Kalau dalam posting sebelum ini, saya ada tunjukkan cara untuk pasang blog wordpress self hosted, kali ini saya nak sentuh sedikit tentang beberapa setting pada blog wordpress yang kita perlu ubah.
Sesetengah setting yang saya bincangkan dalam posting ini, mungkin tak perlu ubah apa-apa, sebab ia adalah default setting. Cuma apa yang saya ingin sampaikan ialah, jika setting pada blog tersebut, tak sama dengan yang saya cerita dalam posting ini, saya syorkan anda ubah.
Ini adalah rupa bentuk blog wordpress yang baru dibina.
Selepas ini, saya akan cerita tentang cara-cara untuk menghias dan mencantikkan blog ini. Sebelum saya pergi ke topik tersebut, saya nak kongsikan beberapa setting asas yang perlu diubah terlebih dahulu.