Blog Sabree Hussin

Kedudukan Ranking Alexa Setelah Bersusah Payah Promosi

Bukan senang nak dapatkan kedudukan alexa yang cantik!

Mungkin juga sebab saya amat jarang bercerita tentang Alexa, buat backlinking dengan laman web alexa dan sebagainya. Maka, hasilnya

sumber: http://www.alexa.com/siteinfo/www.sabreehussin.com

Lagi kecil amount yang terpapar pada Global Rank dan Rank in Malaysia, bermakna lagi baik kedudukan blog ini mengikut sukatan yang dibuat oleh Alexa.

Rasionalnya?

Ibarat macam kita berada dalam perlumbaan marathon. Dalam perlumbaan tu pulak, ada 1,000,000 orang peserta.

Anda nak berada dalam kedudukan ke berapa?

871, 260 daripada 1,000,000 orang peserta atau 12,000 daripada 1,000,000 orang peserta?

Dah tentu, kalau boleh semua orang nak berada di tempat pertama. Walaubagaimanapun, ianya adalah sesuatu yang mustahil untuk berlaku bagi blog personal seperti blog saya ni.

Untuk kedudukan pertama lazimnya akan diduduki oleh laman web seperti facebook, google, atau youtube.

Jadi, macam mana agaknya nak improve lagi kedudukan Alexa blog ni ya? Ini antara beberapa perkara yang saya sendiri amalkan.

1. Link Building

Cara paling senang tetapi leceh nak buat link building ialah dengan melakukan blog commenting. Kalau nak buat cara ini, kita perlu pergi dari satu blog ke satu blog yang lain untuk menulis komen.

Kalau cuma tulis satu komen sahaja memang tak akan nampak kesannya, sebab itulah kena tulis banyak-banyak komen dan perlu tulis komen di banyak blog yang berbeza.

Saya kata cara ini leceh sebab kita kena baca dulu apa yang blogger tu tulis, baru kita tulis komen.

Memang boleh tulis komen setakat

“terima kasih kerana berkongsi artikel ini”

“bagus artikel ini, terima kasih”

Tapi itu bukan style saya. Kalau ada komen macam tu lekat kat blog ni pun, saya akan BUANG. Nak tulis komen, biar komen yang bermakna. Bukan komen yang menunjukkan anda tu langsung tak membaca.

2. Backlinking menerusi media sosial

Sama ada Facebook atau akaun Google+

Untuk Facebook ini lazimnya saya akan gunakan wall personal sahaja untuk berkongsi artikel terbaru yang saya hasilkan.

Cukup jarang untuk saya gunakan fungsi FB Group untuk mempromosikan artikel yang saya siarkan dalam blog ini.

Sekarang ni, apa yang saya buat ialah saya mula fokuskan pada FB Fanpage. Contohnya, kalau ada topik tertentu, saya akan buat satu fanpage khas untuk topik tersebut.

Kemudian, saya akan share link blog ini di fanpage tersebut.

Kenapa saya buat macam tu? Jawapannya ada dinyatakan dengan panjang lebar dalam video Mudahnya berniaga di FB. Itupun tak pastilah kalau anda perasan atau tidak.

Untuk makluman anda, laman fanpage turut di index oleh google. Ada kes-kes tertentu, hasil carian untuk kata kunci tertentu turut menyenaraikan hasil carian daripada kata kunci yang muncul di fanpage.

3. Update blog setiap hari

Saya update blog setiap hari bukan semata-mata sebab nak naikkan ranking alexa blog ini.

Tak.

Bukan sebab itu.

Motif utama saya ialah sebab nak jual ebook saya mengenai pemasaran affiliate ini, berjudul Jurnal Pemasaran Affiliate.

Mempunyai kedudukan alexa yang baik bukanlah menjadi satu penanda aras yang boleh dipercayai bahawa blog tersebut berupaya untuk buat duit.

Dari pengalaman-pengalaman saya yang lepas, even laman web yang kedudukan alexa nya tak sebagus mana masih tetap berupaya untuk buat duit, asalkan

1. Topik yang ditulis memang topik yang dicari-cari oleh orang-orang yang berduit

2. Konten penulisan cukup perisa. Ada headline yang memukau, konten yang persuasif dan ada call to action

3. Penggunaan perkataan yang power

4. Memang dah REZEKI

5. Penulis blog adalah seseorang yang memang dah dikenali

Apapun, saya harapkan semoga Alexa perasan artikel yang saya hasilkan ini dan ambil kira linking yang telah hadiahkan pada laman web mereka.

Sakit mata jugak tengok kedudukan yang jauh kebelakang macam ni.

 

 

Exit mobile version