“Rahsia Pekerja Makan Gaji Menjana Keuntungan 4 – 5 Angka Secara Part-Time Melalui Internet.”
Boleh ke jadi usahawan sambil bekerja makan gaji? Dua dalam satu. Mungkin pada siang hari, kita bekerja seperti biasa untuk majikan kita, namun pada malam hari, atau pada hujung minggu, kita jadi seorang usahawan yang berjaya pula.
Mungkin kat sini cabaran yang paling utama ialah membahagikan masa dan komitmen kerja. Jadi pekerja yang makan gaji bukannya suatu perkara yang mudah.
Begitu juga menjadi seorang usahawan. Ia juga bukannya satu perkara yang mudah.
Namun, konsep usahawan makan gaji ini semakin popular dewasa ini. Hanya bergantung pada satu sumber pendapatan mungkin bukan satu idea yang baik.
Sama ada suka atau tidak, pada satu tahap dalam kehidupan kita, kita perlu wujudkan satu lagi sumber pendapatan. Ini tak lain dan tak bukan, adalah bagi menampung kos kehidupan yang makin meningkat.
Walaupun kos hidup makin meningkat, namun pendapatan yang kita perolehi dari wang gaji mungkin tidak ikut sama meningkat. Kita terpaksa mencongak, mengira dan melakukan bajet untuk setiap perbelanjaan yang perlu kita lakukan setiap bulan.
Untuk perbelanjaan yang boleh dikurangkan, itu tak ada masalah. Namun bagaimana pula dengan perbelanjaan yang tak boleh dikurangkan? Sebagai contoh, perbelanjaan tetap yang perlu kita keluarkan setiap bulan? Dari mana untuk kita dapatkan sumber pendapatan untuk tujuan tersebut?
Buku berjudul Usahawan Makan Gaji ini ada jawapannya. Berikut adalah maklumat tentang kandungan buku ini.
Bab 1 Pengenalan
Seperti biasa dalam bab pengenalan, anda akan ketahui tentang apa dia yang dimaksudkan dengan konsep Usahawan Makan Gaji. Bagaimana anda juga boleh jadi seorang usahawan walaupun pada ketika ini anda masih lagi seorang pekerja.
Bab 2 Strategi Usahawan Makan Gaji
Bab ini akan menjelaskan kekuatan Strategi Usahawan Makan Gaji dan pengenalan kepada Model Bisnes Internet Affiliate dan juga Model Bisnes Internet Produk Digital. Anda pasti akan teruja untuk mengetahui kekuatan model-model bisnes internet ini berbanding model bisnes internet lain.
Model bisnes internet affiliate adalah model bisnes yang telah TERBUKTI berupaya untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan. Anda mungkin tak akan terus berjaya jana pendapatan 4 – 5 angka pada percubaan kali pertama. Namun, dengan semangat yang tinggi, dan komitmen serta fokus yang tak berbelah bahagi, tak mustahil untuk anda berjaya jana sekitar 3 angka pendapatan tambahan menerusi model bisnes ini.
Untuk program affiliate, anda mempunyai banyak alternatif. Sama ada nak mempromosikan produk fizikal ataupun produk digital. Pada hari ini, hampir semua produk yang dijual di internet, turut menawarkan program affiliate. Anda boleh sertai sebagai ejen dan mula mempromosikan produk-produk tersebut. Sekiranya anda berjaya menghasilkan jualan, anda akan dibayar komisen yang agak lumayan.
Model bisnes internet produk digital. Produk digital adalah produk-produk yang hanya boleh diakses secara digital, seperti ebook, rakaman video, rakaman audio, software dan sebagainya. Salah satu contoh laman web yang menjual produk-produk digital adalah laman web Klikjer.
Produk digital boleh dihasilkan sendiri, dan ia tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dihasilkan. The best part is, apabila produk digital tersebut telah siap, ia boleh dijual berulang-ulang kali tanpa perlu bimbang anda akan kehabisan stok.
Bab 3 Strategi Pantas Usahawan Makan Gaji
Dalam bab ini anda akan mengetahui tentang model bisnes internet yang boleh menghasilkan pendapatan dengan cepat. Bagi mengekalkan momentum dan semangat anda untuk buat duit di internet, penting untuk anda lihat dan rasai sendiri bahawa usaha anda tidak sia-sia.
Sesetengah model bisnes yang terdapat di internet memerlukan masa yang panjang untuk anda berjaya buat duit. Walaupun RM1 yang pertama. Ramai juga sebenarnya yang berhenti di tengah jalan disebabkan tak berjaya buat duit. Mereka mungkin dah tersilap memilih model perniagaan. Sebaliknya, jika mereka memilih model perniagaan yang tepat, mereka mungkin akan dapat lihat hasilnya dalam masa yang pantas. Mungkin dalam masa 30 hari atau kurang.
Bab 4 Strategi Jutawan Usahawan Makan Gaji
Bab ini akan membongkar strategi utama bagaimana seorang Usahawan Makan Gaji boleh menjana pendapatan 4 – 5 Angka sebulan secara KONSISTEN iaitu dengan menggunakan kekuatan strategi ini.
