Blog Sabree Hussin

Kerja dari rumah yang memerlukan kemahiran menaip serta menulis

Tahukah anda, jika anda mempunyai kemahiran untuk menghasilkan artikel, dalam lingkungan 600-1,000 patah perkataan, anda sebenarnya sudah boleh mula untuk bekerja dari rumah dan jana pendapatan daripada kerja-kerja tersebut.

 

Kalau anda buat kerja-kerja ini dengan sepenuh hati, anda berkemungkinan akan dapat hasilkan kejayaan yang lebih baik, berbanding anda jual macam-macam produk di FB atau lain-lain media sosial. Misalnya jual tudunglah, jual pil kurus, set barangan kecantikkan dan lain-lain lagi.

 

Sebaliknya, dengan hanya menulis, anda boleh capai kejayaan yang lebih cemerlang.

Tetapi, bagaimanakah caranya? Macam mana nak buat duit dengan menulis artikel tu? Sila teruskan pembacaan, dan nilaikan sendiri apa yang bakal saya kongsikan dalam ni. Jika ianya masuk akal dan sesuai dengan anda, silalah praktikkan.

 

Apa yang saya cerita ini, sebahagiannya adalah daripada pengalaman saya sendiri, yang menggunakan skil menulis untuk cari rezeki di internet… Manalah tahu, kalau ada dalam kalangan pembaca dan pelawat blog ini, yang masih tak tau nak buat apa bagi menambahkan pendapatan, mungkin boleh ikuti apa yang saya telah lakukan sebelum ni.

 

Buat kerja-kerja penulisan dari rumah

Sebenarnya kalau nak menulis ni, kat mana-mana pun boleh. Ikut pada kesesuaian dan keselesaan. Ada orang, dia boleh fokus dan dapatkan mood nak menulis apabila berada ditempat yang sunyi, misalnya macam dekat library atau dalam bilik tidur.

 

Ada orang, dia lebih mudah mendapat idea serta ilham kalau berada ditengah-tengah masyarakat. Sambil memerhatikan gerak-geri orang yang lalu lalang, sambil itu idea datang melimpah. Orang macam ni, sesuailah kalau nak menulis di taman, di restoran dan sebagainya.

 

Tempat untuk anda menulis tu… saya serahkan pada anda. Idea ni boleh datang tiba-tiba dan boleh hilang entah ke mana. Jadi, kalau yang nak mula menulis tu, kalau boleh sentiasa siap sedia dengan peralatan untuk catit idea yang datang sepintas lalu.

 

Kadang-kadang tengah mandi, tiba-tiba datang idea untuk menulis. Ataupun semasa tengah memandu, datang ilham untuk menulis. Kalau keadaan tak sesuai, boleh minta tolong kawan untuk catatkan idea segar yang baru diperolehi. Bukan nak suruh buat artikel penuh, just catatkan keyword sahaja, yang penting kita tak terus lupa dan kehilangan idea tersebut.

 

Bagaimana cara nak dapatkan seseorang yang berminat untuk bayar kita untuk menulis?

Mungkin ini adalah antara soalan yang terlintas difikiran anda.

 

Dari mana duit tu akan datang? Kemahiran menulis tu memang dah ada. Lagipun saya percaya setiap orang yang bersekolah, pasti pernah belajar cara-cara untuk menulis. Cuma mungkin kurangnya pendedahan, jadi ramai yang tak tau, hasil penulisan kita tu sebenarnya ada nilai dan boleh dijual.

 

Jadi kat sini, saya nak ambil peluang ini untuk kongsikan beberapa perkara yang saya tahu, mampu bantu anda untuk buat duit sebagai penulis.

 

 

Dapatkan pelanggan yang inginkan khidmat penulisan anda dari laman web fiverr

Laman web Fiverr.com merupakan sebuah laman web jual beli perkhidmatan yang cukup popular didunia. Sekiranya anda memerlukan khidmat seorang freelancer untuk melakukan kerja-kerja tertentu, anda boleh ke laman web ini dan pilihlah mana-mana freelancer yang anda rasakan sesuai dengan tugasan yang anda mahukan.

 

Menariknya di Fiverr ini ialah, setiap freelancer yang anda boleh pilih, mengenakan bayaran untuk kerja mereka dengan harga dari serendah USD5. Jika kerja tersebut mudah sahaja, maka jumlah yang perlu bayar ialah USD5 sahaja.

