Blog Sabree Hussin

Bagaimana Memilih Produk Yang CONFIRM Laku di Ashadee?

Sebenarnya, buat duit dengan Ashadee sangatlah MUDAH. Tak percaya? Biar saya terangkan step by step untuk buat duit dengan platform affiliate network ini.

1) Mula-mula sekali anda perlu layari laman web Ashadee (dulu dikenali dengan nama Jomniaga) dan jika ini adalah kali pertama anda layari laman web ini, bermakna anda perlu daftar untuk dapatkan akaun affiliate anda.

2) Langkah seterusnya, anda log in ke ruangan member dan mula pilih produk yang anda mahu promosikan.

Kalau anda lihat pada screenshot diatas, diruangan kotak berwarna biru, anda boleh pilih produk yang sedang hot (top offers), produk yang baru dilancarkan (new offers) atau anda boleh browse semua produk yang tersenarai di laman web ini.

Seterusnya anda pilih produk yang anda ingin promosikan.

3) Dapatkan link affiliate dan mulakanlah buat promosi!

4) Cukup masa, bila dah ada sales dan anda pun dah berjaya dapat komisyen, pihak Ashadee akan terus bank in komisyen anda ke akaun bank pilihan anda.

Saya yakin, ramai yang dah ikut step by step yang saya nyatakan.

Namun, tak semua orang berjaya untuk dapatkan sales daripada program affiliate Ashadee. Ada masa anda dapat sale, ada masanya, satu sales pun tak masuk-masuk, sedangkan dah berlalu lebih daripada satu minggu.

Macam mana kita nak tahu sama ada sesuatu produk yang disenaraikan di laman web Ashadee akan laku atau tidak?

Kan bagus kalau kita boleh tahu, produk yang mana satu yang gerenti laku dan yang senang nak dapat sales.

Bila kita dah tahu produk yang mana satu, yang confirm laku, kita cuma perlu pilih produk tu sahaja, dan tanpa perlu bersusah payah, sales akan terus masuk dan terus masuk tanpa boleh dibendung lagi.

… ah betapa nikmatnya dunia.

Jadi, inilah fokus artikel kali ini. In Shaa Allah, kali ini saya akan kongsikan pada anda sedikit idea, hasil daripada kajian, pengalaman dan pembacaan saya sebagai seorang affiliate hunter.

Bila kita join affiliate, dah tentu kita mahukan terjadinya sales atas hasil usaha keras kita. Pada masa yang sama, kita tak mahu tersalah pilih produk yang memakan masa terlalu lama untuk menampakkan hasilnya setelah kita buat promosi.

Macam biasa, artikel ini mungkin akan jadi panjang… So, kalau anda tak mampu nak baca one shot, anda boleh bookmark artikel ini untuk anda sambung baca nanti ya.

 

7 tips bagaimana memilih produk yang menguntungkan dan mudah dipromosikan di Ashadee

Tips pertama: Jangan pilih produk

Ya.

Anda tak salah baca. Kalau nak buat duit dengan Ashadee, jangan pilih produk.

Jika tak pilih produk, anda patut pilih apa?

Produk di Ashadee sentiasa datang dan pergi.

Ada beberapa produk favorite saya yang dijual di Ashadee satu masa dulu dah dihentikan jualannya.

Pada satu masa dulu, memandangkan saya terlalu fokus untuk cari produk yang laku keras, maka kesannya sekarang ni ialah apabila produk tersebut dah dihentikan jualannya… maka income saya dari Ashadee turut berhenti terus.

Sebelum anda mula pilih produk, sebaik-baiknya anda pilih niche.

Bagaimana memilih niche? Ada idea?

Cadangan saya, anda layari laman web ezinearticles.com

Lihat bahagian Articles Categories yang terdapat pada laman web tersebut, dan anda akan dapati senarai seperti berikut

Setiap category akan ada sub-category. Katakanlah anda memilih kategori “Internet and Business Online”. Dibawah kategori tersebut terdapat banyak lagi sub category iaitu

1. Blogging

2. Ebook

3. Video marketing

4. SEO

5. List building

6. Web building

… dan macam-macam lagi.

Category yang saya bincangkan diatas, itulah yang akan jadi niche anda. Sebelum anda terus skip kepada step untuk memilih produk, ada baiknya anda luangkan masa untuk pilih niche terlebih dahulu.

Setelah anda kenalpasti niche yang berkenan dihati anda, barulah anda pilih produk yang berkaitan, dan relevan dengan niche pilihan anda.

Sebenarnya, ada sebab kenapa anda patut pilih niche terlebih dahulu, kerana dari sini anda akan dapat tahu sama ada

1. Sesuatu niche itu menguntungkan?

2. Adakah niche tersebut mempunyai crowd yang ramai?

3. Adakah tinggi persaingan dalam sesuatu niche?

4. Adakah mudah untuk buat duit dalam niche tertentu?

5. Wujudkah individu yang berbelanja dalam niche tersebut?

 

Tips kedua: Fahami kehendak dan keperluan target market

Setiap pasaran adalah terbina daripada individu dan manusia biasa.