Bab 5 Kuasa Autoresponder
Menerusi bab ini, anda akan mempelajari kuasa sebenar di dalam menempatkan diri anda sebagai seorang Usahawan Internet yang hebat di dalam dunia bisnes internet. Anda akan mengetahui dan mempelajari Kuasa Autoresponder di dalam membantu anda untuk mengembangkan dan membina empayar bisnes internet anda untuk jangkamasa panjang. Inilah rahsia bagaimana seseorang Usahawan Internet mampu menjana ribuan Ringgit dalam masa hanya beberapa jam!
Jika anda masih belum tahu nak guna sistem autoresponder apa, saya syorkan anda gunakan sistem autoresponder emelmatik.
Pihak emelmatik menawarkan tempoh percubaan selama 365 hari kepada pengguna baru. Jadi dalam tempoh masa tu, anda tak perlu keluar sebarang kos untuk menggunakan sistem autoresponder ini, dan pada masa yang sama anda boleh manfaatkan masa yang ada ini untuk menguasai penggunaan sistem autoresponder ini. Anda boleh klik sini untuk daftar akaun dengan pihak emelmatik.
Bab 6 Strategi Advan
Dalam bab ini pula anda akan didedahkan dengan strategi-strategi Advan yang boleh anda aplikasikan setelah mempelajari Strategi Pantas Usahawan Makan Gaji dan juga Strategi Jutawan Usahawan Makan Gaji. Strategi-strategi Advan ini pastinya mampu membantu anda menjana wang lumayan dengan lebih pantas berbanding sebelum ini!
Anda nak tau bagaimana strategi advan yang dimaksudkan tu? Kenalah baca buku ni.
Bab 7 Pengurusan Masa Usahawan Makan Gaji
Rahsia pengurusan masa yang optimum untuk seseorang yang masih berkerja sepenuh masa tetapi ingin menjana pendapatan tambahan melalui internet. Ia akan membongkar rahsia pengurusan masa penulis sehingga mampu menjana 4 – 5 angka sebulan walaupun masih berkerja sepenuh masa!
Seperti yang saya sebutkan di awal-awal tadi. Cabaran paling besar adalah pengurusan masa. Berapa lama anda sanggup untuk luangkan masa untuk jayakan pelan anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ini bermakna anda perlu tetapkan masa yang anda sanggup untuk bekerja.
Adakah bagus untuk bekerja sehingga lewat malam? Atau anda akan bekerja hanya pada hari cuti dan pada hujung minggu? Jika pengurusan masa anda FAILED, anda mungkin akan dapati yang anda bekerja terlalu lama, namun hasilnya tak seberapa. Bab ini boleh dikatakan bab yang penting.
Bab 8 Tip Kejayaan Usahawan Makan Gaji
Di dalam bab ini, anda akan didedahkan pula dengan beberapa tip penting yang perlu anda tahu sebagai seorang pekerja sepenuh masa yang ingin menjana wang tambahan melalui internet. Tip ini adalah dari individu yang memang telah berjaya membuktikan bahawa apa yang dikatakan telah berjaya mengubah dirinya sebagai seorang usahawan yang berjaya walaupun masih lagi bergelar seorang pekerja.
Bab 9 Tindakan Kejayaan Usahawan Makan Gaji
Action plan! Anda telah baca dari satu bab ke satu bab tentang konsep usahawan makan gaji dan bagaimana anda juga boleh mengikuti jejak langkah seperti ini. Jadi dalam bab ini, anda akan pelajari apa dia langkah-langkah yang anda boleh lakukan.
Buku Usahawan Makan Gaji ini sesuai dibaca bersama dengan buku Teknik Pemasaran Perniagaan Internet.
Jika anda berminat nak baca dan memiliki buku ini, anda boleh buat tempahan secara online disini. Selain itu, buku ini juga masih dijual di kedai-kedai buku seperti MPH, Popular dan sebagainya. Harganya pun tidaklah begitu mahal. Ia dijual dengan harga RM39.90 sahaja.
Selamat membaca dan selamat menambahkan ilmu!
Anuar says
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat ini… Saya rasa ramai jer Usahawan yang bekerja makan gaji dalam tempoh yang sama..
titan says
Buat aje kerja.
Janji ada hasil.
Jangan takde hasili langsung.
Jie Susanos says
Nampak mcm mnarik buku ni..
Kena pada diri..kena cari pdptan sampingan yg lain..
egtukar says
trend dunia internet sekarang ni, ada internet senang je nak cari duit sampingan ni. cuma nak tak nak je.
riangria says
untuk jadi usahawan kena rajin n ada ilmu…
Hafiszan Kamarudin says
masih berkerja pun boleh berniaga, yang penting ilmu, usaha dan tindakan perlu ada.
MOHD FAIZUL ALI says
Internet memang lubuk buat duit kepada mereka yang ingin berniaga secara sambilan.
nikkhazami says
nak mula tu payah sikit. tapi bila dah mula buat akan dpt hasilnya