Golongan pelajar, adalah antara golongan yang selalu dijadikan sasaran untuk dipujuk, dipaksa dan di psycho untuk join bisnes MLM. Siapa yang tak kuat dan tak tetap pendirian, memang akan jadi mangsa dan kesudahannya mungkin akan menyesal di kemudian hari sebab join bisnes macam ni.
Lebih-lebih lagi kalau bisnes MLM tu sebenarnya adalah bisnes yang termasuk dalam kategori scam semata-mata.
Baca untuk pengetahuan yang lebih baik: Bagaimana cara untuk kenal Bisnes MLM yang PENIPU dan SCAM?
Kali ini, skop perbincangan adalah tentang worst case scenario atau situasi paling buruk yang mungkin akan menimpa anda sekiranya anda join bisnes seumpama ini.
Oh sebelum, saya nak buat penegasan. Sebenarnya istilah bisnes MLM ni sering digunakan dalam konteks yang salah. Sama seperti konsep homestay dan guest house yang digunakan di negara kita. Orang kita buat bisnes guest house, tapi ia lebih sinonim dengan istilah homestay, walhal bisnes homestay yang sebenar bukannya begitu.
MLM atau Multi Level Marketing sebenarnya bukanlah sejenis bisnes atau perniagaan, sebaliknya ia merujuk kepada suatu konsep pemasaran. Jika kita direct translate Multi Level Marketing kepada bahasa Melayu, maksudnya ialah pemasaran berbilang tingkat.
Sejarah telah membuktikan, bahawa kaedah pemasaran menggunakan konsep MLM ini adalah satu kaedah pemasaran yang sangat berkesan dan ianya juga menjimatkan. Syarikat yang menggunakan kaedah pemasaran seperti ini tidak perlu mengeluarkan belanja besar bagi tujuan pemasaran, sebabnya pengguna produk sendiri yang akan jalankan pemasaran on behalf syarikat pengeluar.