Blog Sabree Hussin

Belajar teknik penulisan iklan gaya pengamal bisnes MLM

Perniagaan yang berbeza, memerlukan lenggok dan bahasa iklan yang berbeza. Sebabnya iklan tersebut juga ditujukan kepada kelompok dan golongan sasaran yang berbeza juga.

 

Begitu juga halnya dengan iklan untuk memperkenal dan mempromosikan peluang bisnes MLM. Untuk orang yang tak suka MLM, mereka pasti akan rasa BENCI dan menyampah bila baca ayat-ayat iklan yang mempromosikan program tersebut.

 

Pernahkah anda terfikir, hanya kerana anda bencikan MLM, adakah semua orang juga akan benci kepada MLM? Jawapannya ialah, belum tentu lagi.

Saya terbaca satu iklan yang mempromosikan program MLM. Ayatnya adalah seperti berikut

Bersama kami, usaha anda pasti cukup-cukup minimum. Sebab apa?

 

Sebabnya

(1) Tak perlu risau macam mana nak pasarkan produk jualan.

(2) Tak perlu risau tiada bimbingan/ panduan

(3) Tak perlu risau tiada masa untuk berniaga

(4) Tak perlu risau tiada kemahiran tarik pelanggan

(5) Tak perlu risau stok produk tak terjual

 

Bukan itu sahaja, anda BERPOTENSI JANA PENDAPATAN yang LUMAYAN secara MINGGUAN dan juga BULANAN! Dan tolong bagi peluang kedua untuk diri anda untuk kecapi segala impian yang mungkin anda impikan 5 tahun atau 10 tahun dulu!

 

Membaca iklan seperti ini, akan menimbulkan lebih banyak pertanyaan pada si pembaca. Betul ke tak perlu risau semua-semua perkara ni? Maka si pembaca yang curious itu pun terus menghubungi si empunya iklan tersebut…

 

Aha… step pertama telah berjaya.

 

(1) Iklan yang bagus akan membuatkan prospek bertindak untuk tanya soalan kepada pemilik iklan

Bila kali terakhir anda menulis iklan yang berjaya mendapat feedback dari golongan sasaran? Sesetengah orang langsung tak ambik kisah dengan hal ini sewaktu beriklan sama ada di media sosial atau di mana-mana platform iklan yang dipilih.

 

Pada dia, lagi banyak iklan lagi bagus. Sebenarnya kita tak perlukan iklan yang banyak. Cukup dengan memiliki satu atau dua iklan yang benar-benar berkualiti itu sudah memadai.

 

Tindakan yang saya maksudkan ini adalah seperti

(i) Menghubungi anda sama ada menerusi emel/ FB Messenger/ whats app/ call dan sebagainya

(ii) Sekurang-kurangnya menekan butang like atau komen jika disediakan ruang untuk berbuat demikian

(iii) Golongan sasaran terus membuat pembelian tanpa bertanya sebarang soalan kepada anda

 

Sudah tentu, kita mahukan setiap iklan yang kita hasilkan menghasilkan result seperti di nombor (iii) iaitu prospek terus membuat pembelian. Walaupun tidak mustahil untuk ia berlaku, namun realitinya ia jarang-jarang terjadi.

 

(2) Iklan yang bagus akan bermain dengan sudut emosi dan bukannya logik semata

Adakah iklan yang kita hasilkan itu berjaya untuk membangkitkan semula kenangan lama yang pernah dirasai oleh prospek?

 

Mungkin sebelum ini, prospek kita tu pernah memasang niat untuk melakukan sesuatu, namun atas sebab-sebab tertentu, (yang biasanya disebabkan oleh isu duit) ianya tak dapat dilakukan hingga terpaksa dilupakan.

 

Mesti ada sesuatu perkataan atau peristiwa atau situasi yang kita boleh jadikan trigger untuk buat prospek kita teringat semula impian masa lalu yang masih belum tercapai.

 

(3) Iklan yang bagus akan menawarkan sesuatu yang memang diidam-idamkan oleh golongan sasaran

Setiap orang pasti menginginkan sesuatu. PASTI.

 

Jika mempunyai lebih banyak duit bukannya motivasi utama, pasti ianya adalah sesuatu yang boleh dibeli atau diperolehi apabila seseorang itu mempunyai lebih banyak duit. Apa dia?

