Bulan Mac adalah bulan ulangtahun blog sabreehussin.com ini didaftarkan. Dalam masa beberapa hari dari sekarang, usia blog ini akan masuk ke angka 7 tahun.
Pada tahun 2010, saya mula daftarkan nama domain sabreehussin.com ini menerusi syarikat penyedia hosting terbaik di Malaysia, iaitu NetKL.com.
Kosnya? Murah sahaja. Saya ambik pakej yang paling murah, iaitu RM60 setahun. Kalau kita bahagikan nilai ini dengan 365 hari dalam setahun, kosnya hanyalah lebih kurang 17 sen sahaja sehari.
Saya rasa, kos 17 sen sehari tu tidaklah begitu mahal. Semua orang pasti mampu. Kalau tak mampu sekarang, mulakan menabung dari sekarang.
Blog ini juga sebenarnya pernah beberapa kali ditukar dari segi konsepnya. Mula-mula saya belajar buat blog ini, blog ini ditulis dalam bahasa Inggeris ala-ala seorang reporter. Topik yang paling kerap saya tulis juga adalah dalam topik kewangan, sebabnya dulu semasa saya daftar blog ni, saya masih lagi belajar di Fakulti Pengurusan Perniagaan, jurusan kewangan.
Kemudian, saya rasa blog ini agak bosan bila ditulis dalam bahasa Inggeris. Saya rasa engagement dan nilai sosial agak kurang, sebabnya pada waktu tu kebanyakkan rakan-rakan penulis blog menulis dalam bahasa Melayu.
Saya ambik keputusan yang agak drastik dan buang semua artikel dalam bahasa Inggeris yang ada dalam blog ni. Saya mula semula.
Lalu blog ini melalui proses kelahiran semula sebagai blog berbahasa Melayu.
Dari tahun 2011 – 2013, saya rasa blog ini macam tak ada hala tuju. Sekali lagi saya buat rombakan yang besar, dan akhirnya bermula 1 jan 2014, blog ini melalui satu lagi proses rebranding seperti yang anda lihat sekarang.
Kalaulah saya tak buat rebranding sebelum ni, mungkin bilangan artikel dalam blog ini dah mencapai ribu-ribu artikel jumlahnya. Kemudian bila saya fikirkan semula, apalah gunanya ada sampai ribu-ribu artikel, kalau saya tak berapa gembira dengan kualiti artikel yang disiarkan dalam blog ni.
Bila kelemahan itu terlalu besar, ada kalanya lebih mudah untuk start over berbanding untuk menaiktaraf satu per satu.
Samalah macam apa yang jadi dalam sistem pemerintahan negara kita sekarang ni. Kalau ada yang merasakan kerosakkan yang berlaku dalam sistem kerajaan kita ini terlalu besar dan sukar untuk dipulihkan, adakalanya lebih mudah untuk tukar terus keseluruhan barisan kepimpinan yang ada sekarang dengan yang baru, daripada beri mereka peluang untuk perbaiki kelemahan.
Kalau faham bagus. Kalau tak faham, tak apa.
Pada waktu catatan ini saya tulis, bilangan artikel yang pernah saya siarkan dalam blog ini, jumlahnya adalah sebanyak 840 artikel. Ala… baru 840 artikel. Masih belum cukup banyak dan perjalanan masih jauh lagi.
Untuk capai jumlah sebanyak 840 artikel ini, saya ambil masa yang agak panjang juga. Lebih kurang 3 tahun juga. Ya, memang agak slow, sebabnya saya perlu bahagikan masa untuk kemaskini blog-blog saya yang lain juga.
Statistik blog sabreehussin.com untuk bulan Februari 2017
Data ini saya ambil dari Awstats. Untuk bulan Februari 2017 yang lepas, blog ini menerima kunjungan sebanyak 57,994 unique visitors.
