Blog Sabree Hussin

Cabaran menghasilkan blog yang Sukses

Blog yang sebelum ni saya biasa buka, yang satu masa dulu memang saya follow, hari ni banyak yang dah LENYAP! Adakah blog anda juga salah satu daripada banyak-banyak blog yang dah hilang dari radar Google?

 

Hari pertama saya beli domain dan hosting dari syarikat hosting NetKL Network, saya cukup teruja. Pada masa tu, rasa ada macam-macam projek laman web yang saya nak bangunkan. Laman web keahlian, laman web forum, laman web jualan, laman blog, niche blog dan sebagainya.

 

Tapi selepas satu tempoh masa, ia mula jadi bosan. Semangat nak maintain banyak-banyak laman web mula drop.

Menulis blog ni sebenarnya sangat mudah! Ya, memang sangat mudah. Sebenarnya hampir sesiapa sahaja boleh lakukannya. Ada internet, ada laptop, dah boleh mula menulis blog walaupun anda adalah pelajar lepasan SPM yang masih menganggur dan masih tak nampak hala tuju dalam hidup. Sama ada nak kerja atau sambung belajar.

 

Jadi, apa yang susahnya? Yang susah adalah nak konsisten menulis blog. Nak cari idea-idea baru lagi fresh untuk diketengahkan dalam blog. Nak cari topik-topik yang memang mendapat tempat pada diri pembaca dan pelawat blog. Itu yang susah. Tapi yang paling susah mungkin part nak konsisten tu.

 

Bagaimana yang dikatakan sebagai blog yang BERJAYA?

Secara peribadi, saya berpendapat blog yang berjaya, ada 4 ciri-cirinya.

 

(1) Blog tersebut MESTI mempunyai trafik yang tinggi

Setakat 1,000 – 3,000 unique visitors dalam sehari masih lagi belum cukup baik. Kena usaha lagi kuat untuk ramaikan bilangan trafik.

 

(2) Blog tersebut mampu untuk jana pendapatan

Jika blog tersebut dibuat dengan betul, ia sebenarnya mampu untuk menggantikan diri anda dan membantu anda untuk membuat jualan secara online. Cuba bayangkan, anda tak perlu susah payah nak online setiap masa. Blog yang anda tulis atau yang anda pernah tulis tu sendiri yang akan membuat jualan bagi pihak anda.

 

Secara automatik, anda akan menerima emel notification yang memberitahu anda berjaya mendapat jualan.

 

(3) Blog tersebut mempunyai pengikut yang tersendiri

Kiranya blog tersebut akan jadi role model dan blog ikutan. Kalau lepas ni ada orang lain yang nak menulis blog, ha… blog tu akan dijadikan sebagai salah satu blog contoh.

 

(4) Blog tersebut merupakan salah satu blog yang menyumbang dan memberi manfaat kepada masyarakat

Akhirnya blog itu juga menjadi penyumbang dan jadi medium untuk beri manfaat yang baik kepada masyarakat secara umumnya. Kalau dalam dunia ni rata-rata orang mengalami masalah nak jana pendapatan tambahan, maka blog tersebut memberi cara dan maklumat bagaimana cara untuk buat duit tambahan.

 

Mungkin masalah masih tetap tak selesai, tapi setidak-tidaknya ia jadi pemudah cara.

 

Statistik blog yang “mengecewakan” dan apa pengajaran yang boleh diambil

Saya ada beberapa blog yang pada pengamatan saya, ianya masih lagi dikategorikan sebagai “under-performed”.

 

Statistik blog pertama

Pada waktu catatan ni ditulis, blog tersebut mengandungi 95 artikel. Setiap artikel panjangnya lebih kurang 600 – 1,500 patah perkataan. Setiap hari, secara purata blog tersebut mendapat lebih kurang 70 – 100 jumlah pelawat sahaja.

 

Kalau nak target program pengiklanan yang syaratnya mesti kena ada trafik yang tinggi, blog ni memang langsung tak perform. Kalau boleh dapat sehari USD0.10 itupun masih lagi boleh dikira bagus. Kalau tak cukup sabar, bila-bila masa blog ni boleh diabaikan je.

