Dalam apa-apa jua jenis perniagaan pastinya pelanggan yang hadir akan bertanya pelbagai soalan. Ada soalan yang sifatnya berbentuk lazim dan berulang. Soalan yang sama, atau lebih kurang sama, ditanyakan oleh pelanggan yang berbeza-beza.
Orang yang buat bisnes kedai makan atau restoran, mesti biasa dapat soalan macam ni dari pelanggan. Saya percaya, anda pasti sudah mempunyai skema jawapan untuk soalan-soalan seperti ini.
Skema jawapan ini bukanlah untuk anda, sebaliknya untuk pekerja yang bekerja dengan anda. Apabila mereka ditanyakan soalan seperti ini, at least mereka tahu nak jawab apa, dan jawapan yang diberikan boleh mendatangkan lagi banyak keuntungan untuk bisnes anda.
Tapi kalau anda masih belum ada bisnes restoran lagi, bolehlah tengok-tengok contoh soalan lazim yang sering ditanyakan oleh pelanggan yang mengunjungi restoran. Ada juga soalan yang saya ada berikan contoh jawapan. Jika jawapan tu bersesuaian dengan bisnes yang anda jalankan, gunakanlah ia untuk kegunaan bisnes anda.
Mungkin ada soalan lain, yang biasa ditanyakan oleh pelanggan yang saya tertinggal atau terlupa nak masukkan disini. Untuk itu, saya akan update lagi artikel ini secara berkala, jika saya mempunyai informasi yang baru.
Tapi buat masa ini, inilah dia antara contoh soalan yang kerap ditanyakan oleh pelanggan yang mengunjungi sesebuah restoran. Jika anda atau pekerja anda dapat berikan jawapan yang memuaskan hati, In Shaa Allah pelanggan tersebut tak teragak-agak untuk order makanan sampai beratus-ratus ringgit untuk sekali order.