Wujudkan pendapatan kedua anda secara online dengan modal yang rendah

by sabree hussin on January 16, 2016

in Pemasaran Affiliate

Adakah anda mempunyai sumber pendapatan kedua selain daripada pendapatan yang anda sedang nikmati sekarang ni? Pada pendapat anda, adakah memiliki sumber pendapatan kedua adalah baik untuk anda, ataupun anda dah berpuas hati dengan apa yang anda miliki sekarang ni dan dah tak perlukan sebarang pendapatan tambahan?

 

Sekiranya anda merasakan, mempunyai pendapatan kedua adalah sesuatu yang baik untuk anda, bermakna perkongsian ini adalah untuk anda. Ya saya tulis artikel ini bagi memberi anda serba sedikit idea, bagaimana nak wujudkan sumber pendapatan tambahan dengan modal yang rendah.

 

Pada dasarnya, untuk menjana pendapatan tambahan secara online, terdapat dua cara yang anda boleh lakukan. Cara pertama, anda menjual produk keluaran anda sendiri ataupun cara kedua anda menjual produk orang lain, dan dapatkan komisen daripada hasil jualan tersebut.

Closeup of a beautiful business customer service woman smiling

 

Apa dia? Kena buat jualan? Ish tak minat la aku nak jual-jual ni…

 

Tunggu dulu. Sebelum anda terus kata tak minat, apa kata anda baca dulu apa yang saya cuba nak sampaikan pada anda ini.

 

Apabila saya katakan, jual produk sendiri atau produk keluaran sendiri, ia boleh jadi dalam bentuk barang fizikal ataupun mungkin dalam bentuk servis atau perkhidmatan yang anda mampu tawarkan. Saya ingin ambil contoh jika anda memohon pekerjaan dari rumah menerusi laman web direktori pekerjaan online. Pada sekali imbas, memang nampak seolah-olah anda sedang bekerja dan dibayar upah. [bekerja dari rumah dengan bantuan Jobdirumah]

 

Sebenarnya, jika anda lihat dari perspektif lain, anda juga sebenarnya terlibat dalam urusniaga jual beli. Dalam situasi ini, anda sebenarnya telah menjual kemahiran anda kepada bakal majikan yang sudi membeli perkhidmatan yang anda tawarkan dengan satu harga yang dipersetujui.

 

In fact, proses jual beli sentiasa berlaku dalam kehidupan kita. Apabila kita memohon pekerjaan misalnya. Bermula dari waktu kita mendapatkan senarai kerja kosong, menghantar resume kepada syarikat yang kita minati hinggalah ke proses temuduga, kita sebenarnya sedang melalui proses yang sama yang perlu dilalui dalam proses jualan.

 

Resume kita tu ibarat brosur atau pamplet tentang diri kita, dan apa yang kita mampu tawarkan kepada pihak bakal majikan. Kemudian, sesi temuduga adalah fasa terakhir untuk kita mengetahui sama ada kita bakal dapat pekerjaan tersebut ataupun tidak. Dalam bidang jualan, proses temuduga ini mirip kepada proses pembentangan jualan ataupun sales presentation.

 

Apa yang tak kena dengan cara pertama? Saya tak tau bagaimana dan apa situasi anda sekarang ini. Namun, jika pada waktu ini, saya nak ajak anda buat bisnes dengan menjual produk anda sendiri, boleh jadi akan ada antara anda yang akan kata,

Saya tak ada produk sendiri, macam mana saya nak mula berniaga secara online?

Saya tak tau apa kemahiran saya yang boleh dijual, macam tak sesuai je…

Saya tak ada modal yang tinggi nak mulakan perniagaan saya sendiri sekarang ni…

 

Oleh itu, kita langkau sahaja cara yang pertama itu, dan mari kita fokuskan kepada cara yang kedua, iaitu kita jual produk orang lain, dan jana komisen daripada penjualan produk-produk tersebut.

 

Bagaimana kita nak mulakan? Ok sebelum tu, satu yang saya nak kongsikan pada anda, untuk menjayakan rancangan kita, terdapat dua program yang sesuai untuk anda lakukan. Pertama dikenali sebagai program affiliate, manakala satu lagi program yang agak mirip dengan program affiliate ialah program dropship.

 

Untuk orang yang masih baru dengan kerja-kerja pemasaran secara online, saya kurang menggalakkan anda untuk terus buat dropship. Cuba dulu sesuatu yang lebih mudah, dan biasakan diri terlebih dahulu dengan cara kerja sebagai seorang Internet Marketer. Apabila anda dah faham selok belok tentang perniagaan dan pemasaran online, barulah anda buat dropship pula. [Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship]

 

Sebenarnya kan, pada hari ini sebenarnya peluang untuk buat duit dalam program affiliate sangatlah luas. Terdapat beribu-ribu produk yang anda boleh promosikan secara dalam talian dan anda juga boleh dapat komisen sekiranya berjaya menghasilkan jualan.

laman_buat_duit_lazada

Laman web Lazada. Ini adalah salah satu lubuknya jika anda berminat untuk buat duit dengan mempromosikan barangan seperti kamera digital, laptop, gadget, produk Apple iPhone refurbished set, perkakasan rumah dan bermacam-macam lagi.

 

Tiada sebarang yuran dikenakan untuk melakukan pendaftaran. Anda boleh daftar secara percuma sahaja sebagai affiliate Lazada disini. Setelah akaun anda diaktifkan, anda dah boleh mula mempromosikan produk yang dijual di laman web tersebut.

 

Siapa tahu, mungkin rezeki anda. Tak mustahil jika ada yang berjaya buat duit dengan cara ni dalam masa kurang daripada 24 jam menjadi ejen pemasaran.

 

Kalau tanya pada saya, cara ini adalah yang terbukti selamat dan bebas risiko untuk buat duit online. Tiada sebarang modal diperlukan untuk menjadi ejen dan anda boleh promosikan beribu-ribu produk yang dijual di laman web tersebut. Jika anda langsung tak berjaya memperoleh sebarang jualan sekalipun, anda langsung tak rugi apa-apa.

 

Program affiliate dari Lazada ini juga sebenarnya boleh disertai menerusi laman web Involve Asia. Kat laman  web Involve Asia juga ada banyak peluang untuk anda buat duit online. Cubalah! [Cara MUDAH buat duit dengan Involve Asia?]

 

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: