Blog Sabree Hussin

Bisnes kecil-kecilan yang ada potensi BESAR sepanjang bulan puasa

Memandangkan tak lama lagi, kita akan sambut bulan puasa, maka posting saya juga akan menjurus kearah perkongsian-perkongsian tentang bulan ramadhan.

 

Ketika ada banyak bisnes yang mula slow, dek kerana bulan puasa, dan diikuti dengan perubahan mood pengguna, rupa-rupanya ada bisnes lain yang makin rancak. Bisnes ini boleh dimulakan dengan modal yang minima.

 

Maka tak hairanlah, jika setiap kali bulan ramadhan, akan ada pemilik bisnes yang menghentikan operasi, ataupun memperlahankan business activity dan mereka akan fokus pada bisnes-bisnes ini.

Mungkin sebab bisnes utama agak slow, dan jika diteruskan, ini akan menjejaskan aliran wang masuk, maka sebagai pemilik bisnes, kenalah ada back up plan.

 

Bagi orang yang tak berada dalam bidang perniagaan, atau yang bekerja sendiri, mungkin bagi mereka 30 hari bulan puasa tu tidaklah begitu lama. Namun hakikatnya, kalau kita cerita dari segi perubahan mood, bukan bulan puasa sahaja yang akan memberi impak kepada pendapatan kita, malahan ia boleh berlarutan sampai ke hari raya.

 

Kalau masa bulan puasa, income dari perniagaan merosot, pasti ini akan beri cabaran yang dahsyat untuk persiapan menyambut hari raya nanti.

 

Memandangkan bisnes ini, adalah bersifat sementara, sebagai back up untuk menampung pendapatan dari perniagaan utama, jadi saya kira ini antara yang mungkin anda boleh pertimbangkan. Buat bisnes ini dalam bulan puasa sahaja dah memadai. Nanti bila dah habis puasa, boleh kembali fokus kepada perniagaan utama.

 

(1) Bisnes menjual air balang dan minuman di bazar ramadhan

Bisnes ini menduduki carta paling tinggi, dalam posting ni. Saya berpendapat, ini adalah bisnes yang mempunyai potensi yang sangat besar untuk menghasilkan keuntungan yang lumayan.

 

Baru-baru ni, saya sempat ke pesta makanan Thailand (Thai Food Festival). Sebelum beli makanan yang dijual tu, saya pusing dulu semua gerai yang ada.

 

Pada saya, kebanyakkan makanan yang dijual tu, dari segi persembahan biasa-biasa je. Tapi, saya boleh kata, gerai yang menjual air paling terbaik!

Bila penjual air tu buat susun atur macam ni… akhirnya saya beli air dulu sebelum beli makanan. Semua air yang dijual nampak sedap dan menyelerakan.

 

Waktu ini, bukannya bulan puasa. Cuba bayangkan kalau dekat bazar nanti, ada gerai yang menjual air balang macam ni. Saya pasti, mesti akan ada ramai yang beratur nak beli air balang tu nanti.

Asalkan harganya berpatutan, persembahan dan susun atur nampak menarik, rasa air jus yang sedap, saya percaya sepanjang bulan Ramadhan tu nanti, gerai tersebut akan diserbu ramai pelanggan.

 

Saya dapati, biasanya peniaga air yang berjaya buat sales yang banyak adalah disebabkan mereka ini sudah mempunyai peminat mereka sendiri. Mereka bukanlah peniaga yang tiba-tiba muncul setahun sekali di tapak bazar dan jadi penjual air.

 

Mereka ada background sebagai seorang peniaga air sebelum ini, sama ada di pasar malam, ataupun menjual air balang di mana-mana lokasi yang difikirkan sesuai. Justeru, apabila dia mula berniaga di bazar, orang dah memang kenal dan dah tau air yang dia jual pasti sedap.

 

(2) Bisnes biskut raya dan bakeri

Memang sudah menjadi tradisi kita di Malaysia, bila hari raya, antara juadah yang akan dihidangkan kepada tetamu yang datang adalah biskut raya.

Kalau bisnes air balang yang saya kata sebelum ni, anda mungkin terpaksa berniaga setiap hari. Bila nak keluar berniaga tu pula, kenalah cari lokasi tapak yang sesuai.

 

Tetapi, kalau bisnes jual biskut raya ni, anda mungkin hanya perlu kerja dalam satu minggu sahaja. Awal-awal tu, anda kumpul order dan bila dah ada jumlah tempahan yang mencukupi, baru mula buat biskut raya.

 

Biskut raya ni pula, boleh hantar kepada pembeli sama ada melalui pos atau hantar sendiri. Cuma risiko kalau hantar melalui pos, biskut raya tu mungkin akan hancur dan jadi serbuk pulak. Anda boleh muat turun panduan ini kalau nak mulakan bisnes kuih raya.

 

Berita baiknya ialah, anda tak semestinya perlu buat sendiri biskut-biskut raya ini. Dekat luar sana, ada banyak individu yang mampu untuk buat biskut raya yang sedap-sedap, tapi tak ada masa atau tak pandai nak menjual. Kalau anda ada kebolehan menjual, atau mungkin anda ada kawan yang ramai yang mungkin minat nak beli, berpakatlah dengan individu yang pandai buat biskut tu.

 

Sama-sama buat untung dan sama-sama dapat manfaat dalam perniagaan.

 

(3) Bisnes tudung

Bisnes tudung ni, mungkin apa yang boleh saya katakan, sebenarnya adalah bisnes sepanjang tahun.

Permintaan terhadap tudung akan melonjak naik, disebabkan pada waktu ni, ramai kaum wanita yang shopping baju raya, dan setiap baju perlu dipadankan dengan tudung yang berbeza.

 

Kalau raya tahun ni, dia ada 3 pasang baju, maka dia juga akan perlukan 3 helai tudung yang berbeza. Itu sebabnya, masa bulan puasa dan bulan perayaan ni, bisnes tudung antara yang mendapat permintaan yang tinggi. Untunglah siapa yang buat bisnes tudung ni.

Kalau anda ada kawan yang berniaga di tapak bazar ramadhan, boleh temubual kawan anda tu, untuk dapatkan sedikit gambaran, berapa sebenarnya yang dia berjaya hasilkan sepanjang berniaga tu.

 

Saya ada kenalan yang jual tudung secara online sahaja. Tapi bila masuk bulan puasa, sales tudung melonjak hingga RM10 ribu dalam masa sebulan. Ada juga yang berjaya dapat belasan ribu ringgit, bergantung kepada teknik pemasaran yang dilakukan. Apa yang saya cuba sampaikan ialah, bisnes tudung ini memang antara bisnes yang ada potensi untuk buat duit yang besar.

 

(4) Bisnes pakaian hari raya

Bila sebut tentang pakaian hari raya, antara jenis-jenis busana yang menjadi pilihan adalah seperti baju kurung, baju kurung moden, baju kebaya, baju melayu, dan sebagainya. Permintaan terhadap jubah pun akan meningkat.

Berapa agaknya, untung kasar untuk setiap helai baju yang berjaya dijual? Mungkin tak kurang dari RM20, bergantung juga kepada dimana anda jual.

 

Kalau jual secara online sahaja, anda tak perlu fikir tentang sewa tapak, upah pekerja dan sebagainya. Tapi kalau jual di tapak pasar atau bazar, itu mungkin akan membuatkan margin keuntungan anda menurun sedikit.

 

Pada waktu-waktu seperti ini, akan ada banyak butik yang memerlukan ejen dropship dan juga ejen jualan. Jika peluang tersebut muncul di hadapan anda, ambillah peluang tersebut dan mulakanlah kerja-kerja pemasaran.

 

(5) Bisnes produk import dari China

China memang terkenal dengan pelbagai jenis barang-barang yang kita boleh import dengan harga yang rendah. Bisnes produk dari China sebenarnya boleh dikategorikan sebagai bisnes sepanjang tahun.

 

Namun pemilihan produk itu yang akan menentukan sama ada, anda akan berjaya raih untung besar atau sebaliknya. Memandangkan kita akan fokus kepada bulan puasa, dan sambutan hari raya, mungkin kali ini anda boleh lebihkan untuk jual barangan seperti

  1. Kerongsang
  2. Kasut
  3. Butang baju melayu
  4. Bekas untuk letak biskut raya – Benda ni antara yang paling diperlukan
  5. Beg tangan sempena raya

 

List dia memang tak akan habis. Boleh dikatakan, semuanya yang diperlukan, anda boleh perolehi dari negara China. Anda tak perlulah susah payah sampai nak travel ke negara China.

Stok produk ni boleh order secara online sahaja. Kalau anda perlukan bantuan, anda boleh muat turun dari halaman ini. Panduan lengkap dari mula sampai habis disediakan.

 

Untuk jual semula produk yang dah kita import dari China ini tidaklah begitu susah. Jual sahaja menerusi laman web Shopee. Sekarang ini, dengan Shopee, semua orang boleh jadi online seller. Ianya mesra pengguna, dan semua orang yang ada smartphone pasti boleh lakukannya.

 

Andai kata anda masih perlukan bantuan dan tunjuk ajar, boleh belajar cara berbisnes di Shopee disini.

 

Anda ada cadangan lain, untuk mulakan bisnes kecil-kecilan sempena bulan puasa nanti? Boleh kongsikan di bahagian komen ya kalau ada. Baiklah, semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

 

Exit mobile version