Golongan pelajar, adalah antara golongan yang selalu dijadikan sasaran untuk dipujuk, dipaksa dan di psycho untuk join bisnes MLM. Siapa yang tak kuat dan tak tetap pendirian, memang akan jadi mangsa dan kesudahannya mungkin akan menyesal di kemudian hari sebab join bisnes macam ni.
Lebih-lebih lagi kalau bisnes MLM tu sebenarnya adalah bisnes yang termasuk dalam kategori scam semata-mata.
Baca untuk pengetahuan yang lebih baik: Bagaimana cara untuk kenal Bisnes MLM yang PENIPU dan SCAM?
Kali ini, skop perbincangan adalah tentang worst case scenario atau situasi paling buruk yang mungkin akan menimpa anda sekiranya anda join bisnes seumpama ini.
Oh sebelum, saya nak buat penegasan. Sebenarnya istilah bisnes MLM ni sering digunakan dalam konteks yang salah. Sama seperti konsep homestay dan guest house yang digunakan di negara kita. Orang kita buat bisnes guest house, tapi ia lebih sinonim dengan istilah homestay, walhal bisnes homestay yang sebenar bukannya begitu.
MLM atau Multi Level Marketing sebenarnya bukanlah sejenis bisnes atau perniagaan, sebaliknya ia merujuk kepada suatu konsep pemasaran. Jika kita direct translate Multi Level Marketing kepada bahasa Melayu, maksudnya ialah pemasaran berbilang tingkat.
Sejarah telah membuktikan, bahawa kaedah pemasaran menggunakan konsep MLM ini adalah satu kaedah pemasaran yang sangat berkesan dan ianya juga menjimatkan. Syarikat yang menggunakan kaedah pemasaran seperti ini tidak perlu mengeluarkan belanja besar bagi tujuan pemasaran, sebabnya pengguna produk sendiri yang akan jalankan pemasaran on behalf syarikat pengeluar.
Pengguna produk yang berminat untuk buat duit, akan menjadi jurucakap dan ejen pemasaran bagi pihak syarikat. Sebagai balasan, apabila berlaku jualan, atau pengguna tersebut berjaya membawa pelanggan baru, dia akan dibayar sedikit komisen mengikut peratusan tertentu.
Penggunaan istilah bisnes MLM adalah suatu yang tidak tepat. Apa yang betul ialah bisnes produk kesihatan, bisnes sistem komputer, bisnes program keahlian dan sebagainya. Kesemua bisnes-bisnes yang saya sebutkan ini sesuai dipasarkan menggunakan kaedah pemasaran berbilang tingkat.
Memandangkan kita di Malaysia, dah terbiasa dengan istilah bisnes MLM, bagi merujuk sesuatu perniagaan yang menggunakan kaedah pemasaran berbilang tingkat, maka saya akan guna istilah tersebut dalam entri ini. Ini saya lakukan bagi memudahkan penulisan ini dilakukan.
Patutkah golongan pelajar yang masih belum menamatkan pengajian menyertai syarikat MLM dan buat bisnes seperti ini? Saya pernah tulis tentang topik ini sebelum ini.
Klik untuk baca: Patutkah student IPTA/IPTS join Bisnes MLM?
Ada kebaikkan dan ada keburukkan. Setiap orang ada pendapat yang berbeza, jadi saya tak boleh nak kata secara konklusif sama ada jawapannya YA ataupun TIDAK. Namun saya harapkan dari entri yang saya catatkan sebelum ini, dapat beri anda idea untuk buat keputusan, sama ada bisnes ni bagus atau tidak untuk anda.
Matlamat posting kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda benda-benda yang buruk dan tak elok yang mungkin akan terjadi kepada anda setelah anda sertai bisnes jenis MLM. Sesetengah leader dalam MLM, suka cerita yang elok-elok tentang bisnes ni, tapi dalam kesempatan ini, saya nak cerita yang teruk-teruk sahaja ha ha.
