Blog Sabree Hussin

Blogging for a living – Grace Tan

Blogging for a living?

 

Buku ini terselit antara buku-buku dalam topik marketing atas rak di Perpustakaan Negara Malaysia. Kebetulan waktu tu, saya tak tau nak pinjam buku apa lagi. Kalau boleh, saya nak baca buku yang ringan-ringan.

 

Jadi, saya pun pilih untuk pinjam buku berjudul Blogging For A Living, yang ditulis oleh seorang penulis blog dari Singapura ini. Topik tentang blogging sememangnya sudah tak asing bagi saya. Malahan, saya dah bergelumang dalam bidang ini, sejak dari tahun 2009 lagi.

 

Tetapi, saya berpendapat, sesekali apa salahnya kita baca pendapat dan pandangan blogger lain tentang bidang ni. Mana tahu, penulis buku ini, Grace Tan, mungkin ada pandangan dan pendapat lain yang selama ni saya tak tahu.

 

Almaklumlah, setiap blogger kan ada keunikkannya.

Ada penulis blog, dia pakar dalam bab-bab motivasi. Ada yang hebat dalam bidang kecantikkan. Ada juga blogger yang power dalam bidang marketing. Mereka ni, senyap-senyap buat duit dengan blog mereka, dan tak mustahil blog mereka yang nampak biasa-biasa tu, rupa-rupanya mampu menyumbangkan income sehingga 4 – 5 angka setiap bulan.

 

Bunyi macam susah nak percaya, kan?

 

Orang yang bukan dalam bidang ni, mungkin perlukan masa untuk hadam informasi yang saya kongsikan ni. Tetapi, bagi mereka yang memang dah berada dalam bidang ini, kita melihat ianya sebagai sesuatu yang tidak mustahil.

 

Jika anda adalah seorang penulis blog, dan blog (atau blog-blog) anda gagal menyumbangkan sekurang-kurangnya RM500 setiap bulan, maka disitu ada petanda bahawa ada “kekurangan” yang perlu anda perbaiki.

 

Macam mana cara nak perbaiki?

 

Kena belajar.

Kena banyak bertanya kepada blogger lain yang dah berjaya capai kejayaan tersebut.

Kemudian, bila dah tahu, apa masalah blog kita, maka seterusnya terpulang pada kita untuk lakukan tindakan yang sewajarnya.

Yang penting, kena buat sesuatu.

 

Blogging itu seronok. Sesetengah orang, menulis blog untuk seronok-seronok. Tetapi, blogging tu akan jadi lebih menyeronokkan apabila anda tahu macam mana nak jadikan hobi ini sebagai sumber pendapatan.

 

Buku ini saya pinjam dari perpustakaan negara. Kalau anda minat nak baca buku ini, boleh juga pinjam di situ, ataupun kalau nak beli, saya ada jumpa yang versi ebook di laman web Lazada.

Anda boleh klik sini untuk muat turun versi ebook

 

Buku ini diterbitkan pada tahun 2013. Penulis buku ini, Grace Tan, juga adalah merupakan seorang blogger, dan sehingga sekarang, blog beliau masih ada dan beliau juga masih lagi aktif mengemaskini blog miliknya.

 

Kandungan buku

Opening Note – Blogging for Life: A note from a CEO who blogs 

(1) Getting Started

(2) Setting Up Your Blog

(3) How to Choose a Blogging Niche

(4) How to Write Well

(5) Living on Blogging – Is it Possible?

(6) Success and Avoiding Landmines

(7) Getting Famous

(8) Offline Success – Stepping Out into the Real World

(9) Different Ways to Monetize Your Blog in Singapore

(10) Remaining True to Yourself While Monetizing Your Blog

(11) How Companies Can Engage Bloggers for Win-Win Collaborations

(12) Embracing the Blogging Lifestyle

 

Pada dasarnya, buku ini menceritakan tentang pelbagai kaedah untuk berjaya dalam bidang penulisan blog di Singapura. Walaupun berlainan negara, sebenarnya terdapat banyak nasihat dalam buku ini yang boleh kita amalkan.

