Blog Sabree Hussin

Contoh-contoh Kemahiran yang boleh mendatangkan duit apabila dikuasai

Apa dia kemahiran yang boleh buat duit? Ramai orang tak tau, atau mungkin tak sedar, yang sebenarnya menguasai kemahiran tertentu boleh membantu dirinya untuk buat duit tambahan. Kalau selama ini, anda hanya bergantung kepada pekerjaan utama anda sahaja untuk buat duit, apa kata anda buat duit dengan menguasai kemahiran-kemahiran yang bakal saya senaraikan nanti.

 

Siapa tahu, mungkin ada sebahagian daripada kemahiran yang saya nyatakan ini, anda telahpun tahu dan kuasai. Langkah seterusnya adalah gunakan kemahiran tersebut untuk buat duit.

 

Kita sedia maklum, untuk menguasai kemahiran tertentu, ia perlukan masa. Lagi awal anda bermula, lagi banyak pengalaman yang anda bakal perolehi. Kesannya? Anda akan dapat memberikan hasil kerja yang semakin baik. Dari situ, anda juga boleh mengenakan caj yang tinggi jika ada sesiapa yang perlukan khidmat dari anda.

 

Baiklah, jom kita lihat apa dia contoh-contoh kemahiran yang anda boleh pelajari dan kuasai dan seterusnya boleh bantu anda untuk buat duit tambahan.

 

(1) Kemahiran memasak pelbagai jenis juadah

Ada orang kata, memasak ini perlukan bakat. Betul ke? Walaupun ada dua orang yang sama, cuba untuk memasak hidangan yang sama, namun belum tentu rasanya juga sama. Pasti ada perbezaan.

 

Saya setuju kalau orang kata memasak itu memerlukan bakat. Tetapi, bakat semata-mata masih belum cukup untuk menghasilkan masakan yang sedap. Ia tetap perlukan latihan yang berterusan. Sekiranya kita ingin gunakan skil memasak yang kita ada tu untuk buat duit, kita kenalah pastikan kualiti dan rasanya sentiasa sama.

Lagi satu, untuk memaksimakan keuntungan dan pendapatan yang boleh dihasilkan, saya berpendapat adalah lebih baik untuk masak sesuatu yang simple dan mudah untuk disediakan. Sebagai contoh, buat kek, roti, biskut dan sebagainya. Kesemua ini anda boleh buat hanya dari rumah sahaja. Panduan memulakan bisnes bakeri boleh baca disini.

 

(2) Kemahiran membaik-pulih

Kerja-kerja melibatkan perpaipan, elektrik, perabot, kenderaan dan sebagainya.

 

Pada satu hari, salah satu saluran paip di rumah saya bermasalah. Masalahnya ialah, saluran tersebut dah tersumbat dan air melimpah sampai ke lantai. Memang nampak kotor dan basah satu rumah. Saya dah letak asid (clog remover) sekurang-kurangnya 3 botol. Tapi masih tak berkesan jugak.

 

Akhirnya terpaksa panggil plumber jugak. Tak sampai setengah jam, masalah selesai. Kalau anda ada kemahiran dan memang tau serba serbi tentang masalah saluran dan perpaipan, anda boleh duit dengan menawarkan perkhidmatan ini.

 

(3) Kemahiran menulis

Saya berani jamin, jika anda mempunyai kemahiran menulis, anda pasti boleh gunakan kemahiran tersebut untuk buat duit.

 

Ya, ini yang sedang saya lakukan sekarang. Saya buat duit dengan cara menulis.

 

Nak buat duit dengan memanfaatkan skil menulis sebenarnya bukannya susah sangat. Apa yang penting, anda kena ada minat dan berani untuk mencuba.

 

Yes, sometimes orang tak suka dengan apa yang kita tulis. Tapi, kebiasaannya, kalau ada yang tak suka, akan ada yang suka. Tak payah nak fokus sangat pada golongan yang tak suka dengan hasil kerja kita, sebaliknya fokus sahaja pada kelompok yang suka pada hasil kerja kita.