At least, anda boleh tahu, sesungguhnya kehidupan sebagai pelajar yang join syarikat MLM bukanlah indah setiap masa. Tanpa buang terlalu banyak masa, jom kita bayangkan yang kita dah join bisnes MLM.
Fahamkan Bahasa Bisnes MLM
Setiap perniagaan ada bahasa bisnes dia yang tersendiri. Kurang jelas? Tak apa, biar saya bagi beberapa contoh.
Sekiranya anda jalankan bisnes secara online, antara perkataan dan bahasa bisnes yang anda perlu tahu adalah seperti
- Bilangan trafik yang masuk ke laman web
- Click through rate (CTR)
- Conversion rate
- Sistem autoresponder dan sistem database prospek
… dan sebagainya.
Kalau anda jenis yang buat bisnes secara runcit pula, bahasa bisnes yang perlu tau adalah seperti
- Inventori
- Stock check
- Bill to bill, consignment dan sebagainya
Begitu juga halnya dengan bisnes MLM. Ada bahasa bisnes yang anda perlu ketahui. Orang MLM banyak bercakap menggunakan fantasi dan boleh dikatakan setiap perkataan yang diucapkan akan disusuli dengan perkataan-perkataan seperti
- “Cuba bayangkan…”
- “Kita andaikan…”
- “Bayangkan jika anda ada rumah besar, kereta mewah, dan aset yang banyak…”
- “Bila anda buat bisnes ni, anda ada peluang untuk capai kebebasan kewangan, bawa mak ayah pergi haji…”
Memang semua ini nampak seronok dan begitu mengujakan, namun kita bukannya hidup dalam dunia bayangan atau dalam alam fantasi. Setiap apa yang diperkatakan, adalah dalam bentuk “potensi” yang kita tak tau lagi sama ada kita akan dapat atau tidak. Malahan, sesetengahnya langsung tak masuk akal, tapi disebabkan minda kita memang sukakan sesuatu yang indah-indah dan seronok-seronok sahaja, kita cenderung untuk letakkan kepercayaan.
Jadi, ingatlah setiap kali anda terdengar bahasa bisnes seperti ini, anda bukannya hidup dalam alam bayangan sebaliknya anda berada dalam alam realiti. Bila nak beli barang, masih lagi perlu guna duit yang ada dalam wallet atau dalam akaun bank anda. Bukannya boleh guna duit yang kononnya anda ada potensi untuk dapat tu.
Betul ke MLM bukan skim cepat kaya?
Sebenarnya MLM memang bukan skim cepat kaya. Ia hanyalah kaedah pemasaran. Cara untuk jual barang. Itu sahaja. Namun, saya akui dan saya sendiri kenal beberapa individu yang berjaya hasilkan banyak duit dengan menyertai syarikat yang menggunakan kaedah MLM dalam pemasaran.
Tetapi, disebabkan adanya unsur-unsur ekploitasi terhadap sistem, ada pihak yang cuba menjadikan sistem MLM sebagai satu sistem yang boleh dijadikan short cut untuk jadi cepat kaya.
“Ini bukan skim cepat kaya, tetapi dengan menyertai bisnes ini anda TERPAKSA JADI KAYA.”
Mungkin dakwaan tersebut ada betulnya. Mungkin juga ianya hanya auta semata-mata. Tak apa, setiap orang berhak untuk beri pendapat masing-masing, dan tiada sebarang paksaan untuk kita terus terima pendapat seseorang itu.
Kita gunakan kemahiran dan ilmu matematik yang kita dah belajar sejak dari bangku sekolah lagi. Mari kita buat kira-kira.
Kalau mempunyai RM1 juta dalam akaun bank dikira sebagai kaya. Maka berapa banyak produk syarikat yang perlu kita jual untuk jadi kaya? Katakanlah, satu produk syarikat yang terjual, kita akan dibayar komisen sebanyak RM20. Jadi, berapa unit produk yang perlu kita jual?
