Blog Sabree Hussin

Belajar trade Forex dan jana pendapatan secara santai menerusi Formula Santai

Pernah tak anda terfikir untuk belajar trade Forex?

 

Kalau anda ada plan nak trade Forex tapi masih tak pandai atau masih tak tau nak belajar kat mana, saya nak kongsikan dengan anda semua tentang sebuah ebook yang saya baca baru-baru ini. Ebook tersebut diberi nama ebook Formula Santai.

Ebook ini dijual dengan harga RM79 semasa saya mendapatkan ebook ini.

 

Ya, saya tahu, bagi sesetengah orang, nilai ini mungkin sangat tinggi. Anda berkira-kira sendiri untuk keluarkan duit sebanyak ini untuk melabur bagi mendapatkan ilmu.

 

Kalaulah anda sedar, bahawa pelaburan ini adalah untuk memastikan anda dapat buat lebih banyak duit dengan Forex Trading dan dapat mengelakkan diri anda daripada rugi banyak apabila trade Forex, pasti anda tidak akan teragak-agak untuk dapatkan ebook ini.

Anda akan dapat 5 buah ebook seperti diatas.

1. Ebook Asas

2. Forex Trading with Candlestick Pattern

3. Formula Menjana Pendapatan Secara Santai Dengan Forex Trading

4. Koleksi Candlestick Pattern dan Chart Pattern

5. Steve Nison’s Profiting in Forex

 

Secara ringkas, saya akan kongsikan kepada anda, apakah dia yang terkandung dalam ebook-ebook tersebut. Saya harap, dengan review ringkas yang saya sediakan disini, dapat bantu anda buat keputusan sama ada nak dapatkan ebook ini atau tidak.

 

(1) Apa yang terkandung dalam ebook Asas Formula Santai Forex Trading?

Ya, seperti namanya, ebook ini adalah ASAS bagi pelaburan Forex. Bagi mereka yang dah biasa dengan Forex Trading, anda boleh skip ebook ini. Tak baca pun tak apa.

 

Tetapi, jika ini merupakan kali pertama anda nak belajar tentang Forex Trading, saya syorkan anda baca ebook yang ini dulu.

 

Menerusi ebook Asas Forex ini, anda akan pelajari semua perkara-perkara asas tentang Forex Trading. Anda akan jumpa istilah-istilah seperti

  1. Buy Limit
  2. Buy Stop
  3. Sell Limit
  4. Sell Stop
  5. Stop Loss
  6. Take Profit
  7. Trailing Stop Loss
  8. Candlestick dan jenis-jenisnya
  9. Support and Resistance
  10. Jenis-jenis indicator untuk Forex Trading (Moving Average, Moving Average Convergence Divergence, Bolinger Band, Relative Strength Index)

 

Bagi mereka yang memang dah berpengalaman, saya yakin anda akan rasa bab ni kacang je. Tapi kalau yang baru nak bermula, kenalah study betul-betul bab ini ya.

 

(2) Apa yang anda akan pelajari dalam ebook Forex Trading with Candlestick Pattern

Ebook ini mengandungi 49 muka surat dan ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Dalam ebook ini anda akan fokus tentang cara-cara untuk baca graf dan cara untuk mahir dengan candlestick pattern.

(3) Review ebook Utama Formula Menjana Pendapatan Secara Santai Dengan Forex Trading

Ini adalah ebook UTAMA yang anda akan perolehi apabila memuat turun Formula Santai Forex Trading. Didalamnya mengandungi 121 muka surat.

 

Anda boleh klik sini untuk download ebook ni.

 

Saya difahamkan oleh penulis ebook ini, saudara Jamal Abdullah, yang dia akan sentiasa kemaskini ebook ini dengan konten-konten terbaru dari masa ke semasa.

 

Berikut ini pula adalah isi kandungan ebook ini.

MINDSET

MATLAMAT KECIL

APA ITU FOREX

SIAPA YANG LAYAK MENJADI FOREX TRADER

SYARAT DAN MODAL UNTUK MELAKUKAN URUSNIAGA

ISTILAH-ISTILAH YANG DIGUNAKAN DALAM FOREX TRADING

FUNGSI-FUNGSI ASAS TOOLS META TRADER 4

PANDUAN MENGAWAL EMOSI

SUPPORT, RESISTANCE DAN CANDLESTICK

LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBUAT JANGKAAN

CARA-CARA MELETAKKAN TAKE PROFIT DAN STOP LOSS

TEKNIK BONUS 1

TEKNIK BONUS 2

PANDUAN MEMILIH BROKER

KENALI KETAKUTAN DIRI DAN CARA MENGATASINYA

PRINSIP YANG PERLU DIPEGANG UNTUK BERJAYA

PESANAN DAN PENUTUP

 

Lihat pada bahagian yang saya gelapkan diatas. Setelah membaca ebook ini, saya merasakan itu adalah bahagian yang PENTING dalam ebook ini.

 

Highlight beberapa bab penting

i. Berapakah modal untuk trading Forex?

Satu soalan yang agak popular dan kerap juga ditanyakan apabila nak trade Forex. Berapakah modal permulaan untuk mula trade Forex? Menurut penulis ebook ini, modal permulaan untuk trade Forex ini tak perlu banyak.

 

Jika anda hanya ada USD10 ~ USD20 juga dah boleh mula trade Forex. Walaubagaimanapun, anda perlu set matlamat yang realistik. Jika modal hanya USD10, ia mungkin akan makan masa yang panjang untuk modal tersebut berkembang menjadi ribu-ribu USD.

