Blog Sabree Hussin

7 Masalah Lazim Buat Penggiat Bisnes Tone Excel

Ada masanya, kita akan rasa DOWN dengan bisnes kita sendiri. Lebih-lebih lagi apabila setiap apa yang kita rancangkan seolah-olah tak mendatangkan hasil seperti yang kita harap-harapkan.

Lagi FRUST bila kita dah keluar banyak modal dalam bentuk wang ringgit untuk tujuan promosi dan tak kurang juga dari segi usaha, masa dan tenaga… tetapi hasilnya masih lagi tak kelihatan.

Saya sendiri pun akan rasa kecewa. Saya pun manusia biasa ma… Jadi kat bawah ini adalah antara intipati perbualan yang terjadi antara saya dan juga mentor bisnes saya. Mungkin ada satu atau dua point yang bermanfaat untuk anda.

Masalah 1: Prospek tak MINAT join Bisnes Tone Excel Sebab __.

Kalau anda serius dalam bisnes Tone Excel, anda akan temui bermacam ragam propek yang menolak untuk jadi pengguna sim kad Tone Excel dan sertai peluang perniagaan ini. Macam-macam alasan yang anda bakal dengar, antaranya

1. Harga simkad terlalu MAHAL

2. Caj penggunaan terlalu tinggi kalau nak banding dengan Telco X

3. Tak suka dengan konsep bisnes yang ada iras-iras MLM

Hakikatnya, bukan bisnes Tone Excel sahaja yang berdepan dengan penolakkan. Malahan, SEMUA bisnes pasti ada penolakkan.

Jurujual insurans juga berdepan dengan prospek yang menolak untuk beli polisi insurans mereka. Jurujual kereta turut berdepan dengan prospek yang tak mahu beli kereta dari mereka.

Pendek kata, selagi mana anda berkecimpung dalam bidang jualan, penolakkan atau rejection itu adalah perkara normal.

Tak ada bisnes yang SEMPURNA 100% dan tak ada bisnes yang KALIS rejection.

Kalau anda mencari bisnes yang tak akan kena reject, apa kata anda cuba bukak petrol pump Petronas. Itupun kalau anda memang ada modal yang besar.

Jual produk yang mahal SAMA susahnya dengan jual produk yang murah

Ini pengajaran yang saya dapati semasa saya aktif dalam bisnes dropship satu ketika dulu. Waktu tu, saya memang ada list nama senarai supplier yang mampu untuk beri harga SUPER MURAH berbanding harga pasaran.

Saya pernah buat eksperimen dengan menawarkan harga yang lagi MAHAL dari harga pasaran.

Saya pernah buat eksperimen dengan menawarkan harga yang SAMA dengan harga pasaran.

Saya juga pernah buat eksperimen dengan menawarkan harga yang lagi MURAH berbanding harga pasaran.

Hasilnya?

Bila saya jual dengan harga lagi tinggi atau setidak-tidaknya ikut harga pasaran, saya tak perlu jual dalam kuantiti yang banyak untuk dapat untung yang tinggi.

Berbanding dengan bila jual murah. Saya terpaksa jual extra dua unit sekurang-kurangnya barulah nampak untung dan puas hati dengan hasil penat lelah buat promosi.

“Buat apa la ko jual sim kad mahal ni. Harga sekeping RM90, harga cekik darah siapa yang nak beli? Ingat semua orang sanggup nak keluar duit mahal-mahal beli simkad tu ke?”

“Baik ko join bisnes aku, satu simkad baru RM10, lagi senang nak jual and lagi senang nak dapat customer…”

Ya, Mungkin simkad RM10 tu lagi senang nak jual, sebab ia lagi MURAH. Tapi macam mana pula dari segi pulangan ke atas diri kita selaku penjual? Adakah setimpal dengan usaha penat lelah kita.

Kemudian, berapa keping pulak jumlah minima yang perlu kita jual untuk dapat komisyen yang lumayan dan konsisten? Saya tinggalkan anda dengan persoalan ini. Kalau anda ada jawapan, boleh kongsikan di bahagian komen.