 

Buku ini, sesuai dibaca untuk mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai Lifestyle Blogger. Mereka yang suka bercerita mengenai fesyen, makanan, event, travel dan sebagainya. Kalau anda baca buku ini, mesti akan ada satu atau dua perkara yang anda dapat belajar.

 

Chapter 5 – Living on blogging – Is it possible? 

 

Tak payah susah payah nak bekerja dengan orang lain, atau bekerja untuk mana-mana syarikat. Kalau yang tengah bekerja tu, berhenti kerja sekarang dan selepas tu, fokus sahaja pada bidang penulisan blog ini.

 

Berani?

 

Itulah yang dilakukan oleh penulis buku ini. Grace Tan berhenti kerja, dan mengucapkan selamat tinggal kepada kerja yang membayar gaji yang lumayan sebab nak fokus pada bidang penulisan blog.

 

Bukan semua orang berani untuk buat keputusan yang agak gila macam ni. Melainkan kalau orang tu betul-betul yakin dan nampak masa depan yang cerah dan gilang gemilang sebagai penulis blog sahaja yang berani nak buat begini.

 

Jika anda ada strategi yang betul, ini semua tidak mustahil dan anda mungkin akan dapati, pendapatan dari blog adalah berkali ganda lebih baik berbanding pendapatan dari kerja hakiki anda.

 

Amaran: Bukan semua orang akan berjaya dalam bidang ini.

 

Chapter 9 – Different Ways to Monetize Your Blog in Singapore

Cara untuk buat duit dari blog.

 

Sebenarnya tak banyak beza dengan cara nak buat duit sebagai blogger di Malaysia. Sesetengah yang dikongsikan dalam buku ini, saya juga dah pernah cuba, dan ya, memang boleh hasilkan pendapatan.

 

Ini antara cara yang disyorkan

  1. Blog advertorial
  2. Siarkan iklan banner di sidebar, header dan mana-mana lokasi pada blog
  3. Buat hebahan berbayar tentang sebarang topik di FB/twitter/LinkedIn atau mana-mana social media
  4. Buat review berbayar
  5. Buat sesi interview berbayar
  6. Join program pengiklanan seperti Nuffnang
  7. Join dan siarkan iklan dari Google Adsense
  8. Anjurkan bengkel belajar blogging
  9. Buat kerja-kerja modelling.
  10. Jadi pengacara majlis untuk program.
  11. Join kontes.
  12. Jual hadiah yang diperolehi dari kontes yang anda menangi.
  13. Jadi penceramah jemputan dalam program yang bersesuaian.
  14. Tulis buku.

 

Ada 14 cara yang dikongsikan. Sebenarnya, ianya tidak terhad kepada 14 cara ini sahaja. In fact, ada banyak lagi cara untuk buat duit dengan blog anda.

 

Kita tak perlu nak buat semua sekali. Fokus pada satu atau dua cara sahaja sudah memadai. Selebihnya akan datang sendiri apabila sampai masanya.

 

Sebelum ni, saya cuma fokus untuk buat duit dengan Nuffnang sahaja. Kemudian, saya dapati trafik yang masuk dalam blog ini, adalah dalam kategori “buyer traffic”. Trafik jenis ini adalah terdiri daripada mereka yang berduit dan bersedia untuk buat pembelian bagi sebarang produk ataupun servis yang saya syorkan dalam blog ini.

 

Lalu saya sertai program affiliate yang bersesuaian dengan jenis trafik tersebut. Sekarang ni, pendapatan dari program affiliate yang saya terima, adalah berkali ganda lebih banyak daripada pendapatan dari program pengiklanan Nuffnang.

 

Chapter 11 – How Companies Can Engage Bloggers for Win-Win Collaborations

Tahukah anda, ada berapa ramai penulis blog di negara kita ni?

