Blog Sabree Hussin

Jobdirumah tu Betul-betul Boleh Percaya ke?

Rasanya dah agak lama saya tak buka laman web Jobdirumah. Bila saya buka laman web ni sebentar tadi, saya perasan ada sedikit perubahan.

Perubahan yang saya perasan adalah dari segi ayat-ayat yang digunakan di laman jualan.

Saya nak buat comparison dengan ayat sebelum ini pun tak boleh sebab tak pernah terfikir nak save atau nak printscreen.

Apa yang pasti, perubahan ini lebih spesifik dan beri maklumat yang lebih jelas tentang apa itu program Jobdirumah.

Mereka (Jobdirumah) menyediakan modul latihan dan tunjuk ajar, macam mana nak bekerja dari rumah. Itulah ringkasnya.

Malah ia juga turut dinyatakan dalam website mereka. Lihat

Ada yang tanya, jobdirumah ni menipu ke?

Sebenarnya daripada RM50 yang anda bayar tu nanti untuk sertai Jobdirumah, anda akan perolehi akses kepada program latihan mereka.

Anda akan diajar dari mula sampai habis macam mana nak bekerja dari rumah… bukannya berniaga dari rumah.

Ok secara jujurnya…

Anda tak faham atau anda tak baca?

… saya tanya macam ni sebab majoriti yang terus bertanya ni kebanyakkannya bukan tak faham, tapi tak baca.

Sebab tu tak faham.

Ah… sama je la.

 

 

Exit mobile version