Baca juga: Jana Pendapatan Sampingan dan Pasif dengan Mobicow

 

Tetapi, blog ni ada FUNGSI dia. Walaupun trafik tak besar mana, tapi kalau pandai guna keyword dan SEO, trafik banyak macam ni dah cukup untuk sumbangkan sekurang-kurangnya RM100 setiap bulan.

 

Statistik blog kedua

Kalau rujuk pada statistik pelawat kat atas ni, ia lagi teruk dari blog yang pertama. Paling ramai yang pernah masuk ke blog ni dalam sehari pun cuma 4 orang. Itu sahaja. Buat masa ni baru ada tujuh artikel yang diterbitkan pada blog tersebut.

 

Seperti blog yang pertama, blog ni juga bukannya dibangunkan untuk buat duit dengan program pengiklanan. Ia ada FUNGSI dan peranan yang lebih besar dari itu. Blog ni pun sebenarnya adalah blog baru.

 

Usaha tak sepadan dengan hasil…

Untuk blog yang baru dibina, kadang-kadang kita akan lalui dan alami perkara ni. Kita rasakan seperti apa yang diusahakan langsung tak berbaloi dan tak sepadan dengan hasil yang berjaya diperolehi. Rasa dah buat macam-macam perkara, tapi trafik tetap macam tu jugak. Tak ada langsung tanda-tanda yang ia akan melonjak naik.

 

Ya, memang betul salah satu teknik untuk dapat trafik yang tinggi ialah kita tulis sesuatu topik yang sedang viral. Masa tu, blog kita akan memperoleh trafik yang tinggi.

 

TETAPI, masalah dengan strategi macam ni ialah, blog kita akan alami kejatuhan trafik yang sangat ketara apabila topik tersebut dah mula basi. Lagi satu, setiap masa kita kena cari topik-topik yang viral dan hangat diperkatakan. Pada masa yang sama, kita juga kena sedar yang topik viral belum tentu adalah perkara yang betul.

 

Ada banyak benda yang jadi viral di internet. Namun bukan semuanya ada kaitan dengan perniagaan yang kita jalankan. Kebanyakkannya langsung tak ada kena mengena dengan perniagaan kita. Jadi, trafik viral pun adakalanya langsung tak membantu. Bagi pengguna wordpress self hosted, benda-benda macam ni hanya membazir bandwidth sahaja.

 

Jadi saya rasa adalah lebih baik kita pilih topik yang mungkin tak viral sangat tapi ia dapat konsisten menyumbangkan trafik. Bukan trafik yang biasa-biasa tetapi adalah buyer traffic. Istilahnya ialah trafik pembeli atau seseorang yang melayari internet dengan intention ataupun niat untuk membeli sesuatu. Bagi saya trafik macam ni lebih berharga dan mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menyumbangkan kepada pendapatan.

 

Sebenarnya saya melihat strategi pemasaran menggunakan blog tidaklah begitu jauh beza dengan pemasaran menggunakan fan page. Kalau guna FB Fanpage, kita juga perlu sentiasa update fanpage tersebut dengan post-post yang baru. Kalau lama tak update, ia akan mula dilupakan dan pelawat pun akan makin berkurang.

 

Kesimpulannya

1. Menulis blog biarlah jelas dengan tujuan. Tak perlu terikut-ikut sangat orang lain punya tujuan.

 

2. Kalau nak buat duit dengan blog, memang kena ada trafik yang banyak. Tapi kalau blog masih baru dan trafik masih tak banyak, kita target buyer keyword dan main SEO.

 

3. Kalau nak buat jualan menerusi blog secara automatik, mesti tau teknik copywriting. Trafik sikit tak jadi isu. Yang penting copywriting kena bagus dan trafik tu adalah buyer traffic.

 

4. Terasa susah nak maintain blog dan cari trafik? Mudah sahaja. Dapatkan khidmat iklan disini. Anda mungkin hanya perlukan satu artikel promosi sahaja.

 

5. Nak publish 100 artikel yang pertama memang mencabar. Tapi bila dah capai 100 artikel, cabaran seterusnya ialah nak terbitkan 1,000 artikel yang pertama pulak.

 

 

 

Exit mobile version