RM1 juta / RM20 untung per unit = 50, 000 unit produk.
Sanggupkah atau logik atau tidak untuk hasilkan jualan sehingga 50 ribu unit produk? Adakah anda mampu untuk capai 50 ribu orang prospek yang akan terus kata “Ya saya mahu” apabila anda bercerita tentang produk tersebut?
Kebarangkalian untuk HILANG KAWAN sangat tinggi selepas join MLM
Ha… saya baru nak masuk poin pertama tentang worst case scenario yang mungkin akan berlaku pada anda apabila anda join bisnes-bisnes MLM ini.
Kebiasaannya, sesuatu produk itu dijual dan dibeli oleh pelanggan kerana apa yang produk tersebut mampu untuk lakukan. Sama ada ia membantu pelanggan tersebut melakukan sesuatu tugasan dengan lebih baik ataupun produk tersebut mampu untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Saya berikan contoh produk yang fungsinya untuk melegakan masalah resdung seperti produk Hurix’s Kapsul Resdung ini. Untuk jual produk ini, biasanya kita akan kenalpasti dulu siapa yang ada masalah resdung dan seterusnya kita akan terangkan pada dia bagaimana produk ini dapat bantu melegakan masalah resdung yang dialami.
Akan tetapi, jika produk ini telah di “MLM” kan, besar kemungkinan cara untuk jual produk ini akan berubah sama sekali. Kita tak lagi mencari individu yang ada masalah resdung. Kita tak lagi bercerita tentang bagaimana untuk melegakan masalah resdung sebaliknya pada waktu ini, fokus lebih kepada bagaimana untuk bina kekayaan dengan menjadi ahli.
Apa yang akan jadi pada produk ini? Mungkin akan disimpan sahaja. Mungkin dibuang dan yang pasti, bila produk ini dijual kepada individu yang tak memerlukannya, produk ini tak akan digunakan.
Dalam bisnes berkonsepkan MLM, adalah hampir mustahil untuk kita jual produk kepada mereka yang kita tak kenali. Lebih-lebih lagi jika pendekatan yang digunakan oleh pihak syarikat adalah lebih fokus kepada pembinaan rangkaian (network) dan rekrut ahli baru.
Apabila golongan pelajar join bisnes seumpama ini, siapakah yang mungkin mereka akan sasarkan sebagai ahli baru? Sudah tentu, mereka akan cari kawan-kawan sekelas, kawan satu kuliah, kawan persatuan dan sebagainya.
Tak salah kalau nak target kawan-kawan. Tak salah kalau anda cuba nak jual produk kepada kawan-kawan. Apa yang bermasalah ialah apabila anda cuba untuk menjual sesuatu yang tak berfaedah kepada kawan anda just because produk tu ada “potensi” untuk jadikan kawan anda tu kaya.
Kalau kawan anda tu ada masalah resdung, dan anda cuba jual pil resdung pada dia, kawan anda tu mungkin akan berterima kasih pada anda. Tetapi, kalau kawan anda tak ada masalah resdung, dan anda cuba jual pil resdung pada dia dengan alasan boleh jadi kaya, boleh pergi melancong, boleh bawa mak ayah pergi haji, ini hanyalah satu usaha yang sia-sia.
Fahamkan dulu target market (Pasaran sasaran) sebelum nak mulakan sebarang perniagaan
Di suatu ketika, saya pernah membayangkan, sebab kenapa geng MLM ni suka target golongan pelajar. Saya bayangkan yang buruk-buruk sahaja. Mungkin sebab
- Golongan pelajar ni terdesak perlu duit dan mudah dimanipulasi.
- Golongan pelajar ni tak berfikir guna akal dan masih tak matang lagi.
- Golongan pelajar masih mentah dengan tipu helah dunia perniagaan.