 

Jika modal hanya USD10, keuntungan juga hanyalah dalam nilai sen-sen sahaja. Jika anda mempunyai kemahiran trading, sama ada technical dan juga fundamental analysis, anda mungkin mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya dalam bidang ini.

 

ii. Fungsi-fungsi asas tools Meta Trader 4

Meta Trader 4 adalah platform yang akan kita gunakan bagi tujuan trade Forex. Kalau tak tau bagaimana platform ini berfungsi, maka macam mana nak trade Forex kan? Jadi dalam bab ini, anda akan pelajari bagaimana cara nak guna Meta Trader 4.

 

iii. Cara mengenal bahagian Support, Resistance dan membaca Candlestick

Bab ini pun penting. Saya percaya, mereka yang baru nak bergiat dalam trade Forex ni, mesti akan keliru dan tak berapa pandai macam mana nak tau kawasan yang mana yang boleh dijadikan support dan resistance.

 

Tak perlu risau, sebabnya dalam bab ini anda akan diberikan beberapa contoh beserta dengan latihan yang anda boleh buat sendiri bagaimana nak kenalpasti kawasan yang boleh dijadikan support dan resistance.

 

Candlestick ni ada macam-macam jenis, dan setiap candlestick itu pula ada maknanya yang tersendiri.

 

iv. Teknik Bonus 1 dan Teknik Bonus 2

Teknik ini agak teknikal. Jadi saya tak akan terangkan disini. Kalau nak terangkan juga, ianya sangat panjang. Jadi, kalau anda berminat nak belajar teknik ini, maka sebaik-baiknya anda boleh download sahaja panduan ini disini.

 

Kehidupan sebagai Forex Trader nampak begitu cool dan HEBAT

Itu first impression saya terhadap mereka yang berkecimpung dalam Forex Trading. Mereka hanya perlu buat kerja depan laptop masing-masing.

 

Buat analisis dari graf dan seterusnya setting itu ini, kenalpasti support dan resistance, pasang indicator dan selepas itu buat untung, terutama sekali apabila setting tersebut mengena jangkaan.

 

Hebat, kan?

 

Bukan semua orang sesuai menjadi seorang Forex Trader

Saya terpaksa “spoil” mood anda sikit. Hakikatnya, bukan semua orang sesuai jadi Forex Trader.

 

Walaupun kehidupan sebagai seorang Forex Trader dianggap sebagai kehidupan yang ideal, dimana anda hanya perlu bekerja depan laptop, hanya perlu buat kerja lebih kurang 1 – 3 jam sahaja sehari, namun bukan semua orang sesuai untuk jadi Forex Trader.

 

(1) Untuk jadi Forex Trader perlu minat yang mendalam

Macam mana kita nak tau sama ada kita betul-betul minat dengan Forex Trading ni? Ada beberapa cara. Pertama, anda sanggup belajar dan tekun.

 

Bukan senang nak belajar Forex. Ada banyak perkara yang anda perlu tahu. Anda perlu tahu bagaimana nak guna technical analysis dan bila masa nak guna fundamental analysis.

 

(2) Orang yang terdesak perlu duit memang tak sesuai buat benda ni

(3) Mereka yang menganggap Forex Trading adalah jalan pintas untuk jadi kaya. Anda dah silap besar. Ada je yang rugi apabila trade Forex.

(4) Mereka yang menganggap buat duit dengan Forex ni SENANG. Belajarlah dulu kemudian anda tentukan sendiri sama ada ia senang atau susah nak trade Forex ye.

(5) Mereka yang langsung tak nak rugi walaupun sedikit. Memanglah semua orang tak nak rugi, tapi dalam forex trading kita pasti akan alami kerugian, walaupun sedikit.

 

(4) Ebook Koleksi Candlestick Pattern dan Chart Pattern

Dalam ebook tambahan ini, anda akan lihat macam-macam jenis candlestick. Ebook ini sesuai dijadikan rujukan bagi mereka yang nak mahirkan lagi topik mengenai candlestick.

 

(5) Ebook tambahan Steve Nison’s Profiting in Forex

Penulis asal ebook ini bernama Steve Nison. Kandungan ebook ini adalah lanjutan penerangan tentang candlestick.

 

Mereka yang nak belajar dengan lebih mendalam tentang candlestick memang digalakkan untuk baca ebook ini.

 

Info tambahan

Saya ikuti emel-emel promosi yang dihantar oleh saudara Jamal Abdullah. Untuk pengetahuan anda, ada ketikanya, penulis ebook ini juga membuka tawaran program Auto Trade. Apa maksud program Auto Trade ni? 

 

Dalam program ini, penulis akan bantu setting untuk anda. Anda sediakan modal, dan penulis akan buat trading bagi pihak anda.

 

Untuk program ini, sebaik-baiknya anda bincang dulu dengan penulis dan ketahui juga apa risiko-risiko yang bakal anda hadapi. Kena ingat, ini adalah pelaburan, maka ada kemungkinan pelaburan anda akan untung, dan ada juga kebarangkalian akan rugi.

 

Apa pun, jika anda nak cuba program Auto Trade ini, bolehlah bincang dulu dengan penulis ebook ini. Saya pun tak pasti, sama ada program ini masih lagi ditawarkan atau tidak. Saya berpendapat, adalah lebih baik anda trade sendiri. Dapatkan ebook ini dan jika anda masih tak pandai, boleh hubungi penulis untuk perbincangan lanjut.

 

Alright, selamat belajar trade Forex!

 

 

 

 

 

Exit mobile version