-fikirkan semula, rasa macam leceh pulak bisnes tudung ni.

 

Tapi saya pernah baca, cuma saya tak ingat dekat laman web mana, yang sebenarnya bisnes tudung ni kalau dibuat dengan cara yang betul, memang cukup lumayan. Saya ni pulak kadang-kadang bukannya boleh dengar peluang-peluang boleh buat duit macam ni, nanti rasa nak mencuba pulak.

 

Satu perkara yang menarik tentang bisnes tudung ni ialah, ia sebenarnya boleh dijalankan secara online sahaja. Tak perlu pun nak susah payah nak cari tapak untuk mulakan perniagaan ni. In fact, orang yang berniaga tudung secara online sahaja ni, juga mempunyai peluang untuk berjaya yang tinggi.

 

Saya masih ingat lagi, sewaktu saya tengah buat research tentang bisnes tudung ni, saya terjumpa beberapa istilah yang pada waktu tu, saya sendiri tak dapat faham apa benda sebenarnya yang cuba disampaikan. Ada satu ayat tu, dari seorang peminat dan pengumpul tudung, kata dia

“I dulu memang pakai tudung bawal je, lepas tu bila dah jumpa FNJ terus jatuh cinta. Sekarang ni I tengok pakai AJ pun cantik jugak. Tukar-tukar. Kadang pakai FNJ kadang-kadang pakai AJ.”

 

Apa benda FNJ tu? Tudung ke? … dan apa pulak sebenarnya yang dimaksudkan dengan AJ?

 

Saya nak mulakan dengan apa itu AJ. Orang perempuan pasti dah sedia maklum, AJ ni maksudnya tudung AidiJuma. Betul tak?

Rekaan tudung bawal yang mempunyai pelbagai warna, corak dan design. Bukan sekadar plain seperti kebiasaannya. Bila melihatkan kepada senarai rakan-rakan di Facebook saya, saya dapati ramai juga sebenarnya yang suka pakai tudung AidiJuma ni.

 

Mungkin sebab corak dan designnya yang menarik dan tudung ni juga tidak begitu singkat. Lagi satu yang menarik tentang tudung aidijuma ni ialah, dari segi harga, ianya tidak begitu mahal dan memang berpatutan.

 

Tak percaya ke? Anda boleh semak harga tudung aidijuma disini. Ada pelbagai pilihan dan warna yang menarik untuk anda pilih.

 

Mungkin ada dalam kalangan pembaca dan pelawat blog ni yang mungkin tak biasa atau yang tak pernah guna tudung aidijuma kan.

 

Tak perlu bimbang, sebabnya setiap tudung aidijuma yang dijual disini, ada disertakan bersamanya tutorial pemakaiannya.

 

Anda hanya perlu tonton video dan cuba sendiri untuk menggayakan pemakaian tudung aidijuma ni.

 

Baiklah, saya dah jumpa apa maksud AJ, iaitu AidiJuma. Jadi, apa pula sebenarnya yang dimaksudkan dengan FNJ? Setahu saya, F tu merujuk kepada jenama tudung Fareeda. NJ tu apa pulak ya?

 

Kemudian saya teringat, tagline bagi Fareeda, which is Fareeda.. Nyata Jelita. So I guess that is what it meant.

 

Agak-agak la kan, kalau orang lelaki jual tudung, ada peluang ke nak berjaya ya?  

 

Exit mobile version