Blog Sabree Hussin

Iklan Digi Prepaid Mobile Internet, Macam Cantik je…

Iklan dari Digi Prepaid Mobile Internet ini saya perasan antara iklan yang selalu keluar di laman blog saya.

Bukan keluar sekejap-sekejap, tapi keluar untuk satu tempoh masa yang agak lama jugak la.

Design iklan dia pun cantik, hinggakan berjaya buatkan saya teringin nak klik sendiri iklan yang disiarkan dalam blog saya sendiri.

Ini kalau ikut terma dan syarat Google Adsense, memang jangan haraplah boleh klik iklan yang keluar dalam website sendiri. Senang-senang je nanti akaun kena banned.

Memandangkan ini adalah iklan daripada Nuffnang, maka tak ada masalah.

Apabila anda klik pada iklan tersebut, anda akan dibawa ke laman web Digi terus ke halaman Prepaid Mobile Internet [Klik sini]

Inilah masanya untuk lihat apa yang special apabila kita jadi pengguna Digi.

Mungkin saya akan guna handphone ketiga untuk Digi. Macam sekarang ni saya adalah pengguna Maxis dan juga Tune Talk Tone Excel.

Pada saya, pakej weekly kurang relevan.

Saya cukup malas bila nak kena topup selalu atau nak kena renew account selalu. Jadi, saya akan abaikan info dalam column weekly dan hanya akan fokus pada monthly pakej sahaja.

Nampanya Digi ada dua pakej.

Satu pakej murah – RM18 untuk quota penggunaan 300MB

Dan satu lagi, pakej yang mahal sedikit iaitu RM30, untuk quota penggunaan 1GB

Nampaknya memang murah kalau nak bandingkan dengan Tune Talk Tone Excel.

Tune Talk Tone Excel pun ada data plan. Ada pakej iaitu

1Gb RM42 monthly

3GB RM99 per month

Obviously, dari segi harga, memang DIGI menang, dan lebih jimat jika guna DIGI.

Namun, dari segi benefit lain, masih lagi tak dapat nak lawan Tune Talk Tone Excel.

Anda boleh [klik sini] untuk baca review Tune Talk Tone Excel.

 

Exit mobile version