Jika dilihat pada statistik bulan Februari 2017, ia menunjukkan ada pertambahan dari segi bilangan unique visitor walaupun sebenarnya bulan Februari hanya mempunyai 28 hari sahaja, berbanding bulan Januari 2017.
Untuk bulan Mac 2017 ni, In Shaa Allah saya akan buat yang lebih baik berbanding sebelum ini. Harap-harap masa dan kesihatan mengizinkan untuk saya laksanakan perancangan saya ni. Wallahua’lam.
Jenis artikel
Blog ini tidak menyiarkan artikel-artikel yang viral, topik yang sensitif, mahupun hal-hal berkaitan dengan dunia politik. Walaupun adakalanya, saya akan sentuh serba sedikit perihal politik dalam blog ini, namun ia bukan motif utama blog ini diwujudkan.
Saya lebih selesa untuk menulis hal-hal yang berkaitan dengan pengalaman saya, review tentang sesuatu produk, serba sedikit ilmu pemasaran dan perniagaan internet dan hal-hal kehidupan saya yang tak begitu personal.
Antara artikel jenis yang viral dengan yang evergreen, saya lebih suka untuk tulis topik yang jenis evergreen. Satu topik yang saya percaya, orang akan cari walaupun selepas bertahun-tahun artikel tersebut saya tulis. Alhamdulillah, sepanjang saya tulis blog ini, ada beberapa topik yang evergreen yang telah saya tulis.
Saya percaya, ada banyak juga sales yang terhasil daripada artikel tersebut, cuma sayangnya, saya tak dapat nak track secara tepat berapa ratus atau berapa ribu jualan yang dah terhasil daripada artikel tersebut.
Peluang untuk beriklan di laman blog sabreehussin.com
Saya telahpun buka peluang untuk beriklan di laman blog ni sejak dari tahun 2014 lagi. Pada waktu tersebut, saya tidaklah buat tawaran secara terbuka seperti sekarang ni.
Ada banyak proses dan eksperimen yang perlu saya jalankan. Salah satu daripadanya, saya perlu pastikan yang blog ini betul-betul mempunyai pelawat dan paling penting mempunyai kuasa untuk menjual.
Sekurang-kurangnya, saya perlu buktikan bahawa saya boleh gunakan medium blog ini untuk hasilkan jualan. Bagi mereka yang biasa keluar masuk ke blog ni, mesti sesekali tu ada perasan yang saya suka cerita tentang komisen yang pernah saya hasilkan.
Nampak macam poyo je kan. Tapi tunggu dulu, sebenarnya ada sebab kenapa saya buat macam tu.
Saya bukannya nak show off berapa banyak income yang blog ni dah hasilkan, sebaliknya itu semua bertujuan untuk beritahu kepada pembaca dan pelawat blog ini, yang mungkin satu hari nanti berminat nak iklankan perniagaan masing-masing dalam blog ni, bahawa beriklan dalam blog ini adalah satu keputusan yang baik.
At least saya dah buktikan yang saya mampu untuk menghasilkan jualan dengan menggunakan medium blog.
Kalau blogger lain, saya tak tau. Itu kena cek sendiri dengan blogger tersebut. Almaklumlah, setiap orang kan ada senjata dan teknik rahsia masing-masing.
Kenapa anda patut iklan di blog sabreehussin.com dan bukannya buat laman web sendiri?
Sebenarnya saya amat menggalakkan jika anda memilih untuk bina laman web sendiri. Itu lebih baik. Tetapi, jika anda berhasrat untuk iklankan perniagaan anda di blog saya, itupun satu keputusan yang baik juga.
Sepanjang hampir tujuh tahun saya menulis blog ni, saya dah lihat ada banyak juga laman-laman web dan juga laman blog milik rakan penulis yang lain dah hilang.
Apa yang boleh saya katakan, mungkin mereka dah tak begitu minat dengan bidang penulisan ini. Alhamdulillah, blog saya yang ini, dan blog-blog saya yang lain masih lagi bertahan.