 

Jika kerjanya agak complicated, maka bayarannya juga akan jadi lebih mahal. Tetapi disini, ia bermula dengan caj serendah USD5.

 

Sekiranya anda ingin menjual hasil kerja penulisan anda di fiverr.com, ini adalah antara kategori penulisan yang anda boleh tawarkan.

Ini antara jenis dan kategori kerja yang anda boleh pilih yang bersangkut paut dengan kerja menulis

  1. Resumes & Cover Letters
  2. Proofreading & Editing
  3. Translation
  4. Creative Writing
  5. Business Copywriting
  6. Research & Summaries
  7. Articles & Blog Posts
  8. Press Releases
  9. Transcription
  10. Legal Writing

 

 

Cabang bagi bidang penulisan ini memang begitu luas. Kalau kita jadikan fiverr sebagai contoh, ada sekurang-kurangnya 10 cabang penulisan yang boleh kita ceburi. Saya percaya sebenarnya ada banyak lagi.

 

Ini satu berita baik, sebabnya kalau anda tak begitu berjaya dalam menawarkan servis penulisan resume dan cover letter, setidak-tidaknya masih ada cabang lain yang boleh diterokai.

 

Hasilkan artikel dan jual

Untuk buat benda ni, ada dua kaedah yang saya boleh syorkan.

 

Pertama, tulis beberapa artikel berkenaan topik tertentu dan jual beserta dengan lesen jualan semula.

Kedua, tulis artikel yang berkesinambungan dan pakejkan ia dalam bentuk ebook lalu jual.

 

(1) Tulis artikel dan jual

Anda tulis dalam 20 buah artikel. Artikel tu pula dalam topik seperti insurans, kesihatan, kecantikkan dan sebagainya. Pilih apa-apa topik. Bila dah ada dalam 20 artikel tu, anda boleh cuba approach pemilik website yang menulis artikel dalam topik yang lebih kurang sama.

 

Berikan sampel artikel kepada pemilik website tersebut untuk dibuat penilaian. Jika dia suka dengan cara penulisan anda, dari segi kualiti, informasi, kekemasan, mudah untuk difahami, mereka pasti tak teragak-agak untuk beli artikel anda.

 

Artikel itu nanti berkemungkinan akan digunakan bulat-bulat, dan disiarkan diwebsite miliknya. Ataupun artikel akan diubah suai serba sedikit sebelum disiarkan dalam website miliknya.

 

Artikel yang sama, anda boleh jual kepada orang lain pula. 

 

(2) Tulis ebook dan jual

Kenalpasti masalah dan tulis ebook yang mampu selesaikan masalah tersebut. Lagi besar masalah yang anda ingin selesaikan, maka lagi tinggi nilai ebook tersebut. Namun kena pastikanlah cadangan penyelesaian yang anda syorkan dalam ebook tu memang betul-betul boleh selesaikan masalah. Bukan sekadar teori atau perkara-perkara umum semata.

 

Tulis artikel bagi pihak orang lain

Pada satu hari, saya terdengar kata-kata salah seorang kenalan saya. Kata dia “menulis tu senang je…”

 

Saya tak berapa setuju dengan kata-kata tersebut. Tapi, disebabkan saya tak berminat nak berbalah, jadi saya diamkan sahaja, dan biarlah dia pegang dengan kata-kata tersebut. Namun bagi saya, yang memang bekerja dalam bidang penulisan ini, saya merasakan menulis tidaklah begitu senang.

 

Memang ada masanya, kita ada banyak idea dan boleh menulis dengan sangat lancar. Tapi kadang-kadang, akan muncul satu hari yang kita langsung tak boleh menulis. Kalau dipaksa-paksa menulis juga, kemungkinan artikel yang bakal dihasilkan langsung tak ada kualiti.

 

Perkara ini berlaku kepada semua orang, sama ada kepada penulis yang berpengalaman ataupun kepada penulis baru. Bagaimana pula dengan penulis yang buat kerja secara sambilan? Kalau ada masa dia baru nak menulis… kalau tak ada masa, maka tak menulis.

 

Ini sebenarnya adalah peluang yang baik kepada anda.

