Blog Sabree Hussin

Buat Duit Tanpa Kerja Makan Gaji

Kali ini saya nak kongsikan pula tentang sebuah buku yang saya baca baru-baru ini. Buku yang saya maksudkan ialah buku berjudul Buat Duit Tanpa Kerja Makan Gaji yang ditulis oleh Zulkifli Musa.

 

Buku ini diterbitkan buat pertama kalinya pada tahun 2009 oleh True Wealth Publishing.

 

Walaupun sekarang ni kita dah berada di tahun 2016, dan telah berlalu 7 tahun, namun dari segi konten dan pengisian dalam buku ini masih lagi banyak yang relevan dengan keadaan kita sekarang.

 

In fact, mungkin tak salah kalau saya katakan, trend untuk buat duit tanpa perlu bekerja dengan orang lain dah menjadi satu pilihan ramai orang. Cuma mungkin yang membezakan antara satu sama lain ialah, sama ada ianya dilakukan secara sepenuh masa ataupun separuh masa (part time).

 

Untuk yang baru nak berjinak-jinak dengan cara hidup bekerja sendiri (self employed) adalah lebih selamat jika ia dilakukan secara part time terlebih dahulu. Nanti, bila pendapatan dari kerja-kerja tersebut dah menyamai atau dah melebihi pendapatan yang diperolehi daripada bekerja dengan majikan, maka pada saat itu bolehlah buat keputusan yang lebih drastik, iaitu untuk berhenti kerja makan gaji dan fokus sahaja untuk bekerja sendiri.

 

Apa yang nak ditakutkan? Asalkan apa yang kita lakukan itu halal, dan tak melanggar undang-undang Malaysia, buat sahajalah dengan penuh yakin. Cuba anda lihat bos anda. Adakah beliau makan gaji, atau sebenarnya beliau tidak makan gaji, sebaliknya meraih pendapatan melalui perniagaan yang dilakukannya.

 

Oh, saya bukan kata tentang manager anda, atau supervisor anda. Kalau dengan istilah bos anda terus terbayangkan dua individu ini, anda dah silap. Anda patut lihat lebih ke atas lagi. Bos yang sebenar adalah mereka yang memiliki syarikat dan perniagaan syarikat tersebut. Boleh jadi anda sendiri tak kenal siapa dia ni, sebabnya most of the time, dia tidak berada di pejabat dan mungkin sedang sibuk menghabiskan masa bermain golf dan bercuti di serata dunia.

 

Ok kembali kepada perbincangan mengenai buku ini. Buku ini dipecahkan kepada tiga bahagian, dan mari kita lihat isi kandungan buku ini:

 

Bahagian I

Bab 1 Kerjaya Ideal: Antara Persepsi Dan Realiti
Bab 2 Banyak Cara Orang Buat Duit
Bab 3 Masalah Kerja Makan Gaji
Bab 4 Carilah Kebebasan Anda
Bab 5 Kuiz – Apa Sebab Mahu Berhenti Kerja?

 

Apa itu kerjaya yang ideal, dan bagaimana dikatakan sesebuah kerjaya itu ideal buat kita? Sudah tentu setiap orang mempunyai takrifan dan pandangan yang berbeza. Kalau dari segi jadual kerja misalnya, bukan semua orang mampu untuk bekerja dalam waktu yang sama.

 

Ada orang lebih selesa untuk bekerja di waktu malam, ada yang lebih suka bekerja di waktu petang dan sebagainya. Namun, sistem penjadualan waktu kerja biasanya diseragamkan untuk semua kakitangan, dan seterusnya akan ada la staf yang masuk lambat, ambil cuti dan sebagainya. Kenapa ya? Adakah sebab waktu kerja tak cukup ideal? Kalau dah tau tak cukup ideal, kenapa tak cari kerja lain? Kan…

 

Ada la tu sebab-sebabnya yang kita tak tau. Buku ini mengupas serba sedikit mengenai topik tersebut.

 

Bahagian II

Bab 6 20 Idea Buat Duit
Bab 7 Bagaimana Hendak Bermula?
Bab 8 Strategi Pertahanan Dan Serangan Anda
Bab 9 Antara Burger McDonald’s Dan Sistem McDonald’s
Bab 10 Sumber Maklumat Dan Informasi Anda

 

Dalam bab 6, anda akan didedahkan dengan 20 idea buat duit yang anda boleh lakukan tanpa memerlukan anda kerja makan gaji. Daripada 20 senarai yang kongsikan oleh penulis, sebahagian daripadanya memang saya sendiri pernah cuba dan ada antaranya yang saya masih lagi lakukan sampai sekarang. Kenapa? Mudah sahaja, sebab ia memang terbukti boleh buat duit.