 

Bagaimana cara nak buat duit dengan menulis? Ini yang anda boleh lakukan, antaranya menulis di blog, menulis di majalah, tulis ebook dan jual, jadi penulis ghost writer dan banyak lagi.

 

Anda rasa anda tak berapa pandai menulis? Saya tak berapa percaya, sebabnya kita semua dah belajar cara-cara untuk menulis sejak di bangku sekolah lagi. Kalau tak ingat formula untuk menulis karangan, rujuk balik buku-buku bahasa melayu semasa sekolah dulu.

 

Kerja-kerja menulis ini perlu dilakukan selalu, bagi memantapkan teknik penulisan tersebut. Ok, cukup beri alasan. Jom mula menulis dan mula buat duit sekarang! 

 

(4) Kemahiran melukis

Saya terpesona dengan skil seorang pelukis karikatur semasa saya berkunjung ke sebuah shopping mall di Klang. Hebat. Memang sangat hebat. Saya lihat ramai yang beratur untuk dapatkan hasil seni pelukis tersebut.

 

Sebenarnya, tak perlupun pelanggan berada disitu untuk dapatkan khidmat dari pelukis tersebut, sebabnya saya perhatikan ada juga pelanggan yang beri gambar kemudian tinggal. Pelukis tu akan melukis berdasarkan gambar yang diberi.

 

Memandangkan benda ni saya lihat di depan mata saya sendiri, jadi saya amat yakin, bahawa skil melukis juga boleh membantu untuk buat duit.

 

(5) Kemahiran bercakap (public speaking)

Alhamdulillah, kebanyakkan dari kita memang boleh bercakap. Ada sesetengah orang, bila dah mula bercakap, memang cukup susah nak berhenti. Ada-ada je benda yang nak dibualkan.

 

Akan tetapi, berbeza pula halnya jika kita minta dia bercakap di khalayak ramai. Benda ni bukan semua orang boleh lakukan. In fact, seorang guru ataupun pensyarah yang biasa bercakap dihadapan para pelajarnya juga ada masanya akan rasa gugup apabila disuruh bercakap di khalayak ramai secara spontan.

 

Namun tahukah anda, golongan penceramah misalnya, ada yang dibayar dengan sangat mahal untuk mereka bercakap dihadapan audiens? Benda ni memang ada kena mengena dengan kepakaran penceramah itu terhadap sesuatu topik. Namun demikian, pakar sahaja tapi kalau tak pandai bercakap, orang pun tak berapa minat nak dengar.

 

(6) Kemahiran menaip

Bukan sekadar menaip, tetapi menaip dengan laju dan pada masa yang sama mempunyai ketepatan yang tinggi. Ini bermakna tiada kesalahan dari segi ayat, tatabahasa dan juga ejaan.

 

Anda fikir buat kerja dengan cara menaip ini mudah? Fikirkan semula. Benda paling asas sekali ialah, anda mesti mampu untuk menaip dengan pantas. Anda boleh belajar dengan lebih mendalam bagaimana untuk buat duit dengan memanfaatkan skil menaip di laman web ini.

 

(7) Kemahiran membina laman web

Sebenarnya nak buat laman web tidaklah sesukar mana. Tapi untuk orang yang memang tak biasa, memang dia akan rasa susah.

 

Untuk menghasilkan sebuah laman web yang profesional, anda boleh hasilkan dengan menggunakan template yang dah siap sedia untuk digunakan. Hanya perlu tekan install dan tunggu beberapa minit untuk loading, dah siap.

Servis bina laman web ini, anda bukan sahaja boleh tawarkan untuk pelanggan di Malaysia sahaja, malahan anda boleh juga tawarkan servis bina laman web kepada pelanggan yang berada di seluruh dunia. Caranya adalah dengan menjual kemahiran tersebut menggunakan platform dari Fiverr.

 

(8) Kemahiran menyanyi

Semasa zaman saya di universiti dulu, saya biasa lihat akan ada pelajar yang dijemput untuk buat persembahan nyanyian terutama sekali semasa majlis-majlis makan malam, jamuan dan sebagainya. Bukan nyanyi percuma ya, tetapi berbayar. Memang patut pun dibayar sebabnya pelajar tersebut dapat menyanyi dengan sangat baik.