 

Ghostwriter

Bukannya Ghost Rider lakonan Nicolas Cage tu. Maksud istilah ghostwriter ni ialah, anda menulis bagi pihak orang lain. Anda menggunakan identiti orang tersebut, anda menulis dengan gaya dan lenggok bahasa individu tersebut, namun bukan dia yang menulis.

 

Sesetengah penulis, dia ada terlalu banyak projek, sampaikan projek sedia ada terpaksa ditangguhkan. Misalnya penulis blog. Ada penulis blog yang mempunyai sampai 5 – 10 blog. Namun hanya 1 – 2 blog sahaja yang betul-betul aktif dan sering dikemaskinikan dengan artikel terbaru.

Anda boleh baca buku yang ditulis oleh Aqif Azizan dalam posting saya yang sebelum ini berjudul Buat Duit Dengan Freelance Blogging. Saya juga pernah ditawarkan tugasan untuk menulis di blog orang lain dengan bayaran tertentu. Namun saya terpaksa tolak. Saya sendiri ada banyak blog yang tak sempat nak update. Tiba-tiba nak update blog orang lain? Memang tak la…

 

Menjadi ghostwriter, tidak terhad semata-mata untuk menulis diblog sahaja. Ianya boleh diperluaskan lagi seperti menulis ebook, novel, research paper dan banyak lagi.

 

 

Menulis artikel yang boleh memberikan jualan kepada orang lain

Kalau anda dapat fokus untuk buat kerja-kerja penulisan bagi membantu syarikat tertentu untuk hasilkan jualan, saya boleh katakan dari pengalaman saya sendiri, kerjanya memang tak akan habis. 

 

Bagaimana anda akan dibayar? Mula-mula kita perlu sertai syarikat tersebut sebagai seorang ejen pemasaran atau ejen affiliate.

 

Apabila pendaftaran telah diterima, anda boleh mula menulis tentang produk yang dijual dilaman web milik syarikat tersebut. Saya nak ambil contoh syarikat Lazada Malaysia. Anda boleh sertai team affiliate Lazada dan mula buat duit bersama syarikat tersebut.

 

Anda tahu, ada berapa banyak produk yang dijual di laman web Lazada? Saya pun tak tahu. Mungkin ada lebih satu juta produk dalam tu. Kalau anda rajin, cubalah tulis artikel untuk setiap produk yang dijual di Lazada.

 

Artikel tersebut, anda boleh tulis dalam blog atau di FB. Tapi saya lebih suka kalau tulis di blog. Lepas dah tulis di blog, baru promosikan link artikel blog tu di FB.

 

Asalkan artikel yang kita tulis tu ada yang baca, pasti dalam ramai-ramai pembaca tu nanti akan ada yang tekan klik pada link promosi kita lalu buat pembelian. Kalau tak buat pembelian pada hari yang sama sekali pun, berkemungkinan dia akan beli kemudian.

 

Bila berlaku pembelian, maka kita juga yang akan dapat untung dalam bentuk komisen. Beberapa tahun kebelakangan ini, saya mula fokus pada cabang ini.

 

Saya menulis untuk membantu syarikat yang saya percaya, untuk dapatkan jualan. Pada hari ini, artikel-artikel yang pernah saya tulis, menyumbangkan pendapatan kepada saya secara pasif. Walaupun saya tak buat apa-apa, artikel-artikel yang pernah saya tulis sebelum ini, masih lagi menyumbangkan pendapatan kepada saya.

 

Saya percaya, bila kita nak buat duit dengan menulis ni, kita kena fikirkan tentang pendapatan kita juga. Bila cakap bab penjanaan pendapatan pula, ada dua jenis pendapatan yang perlu kita tahu, iaitu pendapatan aktif dan pendapatan pasif.

 

Pendapatan aktif melalui penulisan ini akan kita perolehi apabila kita berjaya jual artikel-artikel yang pernah kita tulis atau jual servis penulisan tu sendiri.

Bagi pendapatan pasif pula, melalui cabang penulisan, ia boleh terhasil apabila artikel yang pernah kita tulis dan siarkan di laman web kepunyaan kita, berjaya membuatkan pembaca membuat pembelian secara online.

 

Jadi, tunggu apa? Go write something and make money!

 

 

Exit mobile version