Pernah tak anda terfikir, kenapa bisnes multi level marketing sering dipandang negatif oleh masyarakat kita?
Pada mulanya, saya menjangkakan persepsi negatif terhadap bisnes MLM ini hanya ada dalam kalangan penduduk di Malaysia sahaja, rupa-rupanya bila saya buat lebih banyak pembacaan, boleh dikatakan satu dunia mempunyai rasa kurang senang dengan model perniagaan seperti ini.
Ya, bukan kat Malaysia je yang anti dengan bisnes seperti ini.
Satu masa dulu saya juga berpandangan sedemikian. Kalau dah namanya bisnes MLM, lebih baik jauhkan diri. Saya juga pernah mempunyai tanggapan negatif terhadap bisnes ini.
Baca juga: Kenapa orang benci dengan Bisnes MLM?
Kemudian saya mula membaca lebih banyak buku-buku dan artikel di internet yang membicarakan tentang bisnes MLM. Mereka yang tak suka bisnes MLM ada hujahnya, manakala mereka yang meminati bisnes seperti ini juga mempunyai hujah.
Kalau sekadar berhujah, saya kira ianya tak memberikan sebarang kebaikkan kepada saya. Jadi, pada satu hari saya mula memberanikan diri untuk sertai bisnes MLM. Saya ingin dapatkan pengalaman secara first hand, apa itu sebenarnya bisnes MLM.
Bisnes pertama yang saya join, ialah semasa saya di universiti dulu. Masa itu saya masih kurang pengalaman dan tak ada siapa yang ajar saya cara untuk membezakan antara bisnes MLM yang sah dengan skim piramid. Waktu itu saya ingatkan kedua-duanya adalah sama sahaja.
Sekarang ini, bila diingatkan semula, saya rasa bisnes yang saya join dulu tu sebenarnya adalah skim piramid sahaja.
Syarikat tersebut juga dah tak wujud sekarang ini. Pada tahun tersebut, memang banyak program-program seperti ini diwujudkan dan targetnya adalah kelompok pelajar universiti.