Masalah 2: Tawaran syarikat X sangat mengiurkan dan saya cadang nak jumping atau at least nak buat dua-dua serentak. Bagus tak idea ni?

Adakah anda faham maksud FOCUS?

F – Follow

O – One

C – Course/ Commitment

U – Until

S- Success

Biasanya sebelum saya join mana-mana syarikat yang berkonsepkan network marketing, saya akan lihat terlebih dahulu sama ada wujud atau tidak success story dalam perniagaan tersebut.

Contohnya, dalam Tone Excel, kita ada individu yang memang dah berjaya seperti Mazelan Abas, Hamka, Kak Jah dan sebagainya. Dari mereka kita boleh belajar banyak perkara, jika kita memiliki hasrat dan keinginan nak berjaya sama macam mereka.

Adakah mereka jumping company? Dari satu bisnes ke satu bisnes, atau adakah mereka buat banyak-banyak bisnes dalam satu-satu masa? Bagaimana pula cara mereka urus tadbir perniagaan mereka?

Belajarlah dari mereka yang dah berjaya. Bukannya belajar dari mereka yang sibuk melepak kat kaki lima.

Nak buat duit dengan bisnes Tone Excel.

Ini yang menjadi idaman dan keinginan bagi setiap yang join bisnes ni. Saya tak pernah lagi jumpa, orang yang join bisnes ni bukan sebab nak buat duit. Memang tak ada.

Tetapi sayangnya masih ramai yang sangka mereka boleh buat duit dalam masa yang singkat apabila sertai bisnes ni.

Tindakan mereka untuk join bisnes ni dah BETUL dan TEPAT. Lalu mereka promosi di FB, Twitter, Instagram, blog dan sebagainya. Pendek kata, selagi boleh buat promosi, mereka akan buat.

Beberapa minggu pun berlalu dan akhirnya mereka masih GAGAL buat sebarang sales.

Kecewa… Putus asa, lantas mereka mengatakan yang bisnes Tone Excel bukan untuk mereka. Mereka tak akan berjaya dalam bisnes ni dan mereka sangka jual simkad murah lagi senang berbanding jual simkad Tone Excel.

Apa yang kebanyakkan orang lupa nak buat ialah untuk lakukan promosi ataupun pemasaran dengan cara yang betul…

Sebenarnya apa yang betul-betul anda perlukan bukanlah jual produk murah, tetapi anda perlukan ilmu pemasaran yang betul.

Di saat anda mengadu dan merengek sambil mengatakan simkad ini susah nak jual, orang lain pula sibuk beri fokus dan tumpukan kekuatan yang ada untuk menjual lagi banyak sim kad ni.

Nampak tak apa masalahnya kat situ?

Belajarlah cara buat marketing daripada guru yang betul. Bila anda dah FAHAM marketing, In Shaa Allah jual apa barang sekalipun mesti boleh laku.

Ataupun setidak-tidaknya, anda perbanyakkan bacaan dalam topik network marketing

Masalah 3: Anda tak tau kenapa orang BELI?

Setiap produk yang diperkenalkan pasti ada pasaran tertentu. Sebagai contoh, produk ZZZ adalah untuk pengguna yang berpendapatan RM3,000 dan keatas.

Anda nak buat marketing ni pun… patut-patutlah. Bukan semua orang sesuai nak jadi pengguna sim kad Tone Excel. Penolakkan biasanya akan berlaku apabila anda cuba menjual simkad Tone Excel ini kepada golongan sasaran yang SALAH.

Jangan jual kat orang yang nak MURAH sebaliknya jual kepada orang yang nak TAMBAH PENDAPATAN dan sanggup bayar lebih untuk menikmati lebih banyak kelebihan.

Ingat! Kita bukan sahaja menjual simkad yang boleh buat call, sms dan berinternet, tetapi pada masa yang sama kita juga menjual simkad yang punya pelbagai kelebihan yang tak ada pada syarikat Telco lain.

