Blog Sabree Hussin

Buat duit dengan Trivago beserta BUKTI

Pernah dengar nama Trivago? Saya percaya, anda pasti biasa dengar atau sekurang-kurang pernah dengar nama ini walaupun cuma sekali. Iklan dari Trivago boleh dilihat sama ada di TV, radio, media sosial dan juga Youtube.

 

Bawah ni pula adalah screenshot laman web Trivago.

 

Anda boleh klik sini untuk ke laman web Trivago.

 

Laman web ini memang nampak sangat simple. Tapi, walaupun laman web ini simple, ia sebenarnya sangat membantu kita semua, terutama sekali jika kita ingin mencari hotel dengan kadar yang paling menjimatkan dan berbaloi.

 

Bilik yang sama, ditawarkan dengan harga yang berbeza. Mengapa perlu bayar lebih sedangkan boleh dapat harga yang lebih rendah dan murah, kan.

 

Jadi, sebelum nak buat tempahan tu, bolehlah rujuk ke laman web Trivago ini dulu, dan buat perbandingan harga.

 

Baiklah, sebenarnya saya nak bagitahu yang syarikat Trivago ini sedang bermurah hati untuk berikan kita duit.

“Biar betul Trivago nak bagi duit kat kita ni?”

 

Ha… macam tak percaya pulak kan.

 

Tenang.

 

Tengok bukti kat bawah ni dulu. Ini dia bukti yang kita boleh buat duit dengan Trivago.

… dan lagi bukti.

Baiklah, berminat nak tau macam mana nak dapat pendapatan dari Trivago macam ni? Sila teruskan pembacaan.

 

 

Berapa banyak yang Trivago nak bagi?

Tak banyak. Lebih kurang 66 sen sahaja. Anda boleh lihat dan perhatikan screenshot yang saya kongsikan diatas. Jumlahnya ialah 66 sen sahaja. Walaupun 66 sen ni nampak tak begitu tinggi, tapi sebenarnya anda boleh dapat bayaran ini banyak-banyak kali.

 

Kiralah sendiri, walaupun cuma 66 sen, kalau dapat 100 kali, jumlahnya dah capai RM66. Banyak juga kan? Saya rasa, jumlah ni kalau kita kumpul-kumpul, boleh beli sebuah kereta Honda City jugak ni.

 

Apa syarat untuk dapat duit dari Trivago?

Sudah tentu ada syarat. Tak kan lah syarikat Trivago ni dengan senang-senang nak bagi duit macam tu je, tanpa mengharapkan sebarang balasan. Betul tak?

 

Syarat nak dapat duit dari Trivago ni pun bukannya susah sangat. Mudah sahaja. Anda hanya perlu jadi affiliate terlebih dahulu. Saya pernah cerita sebelum ini.

Klik untuk baca: Program Affiliate Trivago – Buat duit dalam niche Percutian dan Pelancongan

Untuk versi yang lebih ringkas, saya terangkan sekali lagi disini.

(1) Daftar sebagai affiliate Trivago menerusi laman web ini.

(2) Isikan borang pendaftaran dengan lengkap dan tunggu sehingga pendaftaran anda disahkan.

(3) Log in ke member area dan dapatkan link affiliate Trivago anda.

(4) Promosikan link affiliate Trivago anda tersebut di mana-mana platform yang anda miliki.

(5) Anda akan dibayar apabila ada pelawat internet yang klik link affiliate anda dan buat carian hotel. Pelawat ini tak perlu buat sebarang tempahan. Hanya perlu klik dan buat carian hotel.

 

Ya, itu sahaja caranya. Saya rasa, ianya tidaklah sesukar mana, dan sepatutnya semua orang yang tau macam mana nak daftar akaun emel, tau main FB, pandai main instagram sepatutnya tak ada masalah untuk join dan buat duit dengan Trivago ni.

 

Susah ke senang nak buat duit dengan Trivago?

Mula-mula memang rasa susah. Lagi-lagi bila dah banyak buat marketing, tapi nampak macam tak ada hasil. Tapi, lepas dah dapat 66 sen yang pertama, terus automatik jadi senang.

 

Waktu tu, saya rasa macam berderet income dari Trivago ni masuk, walaupun pada waktu tu saya dah kurang buat marketing.

 

Medium yang saya gunakan untuk kerja pemasaran ialah medium blog sahaja. Siapa yang tak ada blog lagi, saya syorkan anda belajar buat blog dan mulakan blog anda sendiri. Tak rugi belajar buat blog ni, sebabnya sambil belajar, sambil menulis, kita juga boleh buat duit.

 

Biarlah walau tak banyak sekalipun.

 

Yang penting, blog kita tu menjana pendapatan. Kalau dalam sebulan boleh dapat dalam RM300 – RM500 dari satu blog sahaja, ok ke tak?

 

Saya rasa, tak salah kalau saya katakan pendapatan seperti ini dah nak sama dengan hasil pendapatan daripada duit sewa rumah kalau di kampung-kampung. Bezanya ialah, nak buat blog ini tidaklah memerlukan modal yang besar seperti mana kita nak bina rumah bagi tujuan sewa.

 

Baiklah, jom daftar affiliate Trivago disini dan mula kumpul seberapa banyak duit dari Trivago yang boleh ya!

 

Exit mobile version