Blog Sabree Hussin

Bagaimana menyusun strategi pemasaran BERKESAN di facebook?

“Saya ada fanpage, macam mana saya nak buat duit dengan fanpage yang saya ada ni?”

“Kalau nak buat duit dengan dengan Facebook ni macam mana ya?”

“Kenapa tak ada siapa yang like, share atau comment post yang saya buat di fanpage?”

 

Tiga ini adalah contoh soalan TIDAK BERKUALITI yang kerap saya terima. Ibarat seorang pengembara yang TOTAL LOST ditengah padang pasir. Mereka ingin cari jalan keluar, tetapi mereka sendiri tak tau ke mana arah tujuannya.

Tiba-tiba, mereka terjumpa seseorang (saya la tu) ditengah lautan manusia. Lalu segera pengembara ini tanyakan soalan yang bersifat random (rawak) dan mengharapkan saya terus mengerti apa yang dia mahukan. Lagi celaka, mereka mengharapkan saya FAHAM satu per satu apa yang mereka maksudkan seolah-olah saya ada keramat yang bisa membaca hati setiap insan.

.

..

Apa yang susah sangat dengan buat pemasaran di Facebook sampaikan ramai sangat yang blur blur semacam ni?

Menerusi facebook, anda boleh buat pemasaran sama ada dengan kos ataupun tanpa kos. Kalau tanpa kos adalah seperti buat marketing di fanpage, personal page ataupun di FB Group.

Manakala kaedah pemasaran berbayar adalah apabila anda menggunakan fungsi Facebook Ads untuk tujuan menarik perhatian lebih ramai pengguna facebook melihat dan membaca ayat-ayat pemasaran atau iklan anda. Itu sahaja. Simple, bukan?

.

..

Gunakanlah LOGIC ketika buat pemasaran

Kena FIKIR sebelum nak buat apa-apa.

“Kalau aku buat macam ni, apa agak-agaknya respons dan pandangan prospek aku nanti…”

“Kalau aku tulis ayat macam ni, adakah orang yang baca akan faham apa yang aku sampaikan.”

“Kalau aku tak suruh pembaca call atau whatsapp aku, agak-agak diorang ni akan whatsapp aku ke tak nanti?

 

Anda rasa macam BASIC sangat benda-benda yang saya tulis ni?

Ya.

Hakikatnya, benda-benda yang ASAS seperti inilah yang ramai orang buat-buat tak tau.

Adakah anda sebenarnya mengharapkan keajaiban, mungkin?

.

..

Tolong… post saya di fanpage langsung tak ada yang nak like!!

Apa ada hal kalau setakat tak ada orang nak like, komen, share bagai. Saya sendiri pun selalu syok sendiri bila buat marketing kat FB.

In fact, saya ada satu page yang jumlah likers lebih kurang 4,000++ tetapi tak ada satu pun yang sudi nak likes apa yang saya tulis.

Ini buktinya

 

Kalau saya nak dapatkan likes, pertama sekali saya kena pastikan reached pada post ini cukup tinggi. Macam sekarang ni, post ini hanya dapat dilihat oleh 54 orang sahaja. Dari segi kuantiti memang tak cukup.

Macam mana nak bagi lagi ramai orang dapat lihat post ni?

Tekan je la kat butang Boost Post tu.

Kena bayar. Hasilnya, lebih ramai orang akan lihat post yang dihasilkan, dan kesannya? Mungkin akan ada yang likes, dan mungkin juga tetap sama, iaitu tak ada siapa yang nak like. Facebook memang “kejam” sekarang ni. Tak seperti dulu… kalau dulu, senang-senang reach tu boleh capai sehingga 300 – 500 views, tapi sekarang tidak lagi.

Dan sebab itu jugalah saya lebih gemar kongsikan link ke blog saya sahaja apabila buat status update di page tersebut.

Bila orang klik, besar kemungkinan pelawat itu tadi akan

1. Join mailing list saya

2. Klik pada iklan yang saya siarkan di blog ni

3. Klik pada link affiliate saya dan buat pembelian (saya dapat komisyen)

4. Terus beli produk yang saya jual

5. Dapatkan servis penulisan dan review dari saya

.

..

Yang penting, ANDA WAJIB TAHU apa yang anda buat

Setiap apa yang dibuat, kenalah ada sistem. Kena ada perancangan.

Macam post yang saya buat di Facebook tu. Memang tak ada sebarang likes, share dan komen. Sebabnya, memang bukan itu tujuan saya post di situ.

Saya hanya berminat nak bina backlink, itu sahaja. Oh by the way, kalau anda berminat nak baca, post tersebut adalah tentang bagaimana nak buat duit di Fiverr. Boleh klik sini jika anda berminat nak tahu.

 

Persoalan tentang Facebook Ads

1. Bila masa yang sesuai nak gunakan kaedah pengiklanan berbayar di Facebook?

2. Patutkah anda guna iklan CPM atau CPC?

3. Berapa bajet yang perlu diletakkan untuk beriklan di FB?

 

Ada banyak lagi soalan.

Jawapannya? TERPULANG.

Buatlah apa pun yang anda nak buat, dengan syarat, anda tahu apa yang anda sedang lakukan.

Anda yang sibuk-sibuk nak pakai FB Ads ni… dah tau ke apa tujuan sebenar anda buat iklan tu?

Adakah semata-mata untuk tarik likes? Nak buat sales terus? Ataupun nak dapatkan potential buyer supaya optin dalam laman landing page anda?

Pening?

.

..

Sebab tu lah kena belajar yang asas.

Ilmu anda ditahap tadika, tapi anda sibuk nak tanya topik dan silibus yang budak Universiti tengah belajar. Memanglah anda akan rasa blur. Cuba belajar sikit-sikit.

… dan kalau boleh tu, buatlah research dan pembacaan sendiri.

Ada ketikanya, saya akan kongsikan apa yang saya tahu dalam blog ni. Pandai-pandailah anda korek dibahagian arkib blog ini untuk baca penulisan-penulisan saya yang terdahulu. Mungkin, soalan yang anda rasa susah sangat tu… rupa-rupanya saya dah pun jawab. Buang masa je anda mesej, emel mahupun whatsapp saya.

Saya ni pulak… adakalanya memang MALAS nak jawab soalan yang jawapannya memang saya dah kongsikan dalam blog ni.

Untuk soalan yang saya dah jawab dalam ebook yang saya tulis, pun saya malas nak jawab jugak. Bahan rujukan dan pembacaan memang dah ada. Tinggal nak baca. Itu pun tak boleh nak ikut?

 

 

Exit mobile version