 

Mungkin dari segi suara, memang tak sama dengan penyanyi asal. Tetapi memeriahkan suasana, itu dah cukup baik. Saya juga perasan, mereka yang pandai menyanyi ni, biasanya akan dijemput untuk menyanyi sempena majlis-majlis perkahwinan untuk menghiburkan tetamu yang datang.

 

Itu belum masuk lagi bab menyanyi di tepi jalan buat busking. Itu pun boleh buat duit. Jika anda boleh menyanyi dan pada masa yang sama, mampu untuk memainkan alat muzik, itu pun satu nilai tambah buat diri anda.

Sekarang ni, kalau segan nak menyanyi depan orang ramai, boleh nyanyi di rumah sahaja. Rakam kemudian upload ke Youtube. Jika channel Youtube anda ada ramai pengikut, dari situ juga anda boleh buat duit.

 

(9) Kemahiran design

Saya suka lihat laman web Photobook Malaysia untuk dapatkan idea-idea tentang apa dia produk yang boleh dihasilkan bagi tujuan buat duit dengan skil design.

 

Dari situ anda boleh lihat, hasil design anda tu boleh diterjemahkan dalam bentuk t-shirt, button badge, sarung bantal, cadar, mug dan macam-macam lagilah. Kalau anda nak belajar macam mana nak buat duit dengan bisnes design atau printing, boleh baca dan belajar kat sini.

 

(10) Kemahiran ambil gambar, merakam video dan edit

Memang ada orang yang menggunakan masa terluang yang ada padanya untuk belajar macam mana untuk ambil gambar yang cantik dan profesional. Sebabnya mereka tahu, skil ambil gambar ini memang boleh buat duit.

Khidmat photographer profesional memang sangat-sangat diperlukan terutama sekali semasa majlis kahwin, majlis makan malam, dan lain-lain acara formal.

 

Selain tangkap gambar, ada juga klien yang mahukan rakaman video. Sekadar tahu macam mana nak tangkap gambar dan rakam video masih belum mencukupi. Pada masa yang sama, anda juga perlu ada kemahiran untuk edit gambar-gambar serta video yang telah dirakam bagi mendapatkan hasil kerja yang lebih menarik.

 

Memang hebat. Anda memang boleh buat duit kalau tahu kemahiran ini. Masih belum terlambat untuk kuasai kemahiran fotografi disini.

 

Saya rasa 10 contoh kemahiran yang boleh buat duit yang saya kongsikan dalam ni dah cukup la kan? Kalau nak difikirkan memang ada banyak lagi kemahiran yang boleh buat duit.

 

Satu yang perlu anda tahu ialah, menguasai sesuatu kemahiran itu memang penting. Namun, untuk membantu anda buat duit dengan kemahiran tersebut, anda juga perlu tahu bagaimana nak beritahu orang ramai bahawa anda mempunyai kemahiran tersebut. Ini dah cerita bab pemasaran ataupun marketing.

 

Apa pun, semoga senaraian ini bermanfaat untuk anda. Untuk menguasai sesuatu kemahiran, ia memerlukan MASA. Mungkin anda akan dapati, bahawa anda telah menggunakan hampir separuh daripada hayat anda, untuk melakukan sesuatu kemahiran namun anda tetap merasakan yang anda belum mahir.

 

Ya, itulah lumrahnya. Kita akan sentiasa rasa yang kita belum cukup bagus. Dari situ kita akan terus berlatih dan terus menimba ilmu.

 

Sebaliknya, orang lain yang melihat hasil kerja kita, mereka inilah yang akan mengiktiraf di mana tahap kepakaran kita. Kalau ada seseorang yang sanggup bayar mahal untuk dapatkan perkhidmatan dari anda, itulah salah satu tanda positif bahawa anda sudah jadi semakin PAKAR dalam bidang atau kemahiran anda.

 

By the way, kemahiran anda dalam bidang apa ya? Boleh kongsikan di bahagian komen?

 

 

Exit mobile version