Tahun 2018 baru nak mula blogging – Tak terlalu lewat ke?

by sabree hussin on June 8, 2018

in Blogging

Kebiasaannya, setiap tahun saya akan buat sekurang-kurangnya 5 – 10 blog yang baru. Itu minimum. Jumlah sebenar mungkin lebih.

 

Oleh sebab saya menggunakan servis percuma, untuk bina blog, sama ada menggunakan wordpress.com ataupun guna blogspot, jadi saya tak begitu terasa dari segi kos.

 

Tengok pada keadaan juga. Kalau tiba-tiba saya terjumpa satu niche yang nampaknya ada potensi untuk dikembangkan, boleh buat duit cepat, maka saya akan terus buat blog.

 

Kalau dulu, saya suka buat blog guna nama domain dan hosting sendiri. Kemudian, tak lama lepas tu, saya dapati, agak susah nak maintain, dan agak mahal kalau kena bayar yuran untuk renew setiap tahun, maka saya tukar pendekatan.

buat-blog-wordpress

Gunakan platform percuma sudah memadai. Kalau berbicara dari segi performance, sudah tentu blog yang menggunakan domain dan hosting sendiri lebih perform berbanding gunakan yang servis percuma. Bagi mereka yang baru nak mula berblog, saya amat sarankan mula dengan blog berbayar.

 

Bina betul-betul blog tersebut, dan buat sehabis baik untuk jadikan blog yang pertama tu sebagai “Super Blog”. Bila dah mencapai status super blog, dah biasa dapat komisen affiliate hasil kerja-kerja penulisan artikel pemasaran dekat blog tersebut, dan dah banyak kali dihubungi oleh advertiser untuk buat JV, bolehlah mula buka blog baru.

 

Blog baru tu pun, kalau boleh blog berbayar. Kalau pengisian lebih kurang sama dengan blog yang pertama, yang berstatus “Super Blog” itu pun tak ada masalah. Kita boleh anggap yang blog kedua ini adalah back up kepada blog yang pertama.

 

Just in case berlaku sesuatu yang tak diingini, at least anda tidak terputus terus pendapatan dari blog.

 

Lepas tu nanti, bila anda dah ada 2, 3, 5, atau 10 buah “Super Blog” masa tu anda boleh pertimbangkan untuk hasilkan blog-blog kecil yang menggunakan servis percuma. Biasanya blog-blog kecil ini, sesuai digunakan untuk tujuan short term project.

 

Teknik menggunakan blog dari servis percuma ini, saya panggil dengan nama teknik Satellite Blog. Saya tak taulah orang lain panggil teknik ni dengan nama apa… saya panggil dengan nama teknik Satellite.

 

Setiap Super Blog akan bekerjasama dengan blog-blog kecil dan setiap satu menyumbang trafik kepada satu sama lain. Ah… makin banyak blog, akan makin banyak kerja.

bukti-komisen-klikjer

Walaupun kerja makin bertambah, makin penat, tapi percayalah, once anda dapat emel macam kat atas ni, ia sedikit sebanyak akan buatkan anda tersenyum dan rasa setiap usaha yang dilakukan sangat-sangat berbaloi.

 

Blog adalah media sosial

Sesetengah orang berpandangan, laman blog juga sebenarnya adalah media sosial. Satu ketika dulu, semasa laman media sosial seperti myspace, friendster, Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya, masih belum popular, pengguna internet menggunakan laman blog sebagai medium untuk bersosial.

 

Anda sempat tak berada dalam zaman tu? Alhamdulillah, saya sempat melalui zaman tersebut, cuma apa yang saya ingat, ketika itu, peralihan masa berlaku begitu cepat.

 

Bila laman Facebook mula diterima secara meluas di Malaysia, lain-lain laman social media, seperti MySpace, Friendster mula ditinggalkan dan akhirnya… mati. Kedua-dua laman web ini, walaupun masih wujud, namun fungsinya telah jauh berbeza berbanding kali pertama ia diperkenalkan.

 

Dulu orang bersosial guna blog sahaja. Konsepnya tak jauh beza dengan cara yang anda lihat sekarang ini. Kalau guna FB, kita akan update status dekat wall, upload gambar, upload video dan sebagainya. Kemudian, kita akan komen apa yang orang lain upload di wall.

 

Sama je dengan blog. Benda yang sama juga yang orang pada waktu itu lakukan.

 

The best part dengan blog ni ialah, kita boleh claim yang blog tersebut kita punya. Terutama sekali bagi mereka yang memang bayar untuk guna domain dan hosting sendiri.

 

Kalau guna social media, kita tak boleh claim akaun tu kita punya 100%. Kita hanya pengguna perkhidmatan sahaja. Bila-bila masa, akaun kita tu boleh kena report, kena remove dan sebagainya.

 

Pemilik blog yang saya kenal pada hari ini, kebanyakkannya adalah orang-orang yang memang memiliki blog sendiri sekitar awal tahun 2000. Mereka telah bergiat dalam bidang ini, sejak dari awal tahun 2000 dan telah konsisten menulis hingga ke hari ini.

 

Blog mereka, mungkin telah beberapa kali bertukar, tetapi disebalik blog tersebut, tetap adalah orang yang sama. Mungkin saya boleh katakan, kena ada minat yang mendalam, baru boleh bertahan lama dalam bidang ini.