Masalah 4: Fahami kehendak PASARAN

Kenapa ada pasaran ini, orangnya senang untuk keluar modal RM90 untuk dapatkan sim kad ini.

Kenapa ada pasaran lain, yang walaupun kita dah terangkan dengan panjang lebar, mereka tetap payah nak keluar duit dan dapatkan simkad ni.

Sebab apa mereka membeli? Tak dapat tangkap? Ok cuba jawab soalan ini, sebab apa anda beli simkad Tone Excel ni?

Dapat jawapan? Lepas ni anda fokus untuk kenalpasti dimana individu-individu yang memiliki mindset sama seperti anda, Kenalpasti lokasi dan dimana mereka berada. Cuba buat jualan disitu.

Masalah 5: Anda dengar NASIHAT dari individu yang SALAH?

Dalam mana-mana bisnes, lazimnya pasti akan wujud golongan berikut

1. Top Leader

2. Distributor

3. Dropout

Anda nak dengar nasihat daripada siapa? Adakah anda tidak menapis sebarang info yang masuk ke dalam minda anda? Setiap golongan yang saya senaraikan pasti akan berikan nasihat yang berbeza.

Top leader mungkin akan nasihatkan anda untuk teruskan buat promosi. Fokus untuk penuhkan level 1 walau apa pun cabaran. Sentiasa be proactive.

Normal distributor akan cakap senada dengan Top Leader, tetapi dalam kadar yang berbeza atau sekadar cukup untuk dapat income.

Manakala golongan dropout yang GAGAL dalam bisnes ini akan mempengaruhi anda untuk putus asa dan jadi sama macam diri mereka yang GAGAL. Soalannya, anda nak dengar cakap siapa? Anda nak jadi macam siapa? Top Leader atau dropout?

Masalah 6: Berapa lama proses untuk bina empayar perniagaan?

Suatu empayar perniagaan yang besar dan kukuh tidak terbina dalam masa 2 atau 3 bulan. Jauh sekali untuk anda dapat lihat kesan positif dalam masa secepat 2 atau tiga minggu.

Saya sendiri menetapkan sekurang-kurang 2 hingga 5 tahun untuk saya benar-benar success dalam bisnes ni.

Sekurang-kurangnya, dua tahun yang pertama adalah untuk proses pembelajaran.

Ya. Saya buat bisnes ni masih belum sampai 1 tahun pada waktu catatan ini saya hasilkan dan saya masih lagi dalam peringkat pembelajaran.

One thing I know, the more I learn, the more I earn.

Saya cabar anda untuk challenge formula tersebut.

Secara realistik, proses pembinaan empayar perniagaan memakan masa kira-kira 5 tahun. Jika anda benar-benar FAHAM erti perniagaan, anda tidak akan dengan sewenang-wenangnya jumping atau buat bisnes tanpa ada fokus yang jelas.

Masalah 7: Kenapa orang marah-marah dan beri bad review pada Tone Excel

Ini lumrah.

Dalam mana-mana bisnes, pasti akan ada pengguna yang berpuas hati, dan dah tentu akan ada pengguna yang tak puas hati.

Lihat apa punca kemarahan mereka. Mereka marah pada syarikat atas sebab apa?

Atau sebenarnya mereka marah pada diri sendiri, sebab tak mampu nak buat duit dengan Tone Excel macam yang orang lain duk buat?

Subjektif kan benda ni.

Baiklah, saya dah rangkumkan beberapa perkara menerusi entri ini. 7 masalah yang saya ketengahkan ini sebenarnya masalah dan isu biasa yang ditanyakan oleh network saya kepada saya.

Dulu pun saya berdepan dengan masalah yang sama. Alhamdulilah, sedikit demi sedikit, saya cuba atasi dengan sebaik mungkin.

Dengan ilmu yang betul tentunya.

Anda ada sebarang pendapat atau pandangan yang nak dikongsikan?

 

 

Exit mobile version