Adakah anda pernah ada pengalaman menghadiri sesi temuduga kerja? Ataupun anda bakal melalui pengalaman pertama dipanggil untuk ke sesi interview untuk pekerjaan anda yang pertama dalam masa yang terdekat nanti?
Setiap orang akan lalui pengalaman yang berbeza. Itu sudah pasti. Ianya berbeza mengikut industri, sektor, jawatan, jenis pekerjaan, syarikat yang menawarkan pekerjaan dan sebagainya. Ada juga sesetengah syarikat yang tidak menjalankan sesi temuduga langsung dengan calon pekerja. Selain itu, ada juga syarikat yang sekadar bertanya soalan yang sangat asas sebelum mengambil seseorang itu bekerja sebagai cukup syarat sahaja.
Penemuduga: Awak dah makan?
Calon: Ya tuan, saya sudah makan.
Penemuduga: Baik. Kalau macam tu bagus! Awak boleh mula bertugas sekarang. Tahniah, awak telah diterima bekerja dengan syarikat ini.
Situasi seperti diatas ini memang berlaku. Case to case basis. Mungkin anda tidak akan begitu bernasib baik untuk melalui pengalaman seperti ini. Jadi saya nak kongsikan kepada anda, antara situasi biasa dan soalan kegemaran yang akan ditanyakan si penemuduga dalam sesi temuduga.
Saranan saya, jangan takut dan bertenang sahaja. Dalam catatan pada kali ini, saya ingin kongsikan antara bentuk-bentuk soalan yang akan ditanyakan kepada anda. Jawab dengan tenang dan In Shaa Allah, anda akan dapat pekerjaan yang anda mahukan. Apa pun kena siap sedia dan selagi ada masa, cubalah berlatih untuk menjawab soalan-soalan yang bakal ditanyakan ini.
Mari kita lihat apa dia contoh soalan-soalan biasa yang akan ditanyakan oleh si penemuduga nanti.