Niche pelaburan saham adalah salah satu niche yang mempunyai permintaan yang memberangsangkan dan merupakan satu topik yang mendapat carian yang tinggi di Malaysia. Umum mengetahui, dengan teknik dan strategi yang betul, sesiapa sahaja yang mempunyai modal, boleh buat duit yang lumayan menerusi pelaburan saham.
Mereka yang kini mampu untuk memperolehi pendapatan yang lumayan dan keuntungan yang konsisten rata-rata bermula sebagai seorang newbie juga. Mereka pernah buat silap, rugi sehingga ribuan ringgit dan mengalami kekecewaan dan tekanan perasaan. Ini semua adalah ramuan dan pengalaman yang bakal dilalui sebagai seorang pelabur.
Namun, berapa ramai yang sanggup untuk lalui pengalaman rugi? Tak sanggup kan…
Maka atas sebab tu, timbul inisiatif dari team Naked Trader PLT untuk memberi panduan kepada para pelabur bagaimana untuk mendapatkan keuntungan dalam pelaburan saham dan pada masa yang sama dapat mengelakkan daripada rugi besar. Kalau boleh, biarlah yang trade saham ni, tak kira yang dah berpengalaman mahupun yang masih baru dapat merasa pendapatan daripada trading saham.