Oleh sebab itu, anda juga perlu memahami siapa bakal pelanggan anda.

1. Adakah mereka mempunyai kuasa membeli?

2. Adakah mereka mempunyai matlamat tertentu yang boleh dicapai dengan bantuan produk yang anda promosikan?

3. Apa sebenarnya yang mereka cari?

 

Tips ketiga: Pilih produk terbaik (best selling)

Laman web Ashadee turut menyediakan statistik senarai produk yang mencatatkan jualan tertinggi sepanjang 7 hari ke belakang.

Ia disusun mengikut kiraan EPC atau dikenali juga sebagai Earning Per Hundred Click. Singkatan sebagai EPC.

Lebih tinggi EPC bermakna, untuk satu-satu masa tertentu, produk tersebut mencatatkan jualan yang tinggi.

Selalunya, produk yang mempunyai nilai EPC yang tinggi turut mempunyai persaingan yang agak tinggi juga.

Sebagai alternatif, anda boleh pilih produk yang mempunyai nilai EPC yang rendah, ataupun nilai EPC 0.00

Anda mungkin tak perlu bersaing dengan lain-lain affiliate untuk mempromosikan produk tersebut.

 

Tips keempat: Produk yang berkaitan

Sebenarnya, dalam laman web Ashadee ni, terdapat beberapa produk yang hampir sama atau berkaitan antara satu sama lain.

Itulah kelebihannya jika anda memilih niche, dan bukannya terus fokus pada satu-satu produk tertentu.

Contohnya, untuk produk yang hampir sama, anda boleh promosikan produk tersebut sebagai alternatif antara satu sama lain, dan jika produk pertama kurang memberangsangkan, anda masih lagi berpeluang untuk dapat sales bagi produk kedua.

Selain tu, tak semua produk yang dijual adalah produk yang benar-benar lengkap. Anda mungkin boleh mempromosikan produk lain, yang turut dijual di Ashadee sebagai pelengkap kepada produk tersebut.

 

Tips kelima: Laman jualan yang persuasif

Bahagian ini mungkin agak subjektif bagi sesetengah orang. Bukan semua laman jualan dilengkapi dengan sistem dan tools yang benar-benar menggalakkan berlakunya jualan.

Anda sendiri boleh nilaikan sama ada

1. Copywriting dan ayat jualan yang digunakan sama ada menarik minat pembaca untuk membuat pembelian atau tidak?

2. Design laman web termasuk header, footer, ecover dan sebagainya. Adakah ia menarik?

3. Adakah laman jualan dilengkapi dengan borang opt in yang mana tujuaannya untuk follow up prospek supaya membuat pembelian.

4. Ada pop up?

5. Susun atur laman web yang menarik termasuk penggunaan font, warna, spacing dan sebagainya

6. Ada exit popup sebelum prospek keluar dari laman web

Bagi saya, laman jualan yang mengandungi ciri-ciri yang saya nyatakan mempunyai kebarangkalian untuk memperoleh jualan berbanding laman web yang tak ada ciri-ciri tu semua.

Apa pun ianya adalah subjektif.

 

Tips keenam: Produk menawarkan komsiyen affiliate yang tinggi

Berapa tinggi?

At least RM20.

 

Tips ketujuh: Beli, TEST, dan lihat hasilnya

Adakalanya kita sendiri tak akan tahu sama ada sesuatu produk tu berguna atau tidak. Sebagai contoh, salah satu produk yang saya promosikan di Ashadee ialah produk membina laman landing page menggunakan platform percuma daripada blogspot. Produk bernama BS2MS.

Selagi saya sendiri tak pernah beli, dan tak pernah cuba, saya tak akan tahu sama ada produk tersebut betul-betul berguna dan memberi impak kepada bakal pembeli.

… dan bila saya dah beli, dan saya sendiri dah gunakan produk tersebut, inilah hasilnya.

Laman web: Soal Jawab Pemasaran Blog

Kebiasaannya, bagi produk yang memang saya dah pernah beli, kebarangkalian untuk saya berjaya dapat sales juga lagi tinggi berbanding produk yang saya tak pernah beli.

Sebabnya, produk yang saya sendiri beli, dan yang saya sendiri gunakan lagi mudah untuk saya kongsikan apa kelebihan dan kelemahannya berbanding produk yang saya sendiri tak tau apa kekuataannya.

Baiklah, semoga perkongsian ringkas ini dapat beri anda idea, macam mana nak buat duit dengan Ashadee lepas ni ya.

Sekiranya anda memerlukan rujukan yang lebih mendalam tentang pemasaran affiliate, apa kata anda muat turun panduan yang saya namakan Jurnal Pemasaran Affiliate ini.

 

 

Exit mobile version