Blog Sabree Hussin

Gabungkan Program Affiliate dengan Dropship untuk hasil yang lebih menguntungkan

Sebagai pemilik perniagaan, pastinya kita sentiasa mencari-cari cara bagaimana dapat memaksimakan keuntungan yang bakal dijana dari perniagaan yang kita jalankan.

 

Adakah dengan menggunakan kaedah pengiklanan berbayar seperti Google Adwords ataupun Facebook Advertising mampu untuk melonjakkan hasil jualan pendapatan anda? Jawapannya boleh jadi Ya dan juga Tidak. Pendapatan anda akan menunjukkan peningkatan apabila iklan anda ditujukan kepada golongan sasaran yang TEPAT, namun jika iklan anda tidak disasarkan kepada kelompok prospek yang betul, anda mungkin tak akan dapat sebarang manfaat dari iklan tersebut.

 

Pengiklanan berbayar ini bagus. Namun, ada kos tambahan yang perlu anda keluarkan. Bagaimana caranya untuk anda dapat jimat kos pemasaran tersebut?

 

Anda boleh contohi apa yang dilakukan oleh syarikat PTS Bookcafe Sdn Bhd. Syarikat ini menjual pelbagai buku dalam berbagai-bagai genre serta beberapa merchandise secara online sahaja.

 

Istimewanya bookcafe ini ialah, dia menawarkan program affiliate dan juga program dropship serentak. Jadi, orang ramai yang berminat untuk menjalankan perniagaan buku secara online, bolehlah pilih sama ada nak jadi ejen affiliate ataupun ejen dropship. Kedua-dua kaedah ini boleh dilakukan oleh ejen untuk buat duit.

 

Kalau nak cerita dari segi modal, kita tak perlu keluar sebarang modal untuk jadi ejen affiliate. Sebaliknya kalau nak jadi ejen dropship, baru kena keluar modal. Pada pandangan saya, modal ini bertujuan untuk membuka akaun dropship dan untuk membezakan antara individu yang benar-benar serius nak buat bisnes dengan mereka yang cuba untuk ambik kesempatan pada tawaran harga yang lebih murah yang hanya eksklusif untuk para ejen dropship.

 

Bila dah tawarkan program dropship dan juga program affiliate, langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan seberapa banyak dan seramai mungkin ejen affiliate untuk bantu promosikan produk-produk yang dijual oleh syarikat. Lagi ramai lagi bagus. Kita bukan cerita setakat 10 – 20 orang, tapi kita nak dapatkan ejen seramai 100 – 1, 000 orang.

 

Lagi ramai lagi bagus, sebabnya dalam ramai-ramai yang daftar tu nanti, bukan semuanya akan betul-betul aktif buat kerja.

 

Sebagai pemilik syarikat, anda hanya perlu bayar upah jika ejen tersebut berjaya dapatkan jualan. Itupun bayaran upah diambil daripada sebahagian daripada keuntungan jualan produk tersebut. Konsep yang diguna pakai disini adalah lebih kepada konsep perkongsian keuntungan antara ejen dengan pemilik produk.

Satu hari nanti, kita mungkin akan dapat lihat ada makin ramai pemilik perniagaan bakal menawarkan program affiliate. Dengan ini mereka dapat berkongsi sebahagian atau sekurang-kurangnya sedikit daripada keuntungan syarikat kepada orang ramai.

 

Saya rasa syarikat besar-besar patut pertimbangkan untuk wujudkan sistem seperti ini. Anggap sahaja ini sebagai tanggungjawab sosial dalam membantu usaha kerajaan mengurangkan dan juga membasmi kemiskinan di negara kita.

 

Ok… itu kalau dari perspektif pemilik perniagaan. Bagaimana pula kalau dari perspektif ejen-ejen affiliate macam kita? Adakah satu langkah yang cerdik untuk menggabungkan dropship dan affiliate dalam satu masa untuk buat duit di internet?

 

Baiklah, saya cerita dari pengalaman saya je la. Pengalaman orang lain mungkin tak sama dengan pengalaman yang saya lalui kan. Kisah dia begini…

 

Kebanyakkan program dropship yang saya join, saya akan bina laman web khas untuk promosikan produk tersebut. Setiap satu produk, saya akan hasilkan sebuah laman web. Ini bermakna kalau ada 10 produk, maka saya akan bina 10 laman web.

 

Konsep laman web yang saya bina adalah konsep minisite. Boleh guna blogspot sahaja.

 

Tips untuk bina laman web yang nampak profesional dan menarik ialah dengan menggunakan skrip minisite khas ini.

 

Hanya perlu copy and paste skrip sahaja. Untuk mencantikkan lagi design minisite tu, kena ada perisian Adobe Photoshop.

 

Lepas tu boleh edit mana-mana yang perlu. Biasanya edit tulisan sahaja dah memadai.

 

Baiklah, laman web dah siap dibina. Langkah seterusnya adalah menulis surat jualan atau sales letter. Formula untuk tulis sales letter ini sebenarnya mudah saja. Pastikan dalam sales letter tu, ada elemen-elemen berikut, iaitu

HEADLINE

SUBHEADLINE

CONTENT

TESTIMONI

CALL TO ACTION

FREE GIFT/ JAMINAN KEPUASAN PELANGGAN

 

Kalau tak tau sangat macam mana nak tulis sales letter, boleh rujuk laman web klikjer. Kat laman web klikjer ni ada macam-macam produk yang dijual dan ada macam-macam sales letter yang anda boleh jadikan rujukan.

 

Benda ni memang tak akan mahir dalam masa satu hari. Kena lakukan latihan secara berterusan. Ada orang, dia dah tulis beribu-ribu sales letter sepanjang hidup dia. Sampai satu tahap, proses untuk menulis sales letter tu jadi natural.

Baca juga: Penggunaan ayat Call to Action dalam kempen pemasaran beserta contoh

 

Sebelum nak gabungkan dropship dengan affiliate, kena tau serba sedikit tentang pasaran produk tersebut. Adakah produk tersebut produk baru? Buat masa ini, adakah dah ramai yang jual produk tu? Adakah produk tu susah untuk didapati?

 

Lazimnya, jika pada peringkat awal, guna konsep dropship lebih untung. Peratus keuntungan yang boleh dihasilkan adalah berkali ganda lebih banyak berbanding jika guna konsep affiliate. In fact, kalau produk tu produk baru, biasanya program affiliate pun masih tidak diwujudkan lagi.

 

Masih ingat lagi tak produk singlet cegah boroi atau kadang-kadang ada juga yang panggil singlet anti boroi?

Satu masa dulu, kalau nak jual produk ini, anda ada dua pilihan, sama ada borong banyak-banyak dan jual sendiri ataupun kalau tak nak keluar modal, kena cari mana-mana supplier yang tawarkan program dropship.

 

Tetapi sekarang produk ini dah tak berapa popular.

 

Malahan mana-mana produk yang satu masa dulu pernah popular, pernah viral, kini dah tak berapa popular dah. Sama juga macam singlet cegah boroi ni. Kalau sekarang ni nak buat dropship untuk singlet ni pun macam dah kurang sesuai. Kalau tanya saya, saya pun tak berapa nak galakkan.

 

Walaubagaimanapun, jika sebelum ini anda pernah bina laman web khas untuk promosikan singlet ini, dan sekarang produk ini pun dah kurang dapat sambutan, apa kata saya syorkan anda tukarkan konsep kepada affiliate.

Jangan sia-siakan usaha sebelum ini, sebaliknya dengan melakukan sedikit perubahan, iaitu dengan menukar call to action pada laman web asal yang anda gunakan untuk promosikan produk tersebut kepada link affiliate, sudah cukup untuk memastikan anda tidak terputus peluang untuk buat duit dengan produk tersebut.

 

Dengan menukar strategi, dari dropship kepada affiliate pada saat-saat produk tersebut mula kurang dari segi permintaan, ini membuka peluang untuk anda mendapatkan sumber pendapatan yang baru.

 

Singlet ini boleh didapati di pautan ini.

 

Kesimpulannya, kena tahu bila masa nak fokus pada dropship sahaja, bila patut gabungkan dan bila perlu fokus pada affiliate dan tinggalkan dropship. Semoga idea dalam post ini bermanfaat untuk anda.

 

Exit mobile version