Blog Sabree Hussin

Carta Top 10 Affiliate Klikjer – Januari 2018

Sepanjang bulan Januari, saya perasan yang saya langsung tak menerima sebarang emel pemberitahuan dari klikjer tentang kejayaan saya menghasilkan jualan.

 

Selalunya, kalau ada jualan, secara automatik pihak klikjer akan hantar emel dengan tajuk

Tahniah! – Anda mendapat jualan!

 

Oleh sebab tak ada emel macam tu yang saya terima, jadi saya anggap yang pada bulan Januari saya langsung tak berjaya dapat buat jualan, walaupun hanya satu jualan.

Rupa-rupanya saya silap.

 

Sebenarnya bukannya saya langsung tak ada buat jualan, sebaliknya mungkin ada sedikit isu tentang setting dari pihak klikjer sampaikan affiliate macam saya langsung tak menerima sebarang notifikasi.

 

Kemudian pada tarikh 5hb februari, pihak klikjer keluarkan senaraian ini. Ini adalah senarai carta top 10 affiliate klikjer.

Bila tengok senarai tu… eh nama saya ada dalam senarai la! Tak lama lepas tu, komisen pun dibayar ke akaun Maybank saya.

 

Ok dah boleh kembali rasa gembira dan ceria.

 

Selesai masalah. Masalah apa? Masalah nak kena fikir, nak bayar duit langganan internet pakai duit mana… Selalunya, saya memang akan gunakan komisen dari klikjer ni untuk buat bayar yuran langganan internet.

 

Rasa MALAS nak buat pemasaran…

Astaghfirullah al azim…

 

Perasaan MALAS ini memang betul-betul pembunuh. Usaha yang baik, boleh digagalkan hanya semudah berkata “… aku malaslah nak buat.”

 

Mungkin sebab bila dah hari-hari buat benda yang sama, rasa malas tu muncul sendiri tanpa perlu dipinta ataupun dipaksa-paksa. Nampak sangat, sedikit perubahan pada strategi dan cara kerja perlu dilakukan supaya badan tak lesu dek kerana asyik perlu lakukan tugasan yang sama selalu.

 

Perjalanan masih jauh lagi.

 

Usaha pun kena kuat lagi. Nampak gayanya makin hari makin ramai affiliate yang power-power dah join klikjer ni. Silap-silap haribulan, nama saya pun boleh kena tendang daripada berada dalam senarai top 10 ni.

 

 

Exit mobile version