Blog Sabree Hussin

Ubat herba untuk penyakit buasir

Bagaimana caranya untuk melegakan penyakit buasir? Pesakit buasir memang jarang akan berkongsi masalah atau beritahu pada orang lain, jika dia mengalami penyakit buasir. Bagi dirinya, ini adalah satu subjek atau topik yang agak memalukan.

 

Sesetengah orang, perkataan buasir tu sendiri dijadikan bahan untuk bergelak ketawa. Memang kelakar kan, bila tengok kawan kita, yang tak senang duduk, susah nak berjalan, rupa-rupanya sebab kena buasir.

 

Ya, sesuatu perkara tu memang akan kelihatan kelakar. Lebih-lebih lagi bila bukan kena pada kita. Selagi tak kena pada kita, selagi tu kita rasa semua ini memang kelakar. Gelakkan selagi boleh.

 

Tetapi, sebagai salah seorang yang pernah mengalami penyakit buasir ni, saya FAHAM bagaimana seksanya bila ia berlaku. Semua benda terasa serba tak kena.

Ok saya nak cerita serba sedikit tentang penyakit buasir ni. Memandangkan saya ni bukanlah seorang doktor, jadi penerangan dan penjelasan saya ni adalah penjelasan dari orang awam untuk orang awam sahaja. Memang tak ada istilah-istilah kedoktoran kat sini. Kalau ada yang minat nak tau dengan lebih lanjut, spesifik tentang masalah buasir ni, amatlah digalakkan untuk merujuk kepada pengamal perubatan.

 

Buasir atau juga dikenali sebagai Hemorrhoid adalah penyakit yang disebabkan oleh pembengkakan atau keradangan salur darah vena di bahagian dubur (anus) atau akhir usus (rectum). Buasir boleh terjadi disebabkan oleh proses meneran semasa membuang air besar ataupun disebabkan oleh meningkatnya tekanan darah di dalam vena semasa mengandung.

 

Sebab tu, kita tak digalakkan untuk meneran terlalu kuat semasa buang air besar. Adakalanya kita terpaksa meneran dengan kuat untuk buang air besar. Kalau ini selalu berlaku, lama kelamaan anda akan berisiko untuk mengalami buasir.

 

Dalam situasi ini, anda kena jaga pemakanan. Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, minum air secukupnya. Kalau najis jenis keras, memang risiko untuk kena buasir tu memang agak tinggi.

 

Ini salah satu ubat yang saya pernah guna untuk masalah buasir ni. Nama ubat ni Himalaya Herbals Pilex Ointment. Anda boleh klik sini kalau tak tau macam mana nak dapatkan ubat ni.

 

Ubat ni jenis sapu.

 

Setiap kali selepas buang air besar, kena sapu ubat ni kat sekitar dubur. Boleh legakan rasa gatal dan pedih (orang kata keradangan) akibat masalah buasir ni. Tapi, apa yang saya perasan, ubat sapu ni seolah-olah tidak merawat masalah buasir.

 

Ia lebih kepada memberi kelegaan sahaja. Apa pun, ia masih lagi lebih baik daripada langsung tak ada.

 

Pada satu hari, semasa saya ke pasar malam, saya terjumpa satu produk ni, yang sampai sekarang saya masih amalkan pengambilannya. Kebetulan pada waktu tu, saya memang tengah cari kaedah alternatif untuk rawatan masalah buasir. Bukan apa… kadang-kadang kita tak boleh nak bergantung harap sangat dengan ubat-ubat dari doktor atau farmasi.

 

Dalam kepala saya pada waktu tu, saya nak cari penyelesaian kepada masalah buasir ni menggunakan herba. Mungkin hari tu adalah hari bertuah saya. Saya ditemukan dengan produk ni.

Saya memang mencari penawar kepada masalah buasir yang berkaitan dengan penggunaan herba… dan saya jumpa. Mula-mula biasa la, saya pun rasa macam susah nak percaya jugak yang KH Kopi ni boleh bantu melegakan masalah buasir. Macam-macam soalan saya tanya kat penjual tu.

KH Kopi ni selamat ke?

Macam mana nak minum?

Macam mana dia berfungsi? Berapa kali kena minum?

Rasa dia macam mana? Sedap ke tak?

 

Bila saya dah betul-betul puas hati, baru saya beli. Saya beli dalam botol sama macam dalam gambar kat atas tu. Penjual tu kata, kesannya akan kelihatan dalam masa 5 hari.

 

… dan selepas 5 hari, Alhamdulillah, saya dah tak perlu gunakan ubat sapu Himalaya tu lagi. Air kopi ni saya bancuh dua kali sehari. Minum waktu pagi dan waktu malam. Saya tak tau macam mana nak terangkan, bagaimana ia berfungsi, namun apa yang boleh saya katakan, ia memang betul-betul beri kesan yang baik untuk saya.

 

Tak ada lagi rasa sakit ketika buang air besar. Saya rasakan seolah-olah masalah buasir dah pun HILANG.

 

Satu hari tu, saya cuba stop minum air kopi ni. Ada dalam dua atau tiga minggu saya berhenti minum. Saja nak buat eksperimen. Saya ingatkan masalah buasir dah hilang terus.

 

Masuk minggu keempat mungkin, rupanya masalah buasir datang semula. Serius, sakit. Cepat-cepat saya minum semula KH Kopi ni.

 

Kenapa masalah buasir ni boleh berulang? Saya pun tak tau. Kalau saya boleh teka, mungkin sebab

1. Saya tak jaga makan

2. Makan tak ikut jadual

3. Bila pernah kena memang ada kebarangkalian untuk kena lagi

 

Itu yang saya dapat fikirkan. Mujurlah, KH Kopi ni tak begitu mahal. Sebotol tak sampai RM30 pun, dan boleh guna selama sebulan. Kalau anda jenis yang kejap minum kejap tak (macam saya) sebotol ni boleh tahan sampai dua bulan.

 

Kalau anda ada masalah buasir, saya rasa anda patut cuba dapatkan KH Kopi ni. Cubalah tengok kat pasar-pasar, sama ada pasar malam atau pasar siang. Mungkin ada orang jual minuman ni.

 

Pada awalnya saya cari ubat buasir dalam bentuk kapsul. Tapi tak jumpa pulak. Apa yang saya jumpa ialah KH Kopi ni. Tak apa lah, yang penting ia berkesan dan mujarab. Lagipun, KH Kopi ni masih lagi dikira sebagai ubat herba untuk penyakit buasir juga.

 

 

 

Exit mobile version