Sebelum ni saya pernah cerita tentang 10 barang yang anda patut beli untuk dihadiahkan kepada kucing kesayangan anda. Kali ni saya nak cerita sikit je tentang beberapa barang yang saya sendiri dah beli. Bukan untuk saya, of course, tetapi untuk kucing-kucing saya. Kalau anda belum pernah baca lagi, boleh baca dulu artikel saya sebelum ni berjudul:
Klik: 10 barang yang anda patut beli untuk dihadiahkan kepada kucing kesayangan anda
Kucing ni sifatnya dia memang suka main. Tak kiralah sama ada kucing tu masih kitten ke, atau dah remaja mahupun kucing yang dah dewasa. Sifat suka nak main tu memang langsung tak hilang.
Cumanya, bila kita main-main dengan anak kucing ni tak adalah sebahaya kalau nak dibandingkan dengan bermain dengan kucing dewasa. Sesetengah kucing dewasa ni dia agak kasar bila main dengan kita, kan.
Salah satu produk yang best dan sesuai untuk menambahkan keseronokkan kucing-kucing anda ketika bermain ialah apabila anda hadiahkan mereka dengan 3 Way foldable cat and kitten tunnel. Pada mulanya, saya pun tak berapa yakin nak beli yang ni. Bimbang jugak kalau dah beli nanti, tiba-tiba kucing saya tu tak nak main pulak.
Sebab saya bimbang kucing-kucing tu nanti tak nak main, jadi saya beli yang jenis terowong one way sahaja. Lagipun masa tu saya anggap, baik beli yang murah je dulu. Kalau nanti kucing-kucing tu tak minat nak main, tak ada la rasa rugi sangat.
Alamak sekali saya dah tersilap.
Seperti yang anda semua boleh nampak, terowong ni cuma one way sahaja. Kucing saya ni pula suka lepak kat dalam tu. Dalam satu-satu masa, cuma sesuai untuk memuatkan seekor kucing sahaja. Kucing saya pula ada dua ekor. Kadang-kadang kesian jugak sebab kena berebut. Siapa cepat dia yang akan dapat dulu.
Jadi, kalau anda tak pernah lagi belikan sebarang mainan untuk kucing anda, dan anda masih tak pasti nak belikan yang mana, saya cadangkan anda beli terowong mainan ni. Mesti kucing-kucing anda akan suka.
Inilah salah satu cara untuk menggembirakan kucing-kucing anda.
Kedua, sunny seat window mounted. Klik sini kalau nak tengok deskripsi barang ni. Kotak dia macam dalam gambar kat bawah ni.
Kalau kat rumah anda guna tingkap jenis glass, memang sesuai la kalau nak pasang benda ni kat tingkap. Kucing ni rupa-rupanya dia suka pandang ke luar bila ada benda ni. Saya pun tak tau apa benda yang mereka fikirkan atau apa benda yang mereka tengah tengok. Mungkin tengah tengok burung kot dari jauh.
Kalau kucing saya, dia lebih suka gunakan tempat ni untuk dijadikan tempat dia lepak dan tidur. Nampak macam selesa bila dia tidur kat situ.
Tingkap ni pulak betul-betul menghadap kat tempat saya bekerja.
Cis. Kadang-kadang tu memang jeles jugak bila tengok kucing-kucing ni macam seronok je tidur macam ni. Dua barang ni memang puas hati sebab beli sebelum ni.
Rasa seronok bila barang-barang yang kita beli tu, digunakan oleh kucing-kucing kita. Terasa macam dihargai pun ada. Untuk window mounted cat bed ni boleh beli kat sini.