 

Ramai. Mungkin sangat ramai.

 

Ada yang memang penulis aktif. Ada yang jenis update blog seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali atau ada juga yang jenis update blog ikut mood.

 

Jumlahnya mungkin mencapai ribuan orang. Jumlah blog yang aktif mungkin tak sama dengan bilangan penulis blog, sebabnya ada penulis blog yang mempunyai lebih dari satu blog, dan kesemua blog miliknya di kemaskini secara berkala.

 

Sekarang, cuba bayangkan kalau semua penulis blog ini, masing-masing menulis artikel tentang perniagaan anda. Apa kesannya?

 

Setiap penulis blog ada pengikutnya. Sesetengahnya, ada pengikut setia.

Setiap blog, ada trafiknya sendiri.

 

Cubalah anda bayangkan, apabila semua ini, pengikut, pengikut setia, dan trafik di halakan ke laman web perniagaan anda. Pasti, anda akan menghasilkan banyak jualan! Semua ini tak mustahil untuk berlaku, apabila anda bekerjasama dengan penulis blog.

 

Namun, kerjasama tersebut mestilah dalam bentuk win win situation.

 

Membangunkan sebuah laman blog yang berjaya dan mempunyai kredibiliti, bukanlah satu tugasan yang mudah. Ramai yang “gagal” dalam usaha ini. Mereka memulakan kerjaya mereka sebagai blogger dengan semangat berkobar-kobar.

 

Apabila diuji, sama ada dengan serangan hacker, diuji dengan kesibukkan masa, akhirnya mereka mula abaikan blog masing-masing. Kesudahannya, semangat untuk jadi penulis blog yang berjaya, hanya dapat bertahan sekitar 2 – 3 tahun sahaja.

 

Selepas tu?

 

Selamat tinggal dunia blogging.

 

Jadi, sebagai pemilik perniagaan, anda perlu tahu, dengan blogger yang bagaimana yang anda sedang berurusan. Setiap blogger ada keunikkannya yang tersendiri. Sesetengah blogger, memang akan meletakkan caj yang mahal untuk servis yang ditawarkan.

 

Selalunya, servis yang premium ini akan datang bersamanya kualiti dan pengalaman dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Blogger seperti ini, memang dah faham betul dengan kerenah dan perangai pelawat blog miliknya.

 

Sebab tu, mereka boleh hidup senang walaupun cuma menggunakan blog sahaja.

 

Sebagai penulis blog juga, adakalanya anda akan menerima jemputan untuk menghadiri event atau program tertentu. Selepas acara tersebut, anda akan diminta untuk menulis tentang event yang dihadiri.

 

Apabila dah jadi penulis blog ni, kena cerdik. Bukan semua event kita perlu pergi, dan kita bukan nak buat charity setiap masa.

 

Saya ulang sekali lagi.

Bukan semua event kita perlu pergi, dan kita bukan nak buat charity setiap masa.

 

Sekali sekala, kena demand. Tak kan setiap masa nak buat kerja-kerja pro bono. Kalau begitu, lambat laun, anda juga akan rasa fed up dengan bidang ini.

 

Apapun, asalkan anda rasa jemputan tersebut boleh mewujudkan suasana menang-menang, maka tak salah untuk anda penuhi jemputan tersebut.

 

Baiklah, pada saya, buku ini memang ada kelainannya. Selama ni, saya hanya fokus dalam bidang affiliate marketing dalam penulisan blog. Bila baca perkongsian tentang buat duit dengan blogging dari sudut pandang seorang lifestyle blogger, rupa-rupanya ada banyak lagi yang saya belum habis explore.

 

Kalau anda ada peluang, bacalah buku ini. Kalau nak baca versi ebook, boleh muat turun dari link ini.

 

(sekiranya link sudah tak berfungsi, atau tidak membawa ke halaman jualan yang sepatutnya, bermakna seller sudah hentikan jualan)

 

 

Exit mobile version