Saya secara peribadi melihat saiz pasaran dalam kalangan pelajar universiti adalah sangat kecil jika ingin memasarkan peluang perniagaan dalam syarikat MLM kepada mereka. Itu pandangan saya.
Sebaliknya, kalau produk yang saya nak jual tu adalah buku rujukan, alat tulis, kelengkapan sekolah, atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan pelajaran, barulah saya akan kata, pasarannya sangat luas. Nampak perbezaannya?
Kalau nak buat bisnes dengan kumpulan pelajar, juallah sesuatu yang memang mereka guna dan perlukan. Bukannya cuba jual sesuatu yang mereka tak perlukan atas alasan mereka boleh jadi kaya selepas jadi ahli.
Tadi saya ada sebutkan bahawa saiz pasaran untuk golongan pelajar ini sangat kecil. Pada pandangan saya, bukan semua pelajar meletakkan prioriti untuk jadi orang kaya. Lagipun, setiap pelajar datangnya dari latar belakang kelurga yang berbeza. Ada anak orang kaya, ada anak petani, anak kampung dan sebagainya.
Pada saya, it is safe to say that, mereka ni menyambung pengajian sebabnya mereka nak dapatkan pekerjaan yang sama bidang dengan jurusan yang mereka belajar di universiti. Sebagai contoh,
Pelajar yang ambil jurusan perubatan sebab dia nak jadi doktor.
Pelajar yang ambil jurusan kejuruteraan sebab nak jadi jurutera.
Pelajar yang ambil jurusan undang-undang sebab mereka nak jadi peguam.
Bukan semua pelajar minat nak jadi usahawan. Sesetengahnya langsung tak pernah fikir dan merancang nak jadi ahli perniagaan. Apa yang penting bagi mereka ialah datang kelas, buat assignment, get ready untuk jawab quiz, final exam, dan habiskan pembelajaran. Itu sahaja.
Jadi, anda tak perlu rasa kecewa apabila pelajar lain yang anda kenali langsung tak minat dengan tawaran anda untuk mengubah nasib mereka supaya lepas ni boleh pandu kereta mewah, boleh bercuti ke luar negara dan mampu untuk memiliki rumah besar. Itu bukan prioriti mereka pada waktu ini… dan mereka sebenarnya buat benda yang betul.
Waktu belajar, fokus betul-betul dengan pelajaran. Bukannya jadi macam anda yang tak fokus dengan pelajaran, dan pada masa yang sama, bisnes MLM yang anda join tu pun tidak memberikan pendapatan yang anda idam-idamkan. Saya rasa, anda lebih looser berbanding pelajar yang anda duk kutuk-kutuk sebab tak nak join anda.
Tak ada duit jadi makin miskin…
Saya pernah kenal beberapa individu yang gunakan semua duit yang ada dalam akaun bank untuk join bisnes MLM. Duit tu pula adalah duit PTPTN dan duit simpanan yang dia ada. Kesemua duit ini digunakan untuk sertai bisnes MLM yang menawarkan beberapa pakej.
Mungkin sebab kena psycho, maka dia ambik pakej yang paling MAHAL. Kononnya, bila ambik pakej yang paling mahal, “potensi” pendapatan lebih besar dan peluang untuk gandakan duit dalam akaun bank lebih cerah berbanding ambik pakej yang murah.
Kalau cakap tentang “potensi”, setiap orang yang join MLM ada potensi untuk beli jet peribadi. Tapi bila kita kembali ke alam realiti, sebenarnya nak dapatkan seorang ahli pun susah dan perlu usaha separuh mati.
Kesian kawan saya tu. Semester tu masih panjang lagi, dan ada sekurang-kurangnya 4 bulan lagi, tapi duit semua dah habis.
Patut atau tidak saya taja member baik saya?
“Saya ada member yang saya percaya dia boleh buat bisnes ni, tapi dia tak cukup modal. Dia ni seorang yang aktif, banyak join persatuan dan memang ada pengaruh. Saya rasa kalau saya sponsor dia untuk join bisnes ni, saya akan jadi kaya tanpa perlu susah payah.”