 

Those yang dulunya menulis sebab duit, menulis sebab nak kejar ganjaran dalam bentuk RM semata-mata, dah banyak yang mula meninggalkan bidang ini. Kenapa? Saya pun tak tahu. Kalau ikut logik, sepatutnya orang yang memang dah terbukti dulu berjaya buat duit dengan blog, akan terus bertahan sampai ke hari ini.

 

Tapi sebaliknya pula yang berlaku.

 

 

Siapa yang sesuai ada blog sendiri?

Pada saya, semua orang sesuai ada blog sendiri. Macam akaun sosial media, Facebook misalnya, ia tak terhad kepada individu dengan latar belakang tertentu sahaja. Siapa yang rasa dia nak ada blog sendiri, dia boleh buat.

 

Fungsi blog itu sendiri sentiasa berubah-ubah, mengikut individu yang mengelolakan blog itu sendiri.

 

Pada mulanya saya buat blog, sebab saya nak buat duit dengan google adsense. Tak lama lepas tu, dengan tak disangka-sangka, saya kena banned dari program google adsense. Ikut logik, sepatutnya saya boleh berhenti menulis blog.

 

Tapi mungkin sebab ada rasa minat dalam diri, saya tetap terus menulis. Cuma matlamat menulis dalam blog mula berubah. Pada waktu tu, saya masih lagi belajar di UiTM, dan fungsi blog pada ketika itu adalah sebagai alat bantu belajar.

 

Bila saya study satu topik yang baru, saya akan buat artikel mengenai topik tersebut dalam blog saya. Ini secara tak langsung, membantu saya mendapatkan kefahaman yang lebih baik mengenai sesuatu topik yang baru saya pelajari.

 

Kemudian, fungsi blog berubah sekali lagi, apabila saya dapati, apa yang saya tulis dalam blog, terbukti mampu menyumbangkan pendapatan tambahan, sama ada menerusi pemasaran affiliate mahupun penawaran servis penulisan.

 

Blog untuk pemilik perniagaan

Bagi mereka yang ada perniagaan dan syarikat sendiri, saya kira kalau anda ada blog sendiri, itu adalah sesuatu yang bagus. Blog tersebut boleh dijadikan sebagai saluran rasmi untuk anda menyampaikan perkembangan terbaru tentang tawaran serta perniagaan anda.

 

Mungkin di masa akan datang, anda bakal berpindah ofis, akan mengeluarkan rangkaian produk baru, buka peluang untuk orang ramai menyertai perniagaan anda sebagai stokis, dropship, affiliate dan sebagainya. Apa-apa yang berkaitan dengan perniagaan anda, maklumatnya boleh diperolehi dengan mudah, jika pelanggan membaca blog anda.

 

 

Blog sebagai pelaburan jangka masa panjang

Saya pula, melihat blog sebagai satu cabang pelaburan, yang mana satu masa nanti, In Shaa Allah, akan memberikan anda sumber pendapatan tambahan. Betul ke blog boleh hasilkan duit? Ya, sudah tentu.

 

Saya dan ramai lagi rakan-rakan penulis blog dah laluinya. Ia mungkin tidak akan menghasilkan pendapatan kepada anda dalam serta merta, namun percayalah, jika anda konsisten menulis dalam blog anda, anda pasti akan dapat jana pendapatan dari blog.

Baca juga: Hasilkan pendapatan pasif daripada hobi menulis blog 

 

Jika blog anda tak menjana sebarang pendapatan sekarang, ia pasti akan menghasilkan pendapatan di masa akan datang.

 

Kalau masih tak generate sebarang income, itu kena lakukan audit pada blog. Kena tahu juga, setakat sekian sekian waktu

(1) Ada berapa banyak artikel yang anda telah terbitkan dalam blog anda? (blog ini dah ada lebih 900 artikel)

(2) Bagaimana style penulisan anda? (untuk hasilkan artikel yang mampu menjual, kena ada serba sedikit kemahiran copywriting)

(3) Berapa banyak jumlah pembaca yang anda berjaya perolehi?

(4) Berapa banyak trafik yang masuk ke laman blog anda.

 

Saya berpendapat, cepat atau lewat, itu subjektif. Apa yang penting, sejauh mana usaha yang anda berikan untuk bangunkan laman blog anda. Saya ada blog yang dah lama saya bina. Tapi, oleh kerana saya selalu tak cukup masa dan tak sempat nak bangunkan blog tu, ianya jadi agak terbengkalai.

 

Walaupun blog tu masih generate income, namun dari segi potensinya, ia tak seperti yang diharapkan. Kalau anda baru nak bermula tahun ini, 2018, asalkan anda usaha lebih baik, In Shaa Allah, anda mungkin akan lebih berjaya daripada orang lain yang dah mula lebih awal.

 

Wallahua’lam.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 3 comments… read them below or add one }

Anuar June 8, 2018 at 4:51 pm

Serkarang ni tiada istilah terlewat untuk berubah…. Asalkan ada kemahuan dan kehendak bila-bila sahaja boleh bermula…

Reply

Mama B June 9, 2018 at 5:18 am

Yes. One of the factor yang saya nampak. It’s never too late to start blogging. 2018 could be our year.

Reply

titan June 9, 2018 at 6:44 am

tulis aje.

bukan susah mana pun.

cuma malas atau rajin aje.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: