Blog Sabree Hussin

Kad Kredit: Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya

Sekiranya anda adalah salah seorang pemegang kad kredit, rasanya ada baiknya juga kalau anda dapatkan buku ini dan jadikan buku ini sebagai panduan. Anggaplah buku ini ibarat sebuah manual yang akan menyelamatkan diri anda daripada tersilap berbelanja hingga menyusahkan diri anda sendiri kelak.

 

Buku ini berjudul Kad Kredit Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya. Buku ini diterbitkan oleh TrueWealth Sdn Bhd dan penulisnya pula adalah Othman Kasim.

 

Pernah nampak tak buku tentang Kad Kredit ni kat mana-mana? Kalau pernah nampak bagus. Ambil dan baca buku tersebut.

 

Harga buku ni pun tak begitu mahal. Hanya RM29.90 untuk Semenanjung dan RM32.90 bagi Sabah dan Sarawak. Disebabkan harganya yang tak terlalu mahal, tanpa berlengah saya pun beli buku ini.

 

Kalau anda masih tak pasti, sama ada buku ini untuk anda atau pun tidak, jom saya kongsikan serba sedikit ataupun ringkasan mengenai buku Kad Kredit Fahami Kekuatan dan Aplikasikan Kelebihannya untuk anda.

 

Untuk makluman anda, buku ini diterbitkan pada tahun 2011, dan ia mengandungi 93 muka surat sahaja. Jadi, anda boleh habis baca buku ini dalam masa sehari sahaja, jika anda dapat membaca tanpa ada sebarang gangguan.

 

Bab 1 Sejarah Kad Kredit

 

Kad kredit sebenarnya mempunyai sejarah yang agak panjang. Menurut penulis buku ini, kad kredit sebenarnya telah digunakan 3,000 tahun yang lalu di Assyria, Babylon dan Mesir. Mungkin dari segi bentuk, ianya berbeza dengan bentuk kad kredit yang ada dalam dompet kita sekarang. Namun dari segi fungsi, ianya sama sahaja.

 

Dalam bab ini juga, anda akan dapat mengetahui jenis-jenis kad yang boleh digunakan untuk tujuan pembayaran selain kad kredit. Kad tersebut ialah kad debit, kad caj dan juga kad kredit.

 

Kad caj mempunyai sedikit persamaan dengan kad kredit. Persamaan itu adalah dari segi penggunaan sahaja. Namun, sebagai pemegang kad caj, anda perlu menyelesaikan keseluruhan hutang yang ada tanpa meninggalkan baki. Pemegang kad caj juga tidak menikmati faedah pembayaran minimum sahaja, yang mana berbeza dengan pemegang kad kredit. Bagi mereka yang tak suka berhutang, maka penggunaan kad caj adalah lebih sesuai dengan individu seperti ini.

 

Dalam bab 1 ini juga anda akan mengetahui mengenai yuran dan caj yang dikenakan kepada pemegang kad, dan cara pengiraan interest kad kredit.

 

Bab 2 Hutang dan Masalah

 

Ada dua jenis hutang yang anda perlu tahu. Hutang yang baik (good debt) dan juga hutang yang tidak baik (bad debt). Good debt adalah hutang yang akan menjadikan anda lebih kaya, kerana dengan berhutang, anda menambahkan aliran masuk wang ke dalam poket anda, manakala hutang jenis bad debt mengakibatkan hidup anda makin bertambah sengsara.

 

Anda tak akan ada masalah hutang, jika anda berhutang untuk membeli aset yang menjana lebihan pendapatan untuk anda. Akan tetapi, buruk padahnya kalau anda berhutang semata-mata untuk membeli barangan yang tak menjana apa-apa pendapatan tambahan, sebaliknya mengakibatkan anda terpaksa keluar belanja lebih besar.

 

“Macam mana nak tau sama ada hutang yang kita buat tu dalam kategori hutang yang baik atau hutang yang tidak baik?”

Lihat pada barangan yang anda beli dengan berhutang tu. Semenjak anda beli, adakah ia memberi anda sebarang duit atau anda terpaksa berhabis duit sebab barang tersebut.

 

Jadi, fikirlah dengan baik-baik apabila menggunakan kad kredit. Jangan terlalu seronok berbelanja menggunakan kad kredit. Tau la, anda boleh dapat diskaun kalau berbelanja menggunakan kad kredit disini.

 

Bab 3 Kad Kredit Sebagai Lawan

 

Masa bila agaknya kad kredit akan menjadi lawan anda? Ya, masa anda GAGAL UNTUK BAYAR HUTANG KAD KREDIT.

Baca juga:

(1) Cara TERBAIK Langsaikan Hutang Kad Kredit? 

(2) Tips bayar hutang kad kredit cara orang tak ada duit

(3) Bagus ke buat pinjam loan untuk buat full settlement kad kredit?

 

Walaupun ada rasakan seperti anda bermasalah nak bayar hutang kad kredit, namun harapan masih ada lagi. Jangan cepat putus asa, dan usahakan juga untuk bayar hutang ni.

 

Bab 4 Kad Kredit Sebagai Kawan

 

Kalau dalam bab sebelumnya, kita akan didedahkan bagaimana kad kredit boleh menjadi musuh kita, kali ini dalam bab seterusnya, kita akan lihat bagaimana cara penggunaan kad kredit yang sebenarnya. Cara penggunaan yang lebih berhemah, yang dah tentu memberi lebih banyak kelebihan kepada kita.

Baca juga: Kelebihan memiliki dan menggunakan kad kredit

 

Bab 5 Tanggungjawab Anda Untuk Berkawan Dengan Kad Kredit

 

Sepatutnya beginilah. Tanggungjawab kita sepatutnya adalah untuk kenal dulu bagaimana cara untuk guna kad kredit. Bukannya gunakan kad ini mengikut sesedap rasa kita. Kalau tak tau, macam mana cara nak guna kad kredit dengan betul, ha… carilah buku Kad Kredit Fahami Kekuatan dan Aplikasikan Kelebihannya ini dan baca.

 

Bab 6 Faedah Penggunaan Kad Kredit Kepada Peniaga

 

Adakah anda seorang usahawan ataupun peniaga? Jika jawapan anda adalah ya, pasti anda sendiri pernah menggunakan kad kredit sebagai wang pendahuluan untuk dijadikan modal perniagaan. Betul tak? Bagaimana rasanya? Mudah bukan. Lebih-lebih lagi untuk perniagaan yang CEPAT dapat pusing modal. Memang tak ada masalah dan tak perlu risau sangat nak guna kad kredit.

 

Sebaliknya, jika perniagaan anda memerlukan lebih daripada 30 hari untuk pusing modal, agak bahaya untuk guna kad kredit dalam perniagaan anda.

 

Tahukah anda, premis perniagaan yang boleh menerima kaedah bayaran menggunakan kad kredit berpotensi untuk mendapat jualan yang lebih tinggi berbanding perniagaan yang hanya menerima bayaran dalam bentuk wang tunai semata-mata? Penjelasannya ada dalam bab ini.

 

Bab 7 Pihak Berkuasa Menggalakkan Penggunaan Kad Kredit

 

Kad kredit bukanlah suatu yang buruk yang perlu diboikot sama sekali. Apa yang jadi masalah ialah, pengguna itu sendiri yang menggunakan kad kredit dengan cara yang tak berhemah. Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah ilmu dan cara penggunaan kad kredit yang betul, bukannya menentang ataupun menghapuskan terus kad kredit.

 

Sebenarnya kad ini banyak memudahkan urusan harian kita. Namun menjadi tanggungjawab kita untuk menggunakan ia secara berhemah. Jika tak yakin dapat guna dengan baik, jangan mohon kad kredit. Itu lagi bagus.

 

Bab 8 Langkah-langkah Menyelesaikan Hutang Kad Kredit

 

Dalam bab langkah-langkah menyelesaikan hutang kad kredit ni, kita akan belajar macam mana teknik terbaik untuk selesaikan hutang kad kredit. Kalau anda ada lebih dari satu kad kredit, bermakna anda perlu satu teknik khas supaya hutang anda dapat diselesaikan dengan lebih pantas.

 

Anda nak tahu apakah teknik khas yang dibincangkan dalam buku ini? Apa kata anda dapatkan buku ini.

 

Bab 9 Epilog & Bab 10 Kesimpulan 

 

Sampai di penghujung bab. In Shaa Allah, dengan pembacaan buku ini, anda akan lebih memahami sifat-sifat hutang kad kredit dan bagaimana untuk menjadi in control dan bukannya menjadi seseorang yang di control oleh kad kredit.

 

Siapa yang dah pernah beli buku ni dan dah baca ulang-ulang kali, kita geng!

 

Ps: Kalau tak silap saya, buku ni masih belum dijual di laman web bookcafe. Kalau tak, saya boleh cadangkan untuk beli kat situ je.

 

Berminat nak dapatkan buku Kad Kredit – Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya ini?

Jika ada pembaca yang berminat nak dapatkan buku ini, boleh buat tempahan melalui laman web Shopee.

Saya dapati buku ini ada dijual di Shopee dan anda boleh dapatkan buku ini menerusi pautan berikut.

 

Walaubagaimanapun, stok buku ini mungkin agak terhad dan jika anda minat nak dapatkan buku ini, baik bertindak segera sementara stoknya masih ada ya.

 

Selamat membaca dan semoga selepas ini anda lebih cekap dalam menguruskan hutang kad kredit.

 

 

Exit mobile version