Nope. Belum tentu. Daripada pengalaman saya sendiri sponsor orang untuk join rangkaian perniagaan saya dalam syarikat yang menggunakan konsep MLM dalam pemasaran, orang yang saya sponsor tu langsung tidak memberi sebarang keuntungan.
Bila dia tak keluar duit sendiri, maka dari segi komitmen, memang susah dia nak komited dengan bisnes. Dia boleh bagi alasan sibuk, alasan nak balik kampung, alasan tak sempat dan sebagainya. Dia tak rugi apa-apa pun, sebabnya dia tak keluar duit sendiri untuk join. Anda boleh uji sendiri kalau susah nak percaya. Tapi kena siap sedia untuk terima hakikat, duit yang digunakan untuk sponsor member tu akan hangus dan anggap ia sebagai yuran kebodohan (atau yuran untuk jadi pandai).
Bila anda diajar untuk menipu dan ia dianggap sebagai normal
Satu lagi perkara yang saya nak kongsikan tentang bisnes MLM yang ada disekeliling saya semasa zaman saya belajar dulu ialah, leader MLM menggalakkan dan mengajar untuk kita menipu dalam bisnes.
Memandangkan memang susah untuk kita ajak kawan kita untuk datang ke sesi MLM gathering atau business opportunity presentation secara sukarela, maka nak tak nak terpaksa guna muslihat.
Kononnya nak ajak lepak, nak ajak pergi makan, dan macam-macam lagi penipuan. Cuba fikirkan, sebagai orang Islam, kita ada contoh usahawan terbaik yang boleh kita contohi iaitu Rasulullah SAW. Anda rasa, adakah Rasulullah suka umatnya menipu dalam berniaga?
Jom tambah ilmu sebelum terlalu ghairah nak buat bisnes
Sebelum jadi doktor, seseorang tu belajar belajar dalam 5 – 6 tahun. Sebelum jadi juruteru, perlu belajar 4 – 5 tahun. Sebelum jadi peguam, kena belajar 3 – 4 tahun.
Anda ingat kalau nak jadi ahli perniagaan atau usahawan, tak perlu belajar ke? Bidang perniagaan, jika dibuat dengan betul, berpotensi untuk bantu seseorang tu jana pendapatan yang berkali ganda lebih tinggi berbanding pendapatan sebulan yang diperolehi oleh doktor, engineer mahupun lawyer.
Tapi, bukan semua usahawan akan berjaya. Hanya mereka yang ada ilmu sahaja yang akan berjaya capai impian. Zaman sekarang ni, maklumat semua boleh diperolehi hanya semudah menekan klik sahaja. Semuanya dihujung jari, kan. Jadi, persiapkan diri dengan ilmu, sebelum terburu-buru nak join sebarang bisnes walaupun yang mengajak tu orang yang paling anda percaya.
Bercakap pasal tambah ilmu ini, anda boleh baca koleksi ebook tentang MLM menerusi pautan ini. Baca dan fahamkan. Bila dah betul-betul faham dan cukup ilmu tentang bisnes ni, barulah buat keputusan sama ada nak join atau tidak.
Kalau anda rasa bisnes MLM bukan untuk anda, tak perlu risau, sebab kat luar sana ada banyak lagi peluang bisnes yang best yang anda boleh sertai.
raihanah says
pilih MLM yang bagus dan terbukti, dan jgn kacau belajar. insyaAllah ok
sabree hussin says
Sepatutnya begitulah.
Sentiasa Panas says
Carilah MLM yang mintak yuran murah tapi ada produk yang baik untuk dipasarkan. Jgn join MLM yang semata-mata cari downline, confirm kena tipu.
sabree hussin says
Jual barang, produk atau perkhidmatan masih lagi OK. Kalau setakat nak cari downline, memang akan timbul masalah.
