Apakah topik yang sangat popular dalam kalangan pengguna internet di dunia? Bagaimana pula dengan topik yang popular dalam kalangan pengguna internet di Malaysia?
Kita fokus pada pasaran Malaysia sahaja dulu ya. Saya rasa, kalau kita buat dengan cara yang betul, walaupun kita hanya fokus pada pasaran tempatan, In Shaa Allah kita masih lagi akan dapat hasilkan pendapatan yang agak lumayan menerusi projek blogging yang bakal dilancarkan nanti.
Diluar sana, terdapat macam-macam kategori blogger. Mereka ini menulis blog atas sebab yang berbeza. Pada kesempatan ini, saya tak berapa minat nak ulas tentang kategori blogger yang ada di Malaysia. Sebaliknya, perkongsian yang saya ingin hasilkan adalah lebih kepada untuk membantu anda menjadi seorang penulis blog yang mampu hasilkan pendapatan menerusi blog yang bakal anda hasilkan.
Ya, kita buat blog bagi tujuan menjana pendapatan.
Baca juga: Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel saya sebelum ini yang bertajuk “memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog“.
Setelah anda mempunyai senarai topik yang ingin ditulis dalam blog, saya sarankan anda berhenti dan fikir sejenak. Tanyakan soalan ini kepada diri anda sendiri, “adakah topik tentang … ini akan memberi sebarang keuntungan kepada diri anda nanti?”
Pada pandangan saya, sesuatu topik itu dikira menguntungkan, sekiranya ia menepati beberapa kriteria ini, iaitu
- Ada produk atau servis yang berkaitan dengan topik yang boleh kita promosikan. Contohnya, kalau blog tentang bercuti, kita boleh promosikan bilik hotel, homestay dan lain-lain tempat penginapan.
- Topik tersebut mempunyai jumlah carian yang tinggi di laman web Google.
- Ada ramai orang yang mempunyai masalah berkaitan topik tersebut.
Apa maksud topik tersebut ada jumlah carian yang tinggi di laman web Google? Mungkin ada yang kurang jelas, apa yang saya cuba sampaikan.