Blog Sabree Hussin

Ajaibnya Sedekah “Semakin Bersedekah Semakin Kaya”

Pada waktu catatan ini ditulis, saya perhatikan program-program yang menggunakan konsep derma sesama ahli agak giat dijalankan dan dipromosikan. Tak perlulah saya sebutkan secara spesifik, program yang mana satu. Sesekali, iklan mengenai program ini turut singgah di inbox emel saya mahupun di FB saya.

 

Mungkin kah sebab sekarang ni, rakyat Malaysia dah mula buka mata akan potensi derma untuk jana ekonomi? Boleh jadi pelopor program ini mencontohi jejak langkah seorang individu ternama di Malaysia yang mampu meraih derma yang begitu lumayan sehingga mencecah RM2.6 bilion! Hanya bergantung pada konsep derma sudah cukup untuk HIDUP MEWAH.

 

Hati-hati kawan.

 

Ajaibnya Sedekah Semakin Bersedekah Semakin Kaya

Hari ini, saya nak kongsikan kepada anda mengenai sebuah buku yang saya pernah beli dan baca sebelum ini yang saya kira ada kaitan yang rapat dengan topik yang saya bawakan di awal-awal tadi.

 

Tahukah anda, sebenarnya sedekah adalah ibadah yang khusus yang turut dinyatakan secara jelas akan tatacara perlakuannya.

 

“Salah satu ajaran agama kita adalah sedekah. Selama ini, kita sering memandang sedekah sebagai suatu yang biasa. Siapa yang mahu bersedekah, silakan. Siapa yang tidak mahu, tidak mengapa. Ramai daripada kita tidak memahami apa itu sedekah. Padahal, jika kita menyelami dan mendalaminya dengan bersungguh-sungguh, hakikat sedekah mampu membuka dan mencerahkan hati dan fikiran kita. Sedekah mengandungi kekuatan ataupun keajaiban yang dahsyat, bukan hanya dalam konteks kehidupan di dunia, malah dalam konteks kehidupan di akhirat juga.” penulis 

 

Berikut pula adalah isi kandungan buku “Ajaibnya Sedekah Semakin Bersedekah Semakin Kaya

 

BAB 1

Mukadimah: 

Suatu Titik Menuju Dunia Sedekah

 

Ali bin Abu Talib pernah berkata, “Ada golongan yang menyembah Allah kerana mahukan ganjaran. Inilah ibadah pedagang. Golongan yang lain pula menyembah Allah kerana takut. Inilah ibadah seorang hamba. Golongan seterusnya, menyembah Allah kerana rasa syukur. Inilah ibadah orang yang merdeka.”

 

BAB 2

Keajaiban Sedekah:

Melihat Keajaiban Sedekah dengan Mata Hati

Beberapa Kisah Keajaiban Sedekah

Empat Jenis Keajaiban Sedekah

Awas pada Bahaya Pemiskinan Makrifatullah

Syahadat Bukan Syarat Mendapatkan Keajaiban

Seorang Janda dari Florida

 

Empat jenis keajaiban sedekah

Sekurang-kurangnya terdapat 4 keajaiban dan manfaat sedekah buat mereka yang mengeluarkannya,iaitu

1. Sedekah dapat menolak bala ataupun bencana

2. Sedekah dapat menyembuhkan penyakit

3. Sedekah dapat memanjangkan usia

4. Sedekah dapat memperluas ataupun menambahkan rezeki

 

BAB 3

Seni Bersedekah yang Keliru 1:

Cara Bersedekah yang Salah

Menyakiti Perasaan Orang Lain

Menunjuk-nunjuk

Merungut

Kebiasaan

Memberi Sesuatu yang Kita Tidak Mahu, Bukannya Memberi Sesuatu yang Baik

Memberi kerana Terpaksa

Asalkan Memberi

 

BAB 4

Seni Bersedekah yang Keliru 2: Sedekah x Tujuan Keliru = 0 Kekuatan

Niat yang Keliru

Keajaiban

Populariti

Penghargaan

Kekuasaan

Mengikat

Mengharapkan Balasan

 

Bab 4 ini adalah salah satu bab yang PENTING yang terkandung dalam buku Ajaibnya sedekah ini. Saya berpendapat, kita semua wajib ada pengetahuan dan ilmu tentang tatacara sedekah ini, supaya ibadah tersebut tidak rosak dan menjadi sia-sia. Lebih-lebih lagi apabila kita bersedekah bukannya ikhlas kerana Allah Taala sebaliknya bersedekah kerana ingin mengharapkan balasan.

 

BAB 5

Sedekah dan Bencana  

Sedekah yang Sebenar-benarnya

Niat yang tulus dan ikhlas hanya kerana Allah

Bebaskan diri anda daripada keraguan tentang jumlah

Berahsialah

Berikan kepada orang yang tepat

Berikan yang terbaik

Pengertian Bencana

Sebab-sebab Terjadinya Bencana

Bencana Orang yang Bersedekah

Kekuatan Sedekah dalam Menolak Bencana

 

BAB 6

Sedekah dan Rezeki  

Pengertian Rezeki

Hukum Ekonomi dan Formula Matematik Sedekah

Keraguan-keraguan

Hukum Tuhan: Sedekahlah!

Kekuatan Sedekah dalam Menarik Rezeki

 

BAB 7

Sedekah, Penyakit dan Panjang Umur

Misteri Umur dan Penyakit

Adakah Umur Manusia termasuk dalam Kategori Takdir?

Mungkinkah Semua Penyakit dapat Sembuh dan

Mungkinkah Semua Orang Panjang Umur?

Kekuatan Sedekah dalam Memanjangkan Umur dan Menyembuhkan Penyakit

 

Bab 8

Penutup 

Sedekah Membawa Berkat

Sedekah Menebus Dosa

Sedekah Membuka Pintu Syurga

 

.

..

Menurut penulis buku Ajaibnya Sedekah Semakin Bersedekah Semakin Kaya, ada dua perkara yang menentukan adakah sedekah itu berupaya mendatangkan manfaat kepada diri orang yang mengeluarkannya iaitu

1. Cara bersedekah

2. Tujuan bersedekah

 

Ada empat jenis hubungan antara cara dan tujuan bersedekah iaitu

1. Cara bersedekah benar dan tujuannya juga benar, maka orang yang memberi sedekah mendapat manfaatnya.

2. Cara bersedekah salah sedangkan tujuannya benar, maka orang yang memberi sedekah tidak mendapat manfaatnya.

3. Cara bersedekah benar dan tujuannya salah, maka orang yang memberi sedekah tidak mendapat manfaatnya.

4. Cara sedekah salah dan tujuannya juga salah, maka orang yang memberi sedekah tidak mendapat manfaatnya, sebaliknya ia membawa kerosakkan, baik pada orang yang mengeluarkannya mahupun pada orang yang menerimanya.

 

Buku Ajaibnya Sedekah Semakin Sedekah Semakin Kaya ini boleh diperolehi secara online sahaja di laman web bookcafe.

 

Harga buku ini pun tidaklah terlalu mahal. Hanya RM11.90 sahaja. Secara peribadi, ini adalah suatu bacaan yang wajib dibaca. Barulah kita jelas dengan tujuan dan cara kita bersedekah. Mudah-mudahan lepas ni, kita tidak mudah tertipu lagi dengan fitnah dunia dan bersedekah tanpa ilmu.

 

Wallahua’lam

 

 

 

 

 

 

Exit mobile version