Anuar says
Semasa zaman saya student dulu pun saya dah banyak kali join bisnes MLM. Macam-macam bisnes saya join… Tapi semua tak menjadi… Huhuhu… Sekarang ni fokus pada blog sahaja…
sabree hussin says
Kadar kejayaan dalam kalangan student yang join bisnes MLM ni memang agak rendah.
AmerJaya says
tak tahu kenapa orang mudah sangat nak kena kelentong benda tu. Bila masuk restaurant je, ada orang terang benda business skim mlm ni. memang geleng kepala je
sabree hussin says
Itulah, mungkin orang yang duk mendengar tu pun baru pertama kali didedahkan dengan benda-benda macam ni.
seri says
MLM bagus dapat meningkatkan ekonomi keluarga dan negara…cuma kene pastikan MLM yg bukan menindas org bawah sudah la
sabree hussin says
Betul tu, untuk kenal program yang menindas ni, perlukan pengetahuan dan pengalaman juga.
mrhanafi says
para pelajar sepatutunya fokus kepada pelajaran dahulu..
dah habis belajar boleh join MLM ..sebab lebih baik dari menganggur
sabree hussin says
Mungkin sebab mereka nak mula bina karier seawal mungkin ho ho
Minda Kritis says
Agreed. Macam mane pulak dengan orang yang promosikan Toneexcel,Onexox,wafimobile dan seangkatan dengannya. Tidakkah dikira sebagai MLM?
Dan bagaimana pulak dgn affiliate junction a.k.a AJ? Bukankah terang terangan sistem MLM. Bagaimana mereka yang sanggup menipu, memperbodohkan rakan, teman pejabat untuk membuat loan demi membeli lesen Aj supaya mereka dapat makan komisyen?
Kemudian berbangga dengan duit komisyen yang diperoleh tadi?
Namun banyak lagi Malaysian yang bodoh dan cetek akal fikiran dan sanggup diperbodohkan.
Bukan salah pemain MLM, cuma rakyat yang tak berapa nak pintar. Sume nak duit cepat.
Aku harap ade seseorang yang akan bustedkan AJ oneday. Dari tahun 2010 cakap nak jadi penggerak, sekarang 2017, penggerak apenye….
Golonggan aj megah dengan syarikat masing-masing. Then kalo tanye your company involved in what kind of business?
tak boleh jawap. U just register company under SSM utk tipu orang lain buat perkara yang same supaya diorang beli lesen RM20000 dari AJ? Halal la sangat
sabree hussin says
1. MLM adalah kaedah atau sistem pemasaran.
2. Cara nak kenal sistem MLM senang je. Ada istilah-istilah seperti “Downline”, “Upline”, “Networking” dan sebagainya.
3. Mereka yang memperkenalkan peluang bisnes akan jadi upline dan mereka yang baru join akan jadi downline.
4. Upline akan dapat manfaat dalam bentuk imbuhan sama ada dalam bentuk poin, duit atau apa sahaja dari penyertaan ahli baru.
5. Sesetengah sistem MLM tak mengaku yang mereka guna MLM dalam perniagaan mereka. Its ok. As long as kita tahu ianya adalah MLM.
6. Tone Excel, ONEXOX, Wafi Mobile juga dipromosikan dan dipasarkan dengan sistem MLM.
7. Malahan, jika kita lihat di lain-lain industri, contohnya seperti industri kewangan, bagi produk insurans dan takaful, ia juga dipasarkan menggunakan konsep MLM.
8. Tentang AJ, saya tak begitu follow.
9. Benda-benda macam ni, memang ada permintaan dan peminatnya. Sebab tu bisnes yang macam ni sentiasa ada. Syarikat sentiasa bertukar, tetapi pengasas dan penyokongnya orang2 yang sama sahaja.
10. Apa pun, terima kasih untuk komen tersebut 😀