 

(4) Iklan yang bagus berupaya memberikan jaminan ketenangan minda kepada kelompok sasaran

Satu-satunya produk yang saya tahu, yang menggunakan konsep ketenangan minda apabila dipasarkan ialah produk berkaitan dengan insurans dan takaful.

 

Dengan mengambil pelan sekian dan sekian, pemegang polisi dah tak perlu risau tentang perkara-perkara buruk tertentu yang mungkin akan berlaku tanpa diduga. Sebabnya semuanya akan di cover oleh perlindungan insurans.

 

Menerapkan konsep ketenangan minda apabila menjadi pengguna produk kita juga adalah salah satu cara untuk memujuk prospek bagi bertindak. Apa agaknya perkara yang tak perlu lagi dirisaukan oleh prospek apabila dah menjadi pengguna produk kita?

 

(5) Iklan yang bagus dapat menerangkan sesuatu proses yang SUSAH jadi nampak begitu mudah

Ini juga bermakna, akan ada banyak proses yang akan di ringkaskan sampai satu tahap, ia menjadi “over simplified” hingga ada beberapa pihak salah tanggapan dengan menyangka proses untuk buat duit sebenarnya sangatlah mudah.

 

Sesetengah orang join MLM kerana menyangka mereka boleh dapat wang mudah dari program seumpama ini. Sudah tentu ianya adalah kefahaman yang tidak tepat dan silap sama sekali.

 

.

..

Sebenarnya terdapat satu atau dua perkara yang kita dapat belajar daripada pengamal bisnes MLM. Kita mungkin tak suka dengan apa yang kita bakal belajar, kita juga mungkin tak akan guna atau praktik apa yang kita baru belajar, namun ilmu tetap ilmu. Ia tetap mempunyai nilai kepada individu yang mengaplikasikannya dalam kehidupan.

 

Jom lihat pada item nombor (1) hingga (4) dalam sampel iklan yang saya berikan diatas. Iaitu

(1) Tak perlu risau macam mana nak pasarkan produk jualan.

(2) Tak perlu risau tiada bimbingan/ panduan

(3) Tak perlu risau tiada masa untuk berniaga

(4) Tak perlu risau tiada kemahiran tarik pelanggan

 

Sebenarnya pada hari ini, memang tak mustahil untuk memulakan perniagaan yang tak perlu risau semua tu. Persoalannya ialah, adakah anda mempunyai bajet atau modal yang sanggup dibelanjakan bagi tujuan tersebut?

Anda tak tau macam mana nak pasarkan sesuatu barangan? Mudah sahaja. Outsource sahaja kerja-kerja pemasaran tersebut kepada orang yang tau.

 

Anda risau tiada bimbingan/ panduan untuk berjaya dalam bisnes yang bakal diceburi? Tak ada masalah. Anda tak perlu belajar pun. Jimatkan sahaja masa anda dengan melakukan outsourcing setiap aspek yang anda kurang mahir.

 

Anda risau tiada masa untuk berniaga? Jawapannya masih lagi outsource.

 

Anda risau tiada kemahiran untuk menarik perhatian pelanggan? Ya, jawapannya juga adalah outsource.

 

Apa-apa sahaja perniagaan, yang anda ingin mulakan atau yang anda sedang jalankan, anda sebenarnya boleh outsource banyak perkara jika anda tak mahir atau tidak mempunyai masa untuk lakukan perkara-perkara tersebut.

Baca juga topik ini: 7 Tugasan yang anda boleh outsource untuk mengembangkan perniagaan anda

 

Tak semestinya perlu bergantung kepada sistem bisnes MLM semata-mata. Anda sebenarnya boleh outsource beberapa perkara kepada saya jika anda berminat. Anda boleh rujuk ke halaman ini sekiranya berminat untuk oursource sebahagian kerja-kerja pemasaran kepada saya.

 

Ya memang betul, dengan sistem MLM kita boleh leverage usaha pemasaran dari downline dan juga upline kita. Tapi kita sedia maklum, bukan semua orang mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk berjaya seperti kita.

 

Sekadar mengharap pada usaha pemasaran yang dilakukan oleh downline, itu bukanlah cara berbisnes yang terbaik. Lagipun, kita bukannya boleh paksa orang lain untuk bekerja bagi pihak kita, melainkan anda membayar upah seseorang itu untuk melakukan sesuatu tugasan bagi pihak anda.

 

 

Exit mobile version