Baru-baru ini salah seorang kenalan saya di Facebook berhadapan dengan masalah tersalah beli tiket Air Asia. Saya pun tak tahu, apa yang berlaku semasa buat booking tu.
Adakah sebab kecuaian dan kesilapan sendiri, ataupun sebab berlaku technical error. Wallahua’lam.
Apa yang pasti, kejadian ini sepatutnya dapat buatkan kita jadi lebih berhati-hati semasa buat tempahan. Buat semakan berulang-ulangkali sebelum buat pembayaran, bagi elakkan kejadian seumpama ini berlaku.
Masalah yang dia hadapi ialah destinasi pada tiket yang dah confirm tu terbalik. Ya, masalah salah destinasi.
Sepatutnya perjalanan dia macam ni, KL-KB (dari KL nak ke KB)
Tapi selepas booking dah confirm dan telah dapat itinerary, bila disemak, rupa-rupanya dia dapat KB-KL (dari KB berlepas ke KL). Terbalik pulak perjalanan tu.