Blog Sabree Hussin

Cara nak dapatkan kerja apabila menjadi seorang freelancer

Betul ke susah nak dapatkan kerja kalau kita jadi seorang freelancer ni? Mungkin ada betulnya. Tapi kan… kalau susah nak dapatkan kerja, kenapa ada orang lebih suka untuk jadi seorang freelancer berbanding dapatkan pekerjaan tetap sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta?

 

Ada tak kemungkinan, yang sebenarnya orang yang kata susah nak dapatkan kerja tu sebenarnya dia ada masalah. Masalah dia ialah, dia tak tau cara nak dapatkan kerja.

Kerja sebagai seorang freelancer atau dalam bahasa Melayunya, pekerja bebas, memanglah nampak senang. Seorang freelancer, boleh bekerja dari mana-mana lokasi yang dimahukan. Ya, bergantung kepada apa bidang yang dipilih.

 

Freelancer ni sebenarnya buat kerja apa?

Pening juga. Untuk mereka yang tak biasa dengar perkataan ini, pasti akan tertanya-tanya,

“Freelancer ni menatang apa sebenarnya? Orang yang kata dia kerja sebagai freelancer ni, sebenarnya dia buat kerja apa?”

 

Kemudian, akan timbul pula soalan lain,

“Kalau kerja sebagai freelancer ni boleh dapat duit ke? Kalau dapat duit berapa banyak pula yang dia boleh dapat?”

 

Isu duit, atau isu tentang pendapatan adalah isu yang penting. Toleh kanan, toleh kiri… nampak tak? Semua barang dah jadi mahal sekarang ni? Baru-baru ni, saya ada terdengar nasihat-nasihat seperti

Berjimat cermat, rancang perbelanjaan, belanja secara berhemah dan macam-macam lagi…

 

Nasihat tersebut ada benarnya. Cuma kadang-kadang tu rasa geram juga bila dengar nasihat macam ni. Apabila semua barang dah jadi mahal, kat bahagian mana nak dapatkan penjimatan tu? Rancang perbelanjaan dan belanja secara berhemah. Ah… nak cakap banyak pun sedih. Jadi saya rasa lebih baik saya tak payah panjangkan perkara ini.

 

Kita straight to the point sahaja, sebabnya kalau saya ulas perkara ini, memang tak akan habis dan akan nampak saya ni begitu anti establishment.

 

Freelancer ni, kalau kita terjemahkan dalam bahasa Melayu bermakna pekerja bebas. Takrifan bagi seorang freelancer ini adalah

Seseorang yang bekerja sama ada sebagai seorang penulis, pereka grafik, pelakon, penterjemah, atau apa-apa pekerjaan yang seumpama dengannya. Mereka menghasilkan pendapatan dengan MENJUAL perkhidmatan yang mampu ditawarkan sama ada mengikut jam, hari atau mengikut projek tertentu.

Seorang freelancer tidak hanya bekerja dengan seorang majikan, justeru mereka tidak mempunyai gaji tetap secara bulanan.

 

Macam tak best je jadi freelancer ni. Dah la kena buat jualan, lepas tu tak ada gaji tetap pulak tu. Susahlah kalau nak hidup macam ni.

 

Betul. Kalau fikir macam tu memang tak best langsung jadi seorang freelancer ni. Tetapi, kalau kita lihat dari sudut yang berbeza, kerjaya sebagai seorang freelancer boleh jadi memberi anda kepuasan dan kebebasan dari segi masa dan wang ringgit yang lebih baik berbanding kerja-kerja lain yang ada diluar sana.

 

Kerja sebagai seorang freelancer tidak terikat hanya dengan seorang majikan. Ini bermakna, dalam satu-satu masa, seorang freelancer itu boleh bekerja untuk dua tiga atau lebih majikan. Apa yang penting ialah kemahiran untuk urus masa dan urus projek.

 

Kalau satu projek bernilai RM400, dan dalam satu-satu masa, anda dapat lima projek sekaligus, berapa potensi pendapatan yang anda bakal terima? Kita buat pengiraan mudah.

RM400 x 5 projek = RM2,000

 

Wah… dah boleh dapat RM2,000 tu. Nampak banyak tu.

 

Walaubagaimanapun, dari pengalaman saya sendiri, dan dari pengalaman orang lain yang saya ikuti secara dekat, kerja sebagai freelancer ini tak menentu. Kadang-kadang saiz projek dan potential income tak sama antara satu projek dengan projek yang lain.

 

Ada projek nilai dia RM800, ada projek nilai dia RM400, ada projek yang nilainya RM100, ada yang RM50 dan ada juga projek yang nilainya cuma RM20. Ianya pelbagai.

 

Terpulang kepada individu tu sendiri. Kalau selama ini dia biasa dapat projek-projek mahal, adakah dia sanggup untuk terima kalau ada projek yang tak berapa mahal? RM20 misalnya untuk satu projek…

 

Pendapat saya secara peribadi, ianya bergantung. Projek yang nilainya RM800 berbanding projek yang nilainya hanya RM20 sudah tentu memerlukan cara kerja yang berbeza. Secara logik, kalau kerja tu nilainya cuma RM20, kerjanya pasti senang sahaja dan tak begitu makan banyak masa.

 

Kalau memang ada masa, pada saya tak salah kalau nak ambik semua projek. Asalkan jangan tamak. Tak perlulah semua kerja nak ambik. Tapi kalau nak ambik juga, kenalah pastikan kerja tersebut boleh dilakukan dengan baik.

 

Sebelum saya terlibat dengan kerja-kerja freelance ni, saya juga pernah kerja dengan majikan. Pengalaman kerja saya tidaklah semata-mata terhad sebagai seorang freelance.

 

Saya mula serius dalam bidang ini selepas saya ikuti ekursus panduan Jobdirumah. Apa benda jobdirumah ni? Boleh rujuk kat bahagian arkib blog ni. Saya rasa dah banyak juga yang saya cerita tentang program ini.

Cuma satu yang saya nak highlight dalam artikel ini. Jobdirumah bukanlah program yang menipu. Mereka mengajar cara-cara bagaimana nak jadi seorang freelancer.

 

Saya sendiri mengambil masa yang agak lama untuk biasakan diri dengan cara kerja seorang freelancer. Dari pengalaman saya ikuti kursus ini, tidaklah lepas dah ikuti kursus saya terus dapat banyak job. TIDAK. Bekerja dari rumah sebagai seorang freelance ini adalah merupakan cara bekerja yang berbeza.

 

Kena faham betul-betul bagaimana lifestyle seorang yang bekerja secara freelance? Apa kemahiran yang diperlukan dan apa value kita pada mata bakal klien? Lagi satu, kena tahu juga bagaimana nak persembahkan kemahiran kita supaya ia nampak menarik dimata bakal klien.

 

So, bila nak cerita pasal cara nak dapatkan kerja bila jadi freelance ni?

Sekarang saya nak cerita kat mana anda boleh dapat kerja. Memandangkan saya adalah salah seorang “pelajar” ekursus Jobdirumah ni, maka saya menerima pendedahan yang betul tentang di mana kita boleh dapat sumber pekerjaan.

 

Tempat pertama yang patut dijadikan sasaran adalah di laman web freelancer atau lain-lain laman web yang mempunyai konsep yang sama.

Baca juga:

  1. Panduan bekerja dari rumah
  2. Panduan bekerja dari rumah – Bagaimana nak mula bekerja?
  3. Laman web dapatkan job dari rumah yang tak kenakan sebarang bayaran
  4. Senarai kerja part time yang anda boleh lakukan dari keselesaan rumah anda
  5. Contoh-contoh tugasan dan kerja yang boleh dilakukan hanya dari rumah

 

Laman web seperti freelancer.com ini memang ada banyak di internet. Konsep laman web seperti ini mudah sahaja. Anda daftar sebagai seorang freelancer. Ada satu bahagian khas yang mana disitu akan ada ramai bakal majikan akan iklankan apa dia tugasan atau job yang memerlukan khidmat dari freelancer.

 

Jika ada mana-mana tugasan yang sesuai dengan anda, maka anda boleh mohon pekerjaan tersebut.

 

Sudah tentu, anda juga perlu bersaing dengan lain-lain freelancer dan hanya yang terbaik sahaja yang akan dipilih oleh majikan tersebut.

 

Cara kedua yang boleh dilakukan ialah anda jual servis atau kemahiran anda dilaman web jual beli servis. Salah satu tempat yang memang cukup popular diseluruh dunia ialah laman web Fiverr.

Laman web fiverr adalah tempat dimana anda boleh jual servis yang anda mampu tawarkan kepada pelanggan ataupun beli servis dari mana-mana freelancer yang anda mahukan. Kosnya adalah bermula dari USD5.

 

Memandangkan laman web ini dikunjungi oleh pengguna dari seluruh dunia, maka anda mempunyai potential klien yang agak besar juga. Walaubagaimanapun, anda mungkin mendapat persaingan yang agak sengit juga dari pekerja bebas yang lain.

 

Berita baiknya ialah, di peringkat tempatan, terdapat laman web yang lebih kurang sama macam fiverr. Anda boleh jual servis anda di laman web tersebut. Laman web yang saya maksudkan ialah laman web iLancee.

Baca lagi: Kerja dari rumah dengan iLancee

 

Menerusi portal iLancee ini, anda boleh senaraikan seberapa banyak servis yang anda mampu tawarkan. Cara kerjanya memang tak banyak beza dengan kerja di fiverr. Mungkin satu-satunya perbezaan ketara yang bakal anda lihat nanti ialah kebanyakkan klien adalah datangnya dari Malaysia sahaja.

 

Cara ketiga, terus jumpa mana-mana usahawan yang mungkin sesuai untuk dapatkan khidmat anda dan tawarkan servis anda. Sesetengah usahawan online, mereka mungkin tak sedar yang sebenarnya mereka perlukan perkhidmatan anda.

 

Sebagai contoh, sampai ke hari ini, ada banyak lagi usahawan yang tak tau macam mana nak bina website sendiri, tak tau macam mana nak hasilkan blog perniagaan mereka sendiri. Kalau nak belajar buat blog sendiri, mungkin mereka tak ada masa, jadi sebagai freelancer, ini peluang anda untuk tawarkan khidmat anda kepada mereka.

 

Cara keempat, bangunkan laman web sendiri untuk memudahkan bakal pelanggan menyedari kewujudan anda dan perkhidmatan yang mampu anda tawarkan. Ini satu perkara yang PENTING untuk dilakukan.

 

Kebanyakkan bakal pelanggan kita, akan menggunakan laman carian seperti google sekiranya mereka memerlukan bantuan atau perkhidmatan tertentu. Sekiranya anda mempunyai laman web anda sendiri, ini membuka peluang agar para usahawan diluar sana dapat menyedari kewujudan anda dan seterusnya mendapatkan khidmat dari anda.

 

Selain itu, laman web yang anda bangunkan itu juga berperanan sebagai portfolio anda yang mana dari situ bakal pelanggan dapat nilaikan sendiri sama ada anda adalah freelancer yang tepat untuk tugasan tertentu.

 

Cara kelima, iklankan dimana-mana sahaja tentang perkhidmatan anda. Gunakanlah semua medium yang anda tahu, sama ada blog anda sendiri, blog orang lain, Youtube, Facebook, LinkedIn, twitter, google plus dan apa sahaja bentuk iklan.

 

Tak payah malu-malulah nak bagitau kat orang ramai yang anda ada buat kerja-kerja freelance ni. Lagipun, kita buat benda yang baik dan sah disisi agama dan undang-undang negara kan, buat apa nak malu? Yang penting rezeki yang bakal kita dapat tu adalah rezeki yang halal lagi bersih.

 

Apa rahsia kejayaan seorang freelance?

Sebenarnya tak ada rahsia sangat pun. Saya akui, memang ada freelancer yang lebih berjaya berbanding freelancer yang lain. Ada freelancer yang dapat lebih banyak job berbanding freelancer yang lain.

 

Saya tak akan ulas dengan panjang lebar dalam artikel ini, dan mungkin, kalau saya nak ulas pun, dalam artikel yang akan datang.

 

Apa yang saya boleh katakan, kalau nak survive dalam bidang ini, iaitu kerja sebagai seorang freelancer, paling penting untuk anda

(1) Ada networking

(2) Ada kemahiran menjual

(3) Mempunyai track record yang baik dan terbukti mampu berikan hasil seperti yang dijanjikan

 

Ya, mungkin kalau kita perincikan lagi, ada banyak lagi keperluan untuk jadi seorang freelancer yang berjaya, namun dalam konteks artikel ni, saya kira jaga tiga perkara ini dulu sudah memadai.

 

Kalau nak tulis lebih-lebih, In Shaa Allah saya akan tulis dilain masa. Itupun kena tengok pada keadaan, kalau saya rasa macam ramai je orang yang perlukan info untuk bina kerjaya sebagai seorang freelancer, barulah saya akan pertimbangkan untuk tulis topik ini dengan lebih mendalam.

 

Dah lewat ni.

 

Artikel ni pun dah agak panjang.

 

Tengok jam. Hmm… dah 1.47 pagi. Ok saya kena stop dulu.

 

Apa pun, terima kasih kerana anda sudi baca, dan semoga bermanfaat ya. Dah baca tu, silalah komen apa-apa yang patut kat bawah ni ye. Kot la ada yang sudi nak share pengalaman pulak.

 

 

Exit mobile version