 

Antaranya ialah

2. Fotografi

Ok… saya tak pernah caj sebarang bayaran untuk kerja-kerja fotografi yang saya lakukan ha ha. Namun, realitinya, jika anda mempunyai kemahiran dan mempunyai peralatan untuk kerja-kerja fotografi, anda sememangnya boleh buat duit yang lumayan. Jangan hadkan fotografi setakat pada kerja-kerja mengambil gambar ketika majlis kahwin semata, sebabnya bidang ini sangat luas. Anda boleh baca lagi banyak tentang bagaimana nak buat duit dalam bidang fotografi disini.

 

4. Blogging

Macam yang saya sedang lakukan sekarang. Saya juga menulis blog secara aktif. Ehem ehem. Ada la beberapa blog yang saya tulis, dan Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat menyumbangkan hasil kepada saya. Kiranya tak adalah saya menulis suka-suka, dan In Shaa Allah mudah-mudahan Allah limpahkan lagi rezeki melalui jalan penulisan di blog ni.

 

7. Menulis ebook

Tulis ebook sebenarnya tidaklah sesukar mana. Apa yang lebih mencabar selepas menulis ebook ialah untuk mendapatkan pelanggan yang “berani” untuk membeli ebook yang kita tulis. Ya, saya juga ada menulis ebook dan menjual ebook tersebut.

 

8. Jualan lelong secara dalam talian (online)

Ebay! Saya belajar secara serius untuk menjual melalui ebay apabila saya beli ebook yang mengajar cara-cara untuk menjalankan bisnes mainan hanya di ebay. Ok… yang ni saya gagal buat sebarang sales ha ha. Yang tak berapa syok dengan ebay ni ialah dia ada banyak sangat fees (yuran) nak kena bayar. Untung tak besar mana pun. Sekarang ni, saya lebih selesa mempromosikan produk-produk di laman web Lazada.

 

20. Membina laman web/ blog

Bina laman web sebenarnya sangatlah senang, dengan syarat kita dah ada template, software, theme dan sebagainya. Boleh caj sekitar RM50 – RM300 untuk satu projek yang simple.

 

Kesemua sekali ada 20 idea bagaimana anda boleh mula buat duit tanpa makan gaji. Namun, kalau anda perasan, dari kesemua 20 senarai tu, apa yang saya pernah cuba sendiri hanya 5 sahaja. Bermakna, masih ada 15 lagi idea yang anda patut cuba (atau saya patut cuba ha ha)

 

 Selain itu, penulis ada juga cerita tentang potensi pendapatan apabila bekerja dalam bidang penterjemahan.

 

Bercakap mengenai bidang penterjemahan ni, saya teringat tentang satu panduan khusus untuk mengajar bagaimana nak buat kerja-kerja penterjemahan secara online. Boleh klik sini kalau betul-betul minat nak belajar.

 

Bahagian III

Bab 11 Apa Lagi Alasan Anda?
Bab 12 5 Cabaran Utama
Bab 13 5 Petanda Awal Kejayaan
Bab 14 Dengan Kebebasan Wujudnya Tanggungjawab
Bab 15 Bukan Semuanya Indah Belaka, Tapi…
Bab 16 Hidup ini Satu Pilihan

 

Setengah orang percaya, yang hidup ini terlalu singkat. Hari semalam dah pun berlalu meninggalkan kita, dan hari esok belum pasti ia akan menemui kita. Apa yang kita ada hanyalah HARI INI, yang kita sedang laluinya. Kalau hari esok tidak datang kepada kita, maka bila lagi kita nak merealisasikan impian-impian kita?

 

Bekerja makan gaji ni… satu hari nanti kita pasti akan berhenti juga. Sama ada berhenti sebab dah sampai usia persaraan, ataupun sebab nak pencen awal. Apapun, hidup ini satu pilihan. Kalau kita tak buat pilihan, maka orang lain yang akan buatkan pilihan untuk kita.

 

Baiklah, buku ini boleh dibeli secara online sama ada menerusi laman web MPHOnline. Selamat membaca 😀

 

 

Exit mobile version