Sampai bila saya nak menulis dalam blog ini? In Shaa Allah saya akan terus menulis sampai bila-bila. Lagipun, menulis dalam blog ini sebenarnya adalah satu aktiviti yang menyeronokkan dan sangat menguntungkan.
Saya dibayar untuk menulis. Jadi, kenapa saya perlu berhenti untuk menulis?
Baca juga: Belajar buat blog yang boleh menghasilkan pendapatan LUMAYAN!
Saya dah pun renew kontrak dengan NetKL untuk satu tahun lagi
Ha… sebenarnya saya nak bagitahu, yang baru-baru ni saya telahpun renew kontrak dengan pihak NetKL untuk satu tahun lagi.
Ha… tengok screenshot dibawah ni ya.
Tarikh baru bagi Due Date untuk domain ini ialah pada 13 Mac 2018. Ada sekurang-kurangnya setahun lagi dari masa artikel ini saya tulis.
Ini bermakna, untuk mereka yang pernah iklankan perniagaan mereka dalam blog ini pada tahun 2014 yang lepas, iklan anda akan terus disiarkan dalam blog ini untuk setahun lagi. Bagi mereka yang baru sahaja iklankan bisnes mereka dalam blog ini, juga tak perlu bimbang, sebabnya blog ini baru sahaja diperbaharui kontraknya.
Cuma perlu bayar sekali sahaja, dan iklan anda akan terus berada dalam blog ini.
Sebelum saya nak tutup artikel ni, saya nak kongsikan testimoni terbaru dari salah seorang yang pernah dapatkan perkhidmatan iklan dari saya.
Tulisan terlalu kecik ke? Tak apa, biar saya tulis semula.
Salam Tuan Sabree,
Just nak ucap terima kasih, saya dapat komisen dari pengiklanan di blog tuan.
Selepas 3 hari iklan dah dapat balik modal.
Rezeki dia.
Saya cuma bantu mana-mana yang termampu. Selebihnya Allah SWT yang aturkan. Kita sama-sama usaha, dan hasilnya biarlah Allah yang tentukan banyak atau sedikit.
Apapun, saya doakan semoga iklan beliau ni akan terus convert kepada jualan lagi dan lagi. Ada setahun lagi tu untuk iklan dia convert kepada sales.
Baiklah, terima kasih saya ucapkan atas kesudian membaca perkongsian saya ini. Bagi yang belum dapatkan servis iklan dari saya, bolehlah berbuat demikian dengan mendapatkan maklumat penuh disini.
Noriza Abdul Rahman says
Wah dah nak menyambut ulangtahun yang ke-7 ya. Tahniah!
sabree hussin says
Itula, tinggal beberapa hari je lagi tu 😀
Abdul Nashar Bin Aminuddin says
Tahniah tuan ulang tahun ke 7 blog tuan.hehe macam kenal,lagipun baru ni dia ada cerita dapat komisyen kedua melalui blog tuan
Dexx says
58K unique visitor? Whoaa memang kriteria macam ni yang orang iklan nak. Selamat hari ulangtahun ke 7 blog SabreeHussin.com. Kira otai masih berbisa ni.
reezluv says
memang power ya amat lah..tahniah..blog aku tu tahun ke berapa ye..lupa dah..haahaha
sabree hussin says
Saya pun dah lost track sebenarnya. Tapi bila tengok tarikh daftar masa nak renew domain, baru tau rupanya dah masuk ulangtahun yang ke tujuh
Hero Borneo says
percapaian yang cukup hebat tuan…
tahniah ikhlas dari hati saya
thehaikal says
Tahniah tahniah 🙂 mesti dah banyak pengalaman sebagai blogger. Saya ni baru nak tatih2 masuk ke tahun ke 2 je..
Harapnya dapat berjaya seperti blog tuan 🙂