Blog Sabree Hussin

Dapatkan Baucar Aeon, Zalora, KFC & Pizza Hut dengan menyertai Kaji Selidik Online

Mahukah sekiranya anda diberikan baucar tunai untuk anda membeli belah sama ada di Aeon, Zalora, KFC & Pizza Hut? Jika jawapan anda adalah Ya, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk menyertai program kaji selidik online ini.

 

Sebenarnya saya pun baru je join program ini. Sebelum ni saya pernah join program seumpama ini. Pernah dapat beberapa keping voucher (baucar) yang boleh digunakan untuk pembelian produk sama ada di KFC atau Pizza Hut.

 

Dalam program kaji selidik yang saya pernah join sebelum ini, saya boleh pilih sama ada nak baucar KFC atau baucar Aeon. Memandangkan saya lebih suka makan (pada waktu tu) jadi saya pilih baucar KFC.

 

Andaikan baucar yang kita dapat tu bernilai RM30, dan pembelian yang kita buat di KFC ialah RM37, maka dengan adanya baucar ni, kita cuma perlu bayar RM7 sahaja untuk makan di KFC. Untung kan?

 

Bagaimana cara untuk dapatkan baucar KFC ini? Syaratnya mudah sahaja. Anda hanya perlu menyertai kaji selidik yang dijalankan di laman web ini. Laman web ini adalah laman web yang dipunyai oleh syarikat kaji selidik dalam talian terbesar di dunia, iaitu Research Now.

 

Laman web ini menyediakan soalan-soalan kaji selidik untuk dijawab oleh orang ramai bagi memahami apa sebenarnya yang dimahukan dan yang sentiasa difikirkan oleh individu seperti kita.

 

Soalan adalah pelbagai, merangkumi pelbagai topik. Ada soalan tentang pendapatan, pekerjaan, pasaraya yang biasa kita pergi untuk membeli belah, gadget yang kita suka guna, dan macam-macam lagi.

 

Soalan adalah mudah-mudah sahaja.

 

Peranan kita adalah jawab soalan yang disediakan mengikut set jawapan yang telah dibekalkan. Kemudian pihak Research Now ini akan menggunakan jawapan yang telah kita berikan itu untuk dipersembahkan dalam bentuk data dan statistik bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan baru yang lebih baik kepada orang ramai.

 

Apa produknya? Bergantung kepada survey yang kita jawab. Jika survey yang disediakan adalah dalam bidang insurans, mungkin data-data tersebut akan digunakan oleh syarikat insurans dan takaful bagi mewujudkan dan merangka sebuah polisi insurans yang baru.

 

Ataupun kalau soalan survey yang dijawab adalah berkenaan dengan kereta, mungkin data tersebut akan diberikan kepada syarikat pengeluar kereta bagi memudahkan mereka mencipta kereta yang lebih baik dengan fungsi yang lebih canggih berbanding yang ada di pasaran sekarang.

 

Memandangkan saya pun baru je join, jadi saya tak dapat nak cerita dengan lebih panjang tentang program kaji selidik online ni. Nantilah, bila saya dah berjaya dapat baucar dari program ini, saya akan cerita lagi perkembangan program ni dalam blog ini.

 

Apa pun, jika anda juga berminat nak sertai program kaji selidik atau surver online ni, bolehlah klik sini untuk daftar.

 

Selepas anda daftar, pastikan anda lengkapkan profil anda. Saya difahamkan bahawa soalan-soalan survey yang bakal anda terima adalah sangat berkait rapat dengan maklumat yang anda isikan di profil anda.

 

Selamat mencuba dan jomlah sama-sama kita dapatkan baucar-baucar ni nanti.